Pages

Thursday 28 March 2013

PENGAMBILAN PELAJAR SEMESTER 1 SESI 2013/2014 UTK SKM COLLEGE MCS!!!

DAFTAR ONLINE SEKARANG......
PENGAMBILAN PELAJAR BULAN APRIL/MEI/JUN SEMESTER 1 SESI 2013/2014.....

Pelajar Lepasan SPM 2012 digalakkan untuk memohon atau pelajar-pelajar yang masih belum berpeluang melanjutkan pelajaran dlm IPTA.

PERCUMA!!!* PENDAFTARAN KOLEJ........

* Terhad utk Kemasukan Semester 1 sesi 2013/2014. Tidak termasuk yuran pendaftaran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan yuran perkhidmatan.

PROGRAM DIPLOMA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (Diiktiraf JPK)
 - Diploma Eksekutif Sistem Maklumat
 -Diploma Pengurus Kreatif Multimedia
- Diploma Teknologi Mekatronik
-Sijil Penyeliaan Makanan & Minuman

DAFTAR ONLINE DI SINI : https://docs.google.com/forms/d/1TyC-xKK4_InYkSfQQtbYPAnGE8yj1BMCkWZ-l5dPpMU/viewform?pli=1

SEMOGA IMPIAN ANDA AKAN TERCAPAI DEMI KEGEMILANGAN KERJAYA ANDA PADA MASA HADAPAN

PENGAMBILAN PELAJAR SEMESTER 1 SESI 2013/2014 UTK KPT COLLEGE MCS!!

DAFTAR ONLINE SEKARANG......
PENGAMBILAN PELAJAR BULAN APRIL/MEI/JUN SEMESTER 1 SESI 2013/2014.....

Pelajar Lepasan SPM 2012 digalakkan untuk memohon atau pelajar-pelajar yang masih belum berpeluang melanjutkan pelajaran dlm IPTA.

DAPATKAN BAUCAR YURAN RM200 UTK MENDAPATKAN PENDAFTARAN KOLEJ RM100 SAHAJA!!!!*

*selagi stok baucar yuran masih ada. Terhad utk kemasukan Semester 1 sesi 2013/2014 shj. Tidak termasuk yuran perkhidmatan.


PROGRAM DIPLOMA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ( Diiktiraf MQA)
- Diploma Pentadbiran Pejabat (kelulusan JPA, MQA)
- Diploma Pengurusan IT
-Diploma Perakaunan (kelulusan MQA, LCCI, IFA)
-Diploma Pengurusan Perhotelan
-Diploma Kreatif Multimedia
-Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak....

DAFTAR LINK DI SINI :.  https://docs.google.com/forms/d/1TyC-xKK4_InYkSfQQtbYPAnGE8yj1BMCkWZ-l5dPpMU/viewform?pli=1

SEMOGA IMPIAN ANDA AKAN TERCAPAI DEMI KEGEMILANGAN KERJAYA ANDA PADA MASA HADAPAN



Monday 18 March 2013

TAWARAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH PENGURUSAN PERNIAGAAN (INTERNATIONAL BUSSINESS) SEPENUH MASA Khas untukpelajar lepasan STPM 2012 untuk semester 1 sesi 2013/2014


  •     Anda memiliki 2 principal termasuk Pengajian Am? ANDA LAYAK!!!
  •     Anda pernah mengambil subjek STPM Perakaunan,Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan?
  •     Jika Ya, inilah masa untuk mengubah masa depan anda kerana anda telah ada Pengetahuan dalam Perniagaan semasa anda belajar dalam STPM dulu!!!
  •      JOM BELAJAR ….. IJAZAH PENGURUSAN PERNIAGAAN ( PERNIAGAAN ANTARABANGSA) BBA
  •      PROGRAM IJAZAH KERJASAMA UNIVERSITY TWINTECH DAN COLLEGE MCS DENGAN PENGIKTIRAFAN MQA ( PENGAJIAN SEPENUH MASA)

  •     Anda berpeluang mendapat TAJAAN PTPTN dengan mendapat 2 Principal termasuk Pengajian Am.
  •       Tunggu apa Lagi??? Jom daftar SEKARANG…DAPATKAN BAUCAR YURAN RM200 dan            KELAS PERSEDIAAN PRA U:  Kelas Persediaan Ijazah.
     Kandungan Kelas Persediaan PRA U : Kelas Persediaan Ijazah/Diploma
  •      Kursus Kemahiran Bahasa Inggeris.
  •          Kursus Kemahiran Berkomputer.
  •          Kursus Kemahiran Berkomunikasi.
  •          Klinik Assignment dan Presentation.
  •          Klinik Proposol dan Report.
  •          Kelas Pengendalian Kokurikulum: Menguruskan Majlis (Event)
  •          Kelas Permainan : Catur, Dam, Ping-Pong dan lain-lain.
       Hadirlah ke Kelas Persedian Ijazah/Diploma untuk anda lebih mahir dan cekap sebelum memasuki Semester 1. Kelas Persediaan Pra U itu akan diadakan dalam bulan April 2013 hingga Jun 2013.

Untuk mendapatkan baucar yuran dan urusan pendaftaran,boleh menghubungi EN FAROUK ,Pegawai Pengambilan  Pelajar, 013 4990186……


Saturday 16 March 2013

PROGRAM IJAZAH PENGURUSAN PERNIAGAAN

Tanggal 18 Mac 2013, akan umumkan keputusan STPM 2013. Bagi pelajar lepasan STPM 2013 dan STPM 2012 atau sebelumnya, yang berminat bahagian bisnes, menceburi bidang perniagaan boleh sambung pengajian dalam program ijazah pengurusan perniagaan.


Ijazah Pengurusan Perniagaan (BBA) (Hons) (KA 10775)
(BACHELOR OF BUSSINESS ADMINSTRATION)
Objektif Kursus Pengajian
Matlamat utama penawaran kursus ini adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang boleh menguasai bidang pengurusan perniagaan dan mendapat pengalaman dalam pentadbiran perniagan serta menunjukkan bagaimana kursus ini dipraktiskan di dalam perniagaan komersial.


Kursus ini ditawarkan khusus bagi memenuhi permintaan institusi perniagaan yang memerlukan tenaga pekerja yang memahami budaya perniagaan antarabangsa dan mempunyai pengalaman dalam bidang pemasaran, kewangan , sumber manusia dan sebagainya. Tempoh pengajian ini adalah selama 3 tahun yang mengandungi 6 semester.Di samping itu, graduan juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dan PhD di Universiti Tempatan dan Luar Negara.

Tempoh Pengajian: 3 tahun (selepas STPM, Sijil) or 2 tahun (selepas Diploma)

Syarat Kelayakan
 STPM dengan lulus penuh dalam 2 matapelajaran atau CGPA 2.00 termasuk Pengajian AM.
 Lulus Diploma dalam bidang berkaitan dengan CGPA 2.00
 Lulus Program Foundation
 Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia

  • ANDA PERNAH AMBIL SUBJEK PERAKAUNAN, EKONOMI DAN PENGURUSAN PERNIAGAAN DALAM STPM?
  • JIKA YA, ADAKAH ANDA TIDAK BERPUAS HATI TENTANG KEPUTUSAN STPM YG ANDA TERIMA?
  • INILAH MASA ANDA UNTUK SAMBUNG IJAZAH INI KERANA ANDA TELAH ADA PENGETAHUAN DALAM PERNIAGAAN SEMASA ANDA BELAJAR DALAM STPM DULU..

PROGRAM IJAZAH PENGURUSAN PERNIAGAAN (PERNIAGAAN ANTARABANGSA) ADALAH PROGRAM KERJASAMA ANTARA KOLEJ UNIVERSITI TECHNOLGY TWINTECH DAN COLLEGE MCS.......
BACHELOR OF BUSSINESS ADMINISTRATION( INTERNATIONAL BUSSINESS)

Daftar Melalui SMS Dengan memberi nama penuh, no ka pengenalan Dan keputusan SPM Dan STPM Di no telefon 013 4990186.

 SEMOGA IMPIAN ANDA AKAN TERCAPAI DEMI KEGEMILANGAN KERJAYA PADA MASA HADAPAN


Wednesday 13 March 2013

CERPEN KHAS: KERUSI RODA UNTUK IBU SIRI 3- AKHIR

Karya : Farouk shedeq


Ukiran tulisan yang cakar ayam yang ditulis oleh ibu Ikmal di atas memberi segala jawapan yang Ikmal masih belum mengetahui kisah silam ibunya.
“Tolong jangan bencikan ibu. Ibu tak ada siapa-siapa lagi,” ukiran yang terakhir yang ditulis oleh Nadia.
Air mata Ikmal terus mengalir membasahi pipi. Walaupun hatinya mahu menampar dan memukul ibu angkatnya yg sedang lumpuh dan hampir nazak, tetapi niatnya mahu simpan sedalam-dalamnya kerana dia masih sayangkan ibu. Dia telah menjaga ibu deengan penuh kasih sayang. Tidak mungkin kerana disebabkan kisah lampau, dia mahu membalas dendam. Biarlah dendam itu terkubur. Tidak lama kemudian, satu panggilan telefon bordering. Ikmal lantas mengangkat telefon dan ketika dia mendengar suara panggilan itu,wajahnya berubah dengan berkata “Izzal,ibu….” Hati Nadia kucar-kacir, kenapa dengan anakku,Izzal? Apa yang sudah berlaku terhadapnya?? Hati Ikmal rasa serba salah untuk memberitahu apakah aktiviti yang sebenar yang dilakukan oleh adik tirinya?
Sampai sahaja di Hospital Abu Bakar, Ikmal lantas pergi ke wad kecemasan. Terlihat Haikal dan Fatin,rakan rapat Izzal berada di luar bilik tersebut. Haikal tidak memberi apa-apa respon kerana Doktor sedang memeriksan Izzal di dalam. Beberapa minit kemudian, seorang doctor lelaki keluar daripada wad dan wajahnya sangat mendukacitakan. Ikmal hanya ternganga dan termangu setelah doctor memberi penjelasan terhadap adik tirinya,Izzal. Air mata Fatin mengalir membasahi pipi manakala Haikal berpaling ke atas siling dengan keadaan hampa. Dengan keadaan hospital yang sunyi, tiba-tiba ada seorang pesakit dari kemalangan jalan raya terburu-buru ke wad kecemasan. Ikmal curi-curi pandang pesakit yang dibawa oleh beberapa jururawat lelaki dan perempuan. Ternyata, seorang wanita yang sudah berumur, memakai tudung yang terserot-serot akibat kecelakaan di kepala.
“Ya Allah,ini cikgu aku,” bisik Ikmal dengan nada yang terkejut.
***
Wajah Halimah yang pucat dan kepalanya dibalut separuh akibat kemalangan teruk. Dia cuba teringat kejadian kemalangan yang ditimpa semalam. Halimah memandu kereta dengan keadaan marah setelah mendapat tahu bahawa ibu Ikmal adalah musuh ketat zaman silamnya, iaitu Nadia, isteri kedua kepada suaminya. Disebabkan Nadia, dia kehilangan suaminya. Disebabkan Nadia, dia kehilangan anak yang disayanginya. Disebabkan Nadia juga, dia kehilangan keebahagiaan rumah tangganya yang dibina bersama suaminya,Othman selama 15 tahun. Betapa hancurnya hati seorang wanita yang kehilangan segala-galanya. Kini, dia masih belum niat untuk membina rumah tangga lagi. Menjadi tanda tanya, di manakah anak kandungnya yang dirampas oleh Othman bersama Nadia. Adakah anak murid yang diberi sepenuh perhatian iaitu ,Ikmal adalah anak kandungnya yang dicarinya selama ini? Tiba-tiba sahaja kepala Halimah membingit. Tanpa disedarinya,Ikmal masuk ke wad tersebut. Baru sahaja dia berfikir tentangnya,dia muncul dengan tiba-tiba.
“Assalamualaikum,cikgu….bagaimana keadaan cikgu?”Ikmal bertanya dalam keadaan senyum.
“Eh,Ikmal. Cikgu tidak apa-apa. Bagaimana kamu tahu cikgu ada kat sini? Ada sesiapa yang beritahu kamu,kah?”Halimah bertanya dengan musykil.
“Adik saya sakit,cikgu. Dia dipukul oleh rakan-rakannya. Adik saya berhutang. Dia penagih. Rakan-rakannya memukulnya menggunakan besi dan kayu sampai dia lumpuh. Tidak boleh bergerak-gerak seperti dulu,”jelas Ikmal yang masih teringat penjelasan doctor semalam.
“Kasihannya….adik kamu tu masih lagi dalam hospital?”tanya cikgu.
“Ya”
“Cikgu,…kenapa cikgu boleh kemalangan?”
“Tak ada apa-apa,Ikmal. Kemalangan biasa ja. Pergilah melawat adik kamu yang sedang sakit tu. Cikgu rasa adik kamu lagi tenat daripada cikgu,”
“Cikgu,…saya ada satu benda nak tanya kepada cikgu?”
Wajah Halimah berubah . Dahinya berkerut.
“Kenapa cikgu lari daripada berjumpa dengan ibu saya?”
Mulut Halimah terkunci. Tiada jawapan yang diucapnya.
“Adakah cikgu benci melihat ibu saya yang lumpuh tu,?”
“Tidak….bukan begitu,Ikmal,”Halimah menafikannya. Air mata Halimah serta merta keluar mengalir ke pipinya. Ikmal cuba mendekati Halimah dan menyentuh tangan Halimah. Hati Halimah gerund an merasai sesuatu perasaan yang belum dirasai selama ini.
“Ikmal tahu segala-galanya,cikgu. Cikgu ada hubungan dengan ibu saya,kan? Ibu sudah cerita segalanya.. tetapi boleh tak,cikgu jangan benci dengan ibu Ikmal. Dialah satu-satunya ibu yang Ikmal kenal yang jaga Ikmal sejak kecil. Ikmal sangat sayang kepada ibu Ikmal,cikgu, Tolong maafkan dia…cikgu”nada suara Ikmal yang rendah dan penuh bersimpati. Dengan rasa lemah lembut, Halimah mengangguk kepalanya..
“Cikgu,…boleh tak,Ikmal panggil cikgu,….mama…?”
Hati Halimah tersentuh dan sebak apabila anak murid yang disayanginya memanggil dia “mama”.
“Ya Allah, setelah sekian lama, aku mencari anakku yang menghilang tanpa berita,,akhirnya telah kujumpai….terima kasih,nikmat Allah,”Halimah bersyukut tentang ketentuan-Nya.
**
“Ibu…,” suara Izzal meronta-ronta memanggil ibu.
“Sabar,Izzal. Tidak lama kemudian,kita akan tiba ke rumah awak,”Fatin masih berada di sisinya. Ayah Fatin membawa Izzal dengan menaiki kereta. Tidak lama kemudian,kereta tersebut berhenti kerana tayar kereta pancit dan pecah. Ayah Fatin mengambil masa lama untuk menukar tayar yang baru. Apabila Fatin masuk ke dalam kereta,dia terkejut bahawa Izzal hilang dalam kereta itu.
“Ayah,Izzal hilang! Macam mana ni?”Fatin rasa gelisah. Mata ayahnya mencari merata tempat akhirnya dia terjumpa Izzal di semak samun, dalam keadaan mengesot kerana Izzal tidak dapat berjalan dan lumpuh. Dia berjalan dalam keadaan mengesot. Barulah Fatin memahami. Oleh kerana terlalu rindukan ibunya yang sudah lama tidak dijumpainya, Izzal sanggup ke jalan semak samun, jalan pintas ke rumahnya. Terlalu banyak kesalahan dan dosa Izzal terhadap ibunya. Barulah dia sedar bahawa betapa sukarnya seseorang itu lumpuh. Sebelum ini,Izzal semakin susah menerima kenyataan bahawa ibunya lumpuh dan sering menjauhi ibunya. Dia juga sanggup mencuri rantai emas, wang ringgit termasuk kerusi roda yang dibeli oleh abang tirinya,Ikmal untuk mendapat sebungkus dadah. Izzal juga banyak berhutang dengan sekumpulan penjual dadah. Oleh sebab itu, Izzal dipukul dengan benda-benda keras dan besi berkali-kali di tubuhnya sehingga menjadi lumpuh. Kini, Izzal Berjaya melangkah ke jalan raya. Dia mahu melintas jalan untuk menuju ke arah rumahnya. Tiba-tiba muncul kereta melalui jalan semasa Izzal melintas jalan. Mata Izzal terbeliak tanpa bergerak apa-apa.
**
“Izz..zal,” Nadia berkata merangkak-rangkak menyebut nama anaknya yang dirinduinya. Wajahnya pucat seolah-olah keletihan. Nadia terbaring lemah di ruang tamu. Halimah dan Ikmal berada disisi Nadia. Suara Nadia tidak putus memanggil nama anaknya,Izzal.
“Sabarlah,ibu. Ikmal sudah menyuruh Fatin bahawa Izzal ke sini. Nanti,dia akan datang,”Ikmal memberi semangat kepada ibunya.
“Betul,Nadia,”Halimah mengeluarkan beberapa titisan air mata. Sedih melihat keadaan Nadia yang sedang nazak. Namun,apakan daya. Allah lebih menyangi ibu Ikmal yang sudah lama menanggung seksaan penyakit yang sukar diubatinya. Nadia telah menghembuskan nafas yang terakhir  dengan mengucap dua kalimah syahadah. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk dengan kuat sekali. Ikmal lantas membukanya. Hujan mulai turun dengan lebat setelah beberapa minit Nadia menghembus nafas terakhir. Ikmal melihat Fatin dan bapanya berada di depan pintu.
“Ibu……”Izzal meredah masuk ke pintu. Ikmal terkejut kerana Izzal tidak berdiri di pintu sebaliknya dia terduduk ke muka pintu. Izzal menjerit “IBBUUUU…….,”setelah melihat ibunya terbaring kaku di ruang tamu. Izzal mengesot dan menangis tanpa henti. Dia mencium muka ibu dan bersalam dan mencium tangan ibu untuk meminta maaf. Apakan daya,ibunya,Nadia tidak bernyawa lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Izzal tidak sempat untuk meminta maaf. Izzal berasa kesal atas kesilapannya. Sebenarnya ,kereta yang melalui jalan semasa Izzal melintas jalan ialah kereta ayah Fatin. Mujurlah ayah Fatin sempat berhenti,dan membawa Izzal ke rumah untuk berjumpa dengan ibu Izzal,Nadia.
**
Gambar Hiasan...

Nadia,ibu Izzal dan ibu tiri Ikmal telah selamat dikebumikan. Halimah telah menerima Ikmal sebagai anak kandungnya. Doctor telah mengesahkan Izzal telah lumpuh sepanjang hidupnya. Tulang tubuhnya tidak boleh diperbaiki lagi. Halimah juga telah sepakat untuk menjaga Ikmal dan Izzal. Ikmal juga telah memaafkan kesalahan Izzal selama ini. Dia bertekad untuk menjaga dan melindungi adiknya daripada pelbagai ancaman. Kini,kerusi roda yang disumbangkan oleh pihak kebajikan untuk ibunya telah digunakan Izzal sendiri. Izzal menyentuh kerusi roda itu dan menyesal atas perbuatannya yang sanggup menjual kerusi roda ibu untuk kepentingan dirinya sendiri.----TAMAT---


Friday 8 March 2013

DI MANA SKOP KERJAYA ANDA SELEPAS SPM?

Tanggal 20 Mac 2013, akan diumumkan keputusan SPM 2012. Pasti pelajar lepasan SPM gentar dan takut apabila keputusan SPM dah keluar nanti. Persoalannya,selepas keputusan SPM keluar, di mana anda harus pergi? adakah anda sambung belajar ke tingkatan enam? Jika anda sambung ke tingkatan 6, adakah ia akan menjamin anda untuk melayakkan diri anda mendapat segulung ijazah?

atau anda mahu sambung diploma? dengan adanya diploma , anda mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yg cukup utk mendalami kerjaya anda yg idam-idamkan,,,dan anda tidak rasa takut lagi untuk menyambung pengajian anda ke peringkat ijazah dan diploma lanjutan-tahap 5(utk bdg kemahiran)...

tapi, di mana skop kerjaya anda? Negara Malaysia memerlukan pekerjaaan yg sering ditawar mengikut  kehendak bagi sesebuah syarikat... Berdasarkan piramid kerjaya di atas, peluang pekerjaan yg lebih tinggi berdasarkan kehendak industri adalah pekerjaan pra-profesional. 

Antara contoh pekerjaan pra-profesional yang menjadi tumpuan untuk pencari kerja masa kini ialah Pembantu Peribadi (Personal Assistant), Pegawai /Pembantu Latihan (Training Executive/Assistant), Setiausaha (Secretary),Pegawai Operasi (Operation Officer),Pembantu Tadbir (Administrative Assistant),Kerani Am (General Clerk),Eksekutif Pentadbiran (HR Executive), Pelatih Pentadbiran (Management Trainee), dan sebagainya....

Pekerjaan bagi buruh kasar memang banyak di negara kita termasuk pekerja-pekerja kilang, pembantu jualan barangan dan lain-lain yang hanya mempunyai kelayakan setaraf kelulusan sijil SPM dan PMR sahaja.

Manakala pekerjaan profesional adalah Manager Eksekutif, CEO Syarikat, Doktor, Guru, Jururawat yang sememangnya peluang pekerjaan sangat terhad. Hanya individu yang berkelayakan dan profesional sahaja yang terpilih.

Semua keputusan di tangan anda. Di mana Kerjaya anda selepas SPM? adakah anda di tangga profesional(peluang pekerjaan terhad)? atau di tangga pra-profesional (peluang pekerjaan meluas dgn gaji yg berpatutan)? atau di tangga buruh kasar( peluang kerja luas utk lepasan spm dengan gaji yg tahap rendah)?

TAHUKAH ANDA?
PELUANG PEKERJAAN YANG SERING MEMENUHI KEHENDAK INDUSTRI DENGAN ADANYA KELULUSAN DIPLOMA DENGAN TANGGA GAJI SEKITAR RM1200 SEHINGGA RM1800....

DIPLOMA YG DIMAKSUDKAN ADALAH:-
-DIPLOMA PENTADBIRAN PEJABAT
-DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
-DIPLOMA PERAKAUNAN
-DIPLOMA KREATIF MULTIMEDIA
-DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
-DIPLOMA EKSEKUTIF SISTEM MAKLUMAT
-DIPLOMA MULTIMEDIA
-DIPLOMA MEKATRONIK (gabungan kejuretaraan elektonik,mesin dan robotik)

Daftar Online dengan menekan Link di bawah, untuk kemasukan semester 1, Pengambilan Sekarang
https://docs.google.com/forms/d/1TyC-xKK4_InYkSfQQtbYPAnGE8yj1BMCkWZ-l5dPpMU/viewform?pli=1
SEMOGA IMPIAN ANDA AKAN TERCAPAI DEMI KEGEMILANGAN KERJAYA ANDA PADA MASA HADAPAN




Monday 4 March 2013

Skim Perantisan Mekatronik untuk belia lepasan SPM.....PENGAMBILAN SEKARANG!!!


BERITA BAIK!!!! MARI BELAJAR SECARA PERCUMA!!!
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PSMB) di bawah kementerian sumber manusia  menaja yuran pengajian sepenuhnya kpd pelajar yg layak dgn syarat LULUS bm,matematik dan sains. Kursus tajaan yg ditawarkan adalah SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) dalam Sijil Mekatronik Teknologi(tahap 1-3)

-yuran pendaftaran kolej MCS PERCUMA*
-yuran pendaftaran JPK tahap 1 PERCUMA*
-yuran pendaftaran JPK tahap 2 PERCUMA*
-yuran pendaftaran JPK tahap 3 PERCUMA*
-yuran pengajian sepenuhnya (tahap 1-3) PERCUMA*
*ditanggung sepenuhnya oleh PSMB. TIADA PINJAMAN(BIASISWA PENUH)

FAEDAH DAN KEISTEWAAN
Bagi melahirkan lebih ramai tenaga profesional dan separa profesional dalam pelbagai bidang teknologi dan kejuruteraan, kerajaan serta pihak industri mengambil inisiatif menyediakan Skim Perantisan Mekatronik kepada belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

APA ITU MEKATRONIK?

mekatronik adalah satu bidang baru yang penting dalam industri masa kini yang menggabungkan kejuruteraan mekanikal dengan kejuruteraan elektronik, teknologi komputer dan kawalan untuk menghasilkan suatu sistem bersepadu.

Selepas tamat pengajian, perintis akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Juruteknik Automasi (Mekatronik) Tahap 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta sijil daripada Pembangunan Sumber Manusia Bhd. (PSMB).

COLLEGE MCS TERPILIH MENJADI TEMPAT LATIHAN SKIM PERANTISAN DI BAWAH KERAJAAN SUMBER MANUSIA  DAN TELAH MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)

*Biasiswa ini terhad utk 20 org yg mendaftar di College MCS, Banting,Selangor

*Dapatkan Elaun sara diri RM500 sebulan sepanjang pengajian di kolej.Temuduga masih terbuka.
Berminat???? SMS SEKARANG!!! <NAMA PENUH><NO IC><ALAMAT RUMAH> hantar ke nombor 013-4990186.


Saturday 2 March 2013

CERPEN KHAS : KERUSI RODA UNTUK IBU SIRI 2


Karya : Farouk Shedeq
Nadia masih tidur dalam keadaan nyenyak. Nadia terjaga apabila Ikmal cuba mengerakkannya. Nadia membuka matanya. Nadia berasa serba salah dan kasihan terhadap Ikmal kerana dialah tiap-tiap hari menjaganya dan memandikannya. “Ya Allah! Berdosannya aku terhadap anakku,Ikmal” hatinya berbisik. Sebenarnya,dia masih berharap bahawa anak yang disayanginya, Izzal menjaganya tetapi hakikatnya Ikmal,anak yang kurang disayangi menjaganya dengan penuh kasih sayang.
“Ikmal harap ibu jangan tolak pemberian Ikmal terhadap ibu,” Ibunya masih tertanya-tanya maksud tersirat anaknya,Ikmal. Alangkah terkejutnya,Nadia melihat kerusi roda bersembunyi di sebalik pintu kamarnya. Fikiran Nadia terngiang-ngiang. “Dari mana anakku dapat duit untuk membeli kerusi roda untukku? Dia ada simpanan ka?”apakan daya,Nadia tidak boleh bercakap.
“Ibu mesti seronok,kan dapat kerusi roda. Ikmal boleh bawa ibu berjalan-jalan di luar, menghirup udara segar di luar, tidak lagi berkurung dalam bilik ja,” wajah kegembiraan ibu tiba-tiba berubah.
“Ibu,jangan risau.Ikmal tidak mencuri. Ikmal cari duit sendiri,” Ibu,Nadia terharu mendengar penjelasan Ikmal lalu Ikmal menyambung percakapannya “Ibu,sekarang ini Ikmal berasa senang kerana Ikmal dapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu,”Tidak lama kemudian,beberapa titisan air mata Nadia mengalir membasahi pipi. Dia tahu selama dia menjaga Ikmal sejak kecil, Ikmal masih dahagakan kasih sayang seseorang ibu. Mereka berdua terus berpelukan sambil mengesat air mata.
***  
Ikmal baru sahaja balik dari sekolah dengan menaiki basikal. Apabila dia masuk ke rumahnya,dia terkejut rumahnya berselerak. Semua almari telah diselongkarkannya. Semua bilik berselerak dengan kertas-kertas bertaburan di lantai. “Apa yang sudah berlaku?”Ikmal masih kebinggungan. Anehnya,almari ibunya juga diselongkar. Habis barang-barang emas milik ibu,Nadia diberkas. “Siapa punya angkara ini? Mungkin perompak. Aku perlu buat laporan polis,”kata Ikmal dengan tekad. Ibunya mahu berkata sesuatu kepada Ikmal. Tetapi,Ikmal keluar dari bilik ibunya dengan serta mertaa.
“Kerusi roda ibu juga diberkasnya! Bangsat!”Ikmal mula mengeluarkan kata-kata kesat.
“Assalamualaikum,Ikmal. Balik juga kamu ni,”Haikal muncul dengan tiba-tiba.
“Tadi,saya lihat Izzal datang ke rumah ini! Kecoh rumah ini dibuatnya. Suara Izzal saya dengar kat luar,”
“Apa? Izzal marah dan melenting kepada ibu? Kurang ajar! Bermakna semua barang dalam almari dicuri oleh dia. Habis semua barang kemas,duit dan kerusi roda ibu diberkas. Tak boleh jadi ni. Haikal,kau tunjuk di mana rumah kawan Izzal. Biar aku bagi pengajaran cukup-cukup,” Haikal menahan sabar. Dia menyuruh Ikmal beristighfar dan tidak perlu bertindak terburu-buru.
Setelah Haikal dan Ikmal menyiasat perkara yang sebenarnya dilakukan oleh Izzal, Ikmal sudah dapat menjangka bahawa adiknya itu melakukan perkara-perkara yang tidak elok. Dia sudah mula terjebak dengan ketagihan najis dadah. Mungkin kegiatan tersebut mudah terpengaruh daripada rakan sebaya. Benda-benda yang dicuri dalam rumahnya hanyalah hendak membeli pil-pil khayal,dadah. Ikmal tidak tahu bertindak apa-apa. Dia hanya berdoa bahawa adiknya,Izzal kembali ke pangkal jalan.
***
Ramai pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Seri Kembangan memandang serong terhadap Ikmal. Satu sekolah mendapat tahu bahawa adiknya,Izzal merupakan penagih dadah termuda. Mujurlah,rakannya,Haikal memberi semangat dan dorongan terhadap Ikmal. Seorang pengawas datang kelas 5 Bakti dan memanggil nama Ikmal. Menurutnya lagi,guru Matematik,Cik Halimah mahu berjumpa dengan Ikmal. Ikmal lantas pergi ke bilik guru. Hatinya tiba-tiba gerun. Fikirannya masih tertanya-tanya tujuan sebenar gurunya mahu berjumpa dengannya.
“Sejak akhir-akhir ini, pencapaian kamu dalam matematik semakin merosot dan kamu sering tidak hadir kelas tambahan saya  di sebelah petang. Kenapa?”Cik Halimah masih tersenyum menyoal perkara tersebut kepada Ikmal. Ikmal masih termenung panjang. Dia akui bahawa dia tidak hadir ke sekolah kerana banyak masa yang dipenuhi di rumah. Ikmal terpaksa memberitahu perkara yang sebenarnya bahawa dia menghabiskan masanya bersama ibu.
“Ibu awak lumpuh,kan?”
Ikmal mengangguk-angguk kepalanya. Cik Halimah berasa simpati lalu dia menyuruh Ikmal kembali ke kelas. Cik Halimah lantas menelefon pihak kebajikan masyarakat.
***
Ikmal berhenti mengayuh basikal di depan rumahnya. Dia berasa pelik. Terdapat tiga buah kereta berada di hadapan laman rumah papannya. Ikmal masuk ke rumah dan terkejut bebrapa orang pegawai daripada pihak kebajikan masyarakat datang ke rumahnya. Dia menyumbang dua kampit beras,minyak masak,dan beberapa barang keperluan lain. Selain itu, pegawai tersebut menyumabang sebanyak RM500. Menurut pegawai tersebut, keluarga Ikmal layak mendapat sumbangan daripada pihak negeri sebanyak RM400 sebulan. Ikmal terasa terharu dan berterima kasih. Dia tertanya-tanya, kenapa sekarang pihak kebajikan memberi sumbangan? Ikmal berasa bersyukur kerana sebuah kerusi roda sumbangan kerajaan negeri telah disumbangkan kepada ibunya,Nadia.
***
Sudah tiga bulan berlalu, Izzal masih belum pulang di rumah. Rindu Nadia terhadap anaknya,Izzal semakin bertalu-talu. Hatinya selalu bersedih.  Nadia yang berkerusi roda itu terbatuk-batuk tanpa henti. Wajahnya pucat. Mungkin rindukan Izzal yang sudah lama tidak pulang ke rumah.
“Izzal, di mana kamu,nak? Kamu langsung tidak berjumpa dengan ibu. Ibu rindukan kamu…,”Hati Nadia berbisik dengan nada yang rendah. Anak yang disayanginya langsung tidak melawat. Daun kelapa terjatuh ke bawah akibat derusan angin yang kencang. Namun, Ikmal memberi semangat dan dorongan terhadap ibunya. Ikmal sudah puas meminta Haikal supaya mencari adiknya,Izzal di rumah-rumah kawan malangnya, tidak berjumpa. Izzal juga sudah beberapa kali ponteng sekolah. Walaupun surat amaran dari sekolah telah sampai di rumahnya, namun tidak berguna juga. Akhirnya, pihak sekolah memutuskan Izzal digantung sekolah selama dua bulan.
***
Tanggal 22 Mac 2012, tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) telah keluar. Degupan jantung Ikmal berasa kencang. Selama ini, Cikgu Halimah telah banyak memberi dorongan dan motivasi terhadap Ikmal supaya tumpukan sepenuhnya kepada pelajaran sejak dia leka menjaga dan merawat ibunya. Setelah Ikmal membeli kerusi roda untuk ibunya yang diberkas oleh Ikmal dulu, dia tetap mahu mengambil kerja sambilan untuk mengembalikan kerusi roda ibu yang hilang. Oleh sebab terlalu kasihan Ikmal dan pelajarannya yang semakin merosot. Cikgu Halimah memberitahu keprihtianan keluarga Ikmal terhadap agensi kebajikan masyarakat. Sejak dari itu, Ikmal bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarganya walaupun sedih ketiadaan Izzal di sisinya. Ramai pelajar SPM yang beratur panjang untuk mengambil slip keputusan SPM. Setelah sampai di giliran Ikmal, Cikgu Halimah tersenyum melihat wajah Ikmal.
“Tahniah,Ikmal! Cikgu berbangga dengan kamu,”Cikgu Halimah menyerahkan slip keputusan tersebut kepada Ikmal. Mata Ikmal kaku. Dia memerhatikan semua gred setiap subjek. “Ya Allah,terima kasih…”
Wajah kegelisahan Ikmal bertukar menjadi wajah yang ceria. Dia Berjaya mendapat 10A dalam SPM.
“Terima kasih memberi tunjuk ajar dan semangat untuk bangkit semula daripada kekalahan. Mesti ibu gembira melihat keputusan ini. Ibu Ikmal mahu sangat berjumpa dengan Cikgu sebab Cikgu banyak tolong saya dan ibu..,”dengan wajah yang ceria dia memohon sesuatu.
Walaupun berat untuk menunaikan hasrat Ikmal kerana banyak tugas yang pelu dilakukan, namun Cikgu Halimah tidak mempunyai masalah untuk berjumpa dengan ibu Ikmal yang kini sedang sakit dan terbaring, tidak duduk dan bergerak..
Setelah sampai di rumah Ikmal, ikmal lantas pergi ke ruang tamu tempat ibu Ikmal terbaring. Wajah Nadia tersenyum melihat keputusan SPM Ikmal dengan mengeluarkan beberapa titisan air mata.
“Ibu,..inilah Cikgu Halimah yang banyak tolong saya termasuk ibu,” Cikgu Halimah masih belum muncul di muka pintu lagi. Wajah Nadia dengan mulutnya ternyedeng ke pipi kiri melihat ke muka pintu. Cikgu Halimah dengan berpakaian baju kurung biru melihat keadaan ibu Ikmal. Mata Cikgu Hailimah tidak henti memandang wajah ibu Ikmal yang lumpuh itu. Mata Nadia juga kaku melihat Cikgu Halimah berdepan dengannya seolah-olah mereka saling kenal-mengenali. Beberapa minit kemudian,Cikgu Halimah keluar dari rumah itu dengan perasaan kecewa. Ikmal kehairanan. Wajah Nadia berubah. Nadia masih lagi kecewa kejadian yang telah berlaku dua puluh tahun sebelumnya.
*
Satu simbahan air botol minuman ke muka Nadia yang dilemparkan oleh Halimah. Kemarahan Halimah semakin meruap-ruap. Perasaannya masih tidak boleh dikawal. Bukan pertama kali Halimah melihat suaminya,Othman bersama dengan wanita yang digelar Nadia. Halimah tidak boleh berdiam diri. Perasaan marah dan sabar tidak mampu dikawal. Orang ramai di restoran tersebut melihat kejadian itu.
“Imah,kenapa ni? Malu lah dengan orang kat sini,”Othman kawal sifat malunya.
“Malu? Yang abang berkepit dengan betina ni tak tahu malu ker? Apa semua ni,bang?”suara Halimah semakin tinggi.
“Abang boleh jelaskan tapi bukan di sini tempatnya,”Othman cuba meredakan kemarahan Halimah.
“Ey..pompuan, kau ni dah tak de laki lain ke nak ambik, laki orang juga yang kau pilih,HAH??”Suara tinggi Halimah mengejutkan orang ramai yang menjamah makanan di restoran tersebut.
“Eleh, laki dia yang gatal pilih aku. Ada aku kisah,,??”Nadia menjawab.
“Tak guna,”Halimah terus menarik rambut Nadia dengan perasaan geram dantimbullah kekecohan di restoran yang terkemuka itu.  Akhirnya,Othman terus menampar Halimah sehingga terjatuh lantai.
“Kalau beginilah, sikap awak! Abang ceraikan awak dengan talak dua,”jantung Halimah berdegup kencang setelah mendengar lafaz cerai suaminya berhadapan dengan orang ramai. Setelah peristiwa tersebut,kehidupan Halimah berubah. Semua kenangan manis bersama dengan suaminya sudah terpadam termasukanak sulungnya. Tiada kata putus yang mengukuhkan perbicaraan hak penjagaan anaknya setelah suaminya,Othman telah berkahwin dengan Nadia. Ketika itu,Halimah masih belum bekerja. Dia masih sedang mengikuti pelajaran ijazah untuk semester akhir. Saat anaknya diambil oleh Othman,suaminya,perasaannya sentiasa tidak aman, sentiasa dibasahi serba salah, rindunya yang bertalu-talu. Halimah pernah mencuba mencari anak kandungnya itu malangnya,keluarga baru Othman telah berpindah tanpa memberi jawapan. Dia diterima bekerja sebagai guru setelah tamat pelajaran ijazah.
**
Ukiran tulisan yang cakar ayam yang ditulis oleh ibu Ikmal di atas memberi segala jawapan yang Ikmal masih belum mengetahui kisah silam ibunya.
“Tolong jangan bencikan ibu. Ibu taka ada siapa-siapa lagi,” ukiran yang terakhir yang ditulis oleh Nadia.
Air mata Ikmal terus mengalir membasahi pipi. Walaupun hatinya mahu menampar dan memukul ibu angkatnya yg sedang lumpuh dan hampir nazak, tetapi niatnya mahu simpan sedalam-dalamnya kerana dia masih sayangkan ibu. Dia telah menjaga ibu deengan penuh kasih sayang. Tidak mungkin kerana disebabkan kisah lampau, dia mahu membalas dendam. Biarlah dendam itu terkubur. Tidak lama kemudian, satu panggilan telefon bordering. Ikmal lantas mengangkat telefon dan ketika dia mendengar suara panggilan itu,wajahnya berubah dengan berkata “Izzal,ibu….” Hati Nadia kucar-kacir, kenapa dengan anakku,Izzal? Apa yang sudah berlaku terhadapnya?? Hati Ikmal rasa serba salah untuk memberitahu apakah aktiviti yang sebenar yang dilakukan oleh adik tirinya? (bersambung siri 3-AKHIR)

CERPEN KHAS : KERUSI RODA UNTUK IBU SIRI 1

Karya : Farouk Shedeq


“Pang,Pang,”Bunyi gelas terjatuh  dari atas meja. Ikmal tergumam. Dia melihat kamar ibunya. Tangan ibunya ternyedeng-nyedeng. Mulut ibunya senget. Dia tidak mampu bercakap dan berkata apa-apa. Hanya perkataan “AAa’oooo” sahaja yang disebut. Beberapa minit kemudian,air mata Ikmal jatuh mengalir membasahi pipi. “Ya Allah,apa lagi dugaan yang menguji ke atas diriku ini?” bisik hatinya.
“Ibu,nak air?”Tanya Ikmal. Ibunya hanya mengangguk-anguk kepalanya. Serta merta,Ikmal mengisi air ke dalam gelas tersebut. Ikmal terus menyerahkan gelas itu kepada ibunya. Ibunya meneguk gelas itu dengan pantas seolah-olah orang kepanasan yang memerlukan air untuk diminum.
“Ibu,saya ada kerja yang perlu dilakukan, saya pergi dulu,ya?”Ikmal mahu meninggalkan bilik ibunya. Wanita lumpuh memegang tangan Ikmal. Wajah wanita yang hampir ke alam tua berubah menjadi sedih. Dia seolah-olah ada perkara yang perlu disampaikan tetapi apakan daya, mulutnya tidak mampu berkata apa-apa. Ikmal faham benar perasaan ibu. Dia tahu mungkin ibu menyesal atas perbuatannya terhadap Ikmal dulu.
***
Suara Nadia melenting apabila dia mendapat tahu bahawa Izzal ,anaknya dipukul oleh Ikmal di sekolah. Nadia memarahi dan memukul Ikmal secukupnya. Darah Nadia semakin naik. Ikmal hanya mampu menangis atas perbuatan ibunya sendiri.
“Kalau kau mengadu kepada bapa kau, siap aku kerjakan,”Nadia beri amaran.
Ikmal mengerti dan terus menangis. Dia tidak mampu berfikir apa-apa. Izzal, adiknya hanya mampu tersenyum apabila abangnya dipukul teruk oleh ibunya. Banyak persoalan yang berlegar-legar di fikiran Ikmal. Perbuatan ibunya seolah-olah tidak mengangap Ikmal sebagai anak kandungnya sendiri. “Adakah aku hanya anak angkat?” bisik Ikmal. Dia menggeleng-geleng kepalanya. Banyak lagi benda yang perlu difikirkan iaitu peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) yang dihadapinya pada waktu itu.
Hati kecil Ikmal sedih melihat perbuatan ibunya sejak dia kecil lagi. Dia masih kurang kasih sayang daripada ibunya. Setelah ibunya dapat tahu dia akan mengandung,Nadia langsung tidak ambil peduli tentang Ikmal ketika itu berusia 3 tahun. Dia menjaga Ikmal seperti memberi makan kepada seekor kucing di tepi jalan. Hal pemakanan dan pengurusan diri, semuanya dilakukan oleh Ikmal sendiri. Bapanya,Othman tidak ambil peduli tentang anaknya. Dia lebih suka tumpukan kepada hal pekerjaanya. Bapanya itu juga jarang berada di rumah. Pada masa itu,Ikmal sering dibuli,mengerah bekerja yang berat seperti mencuci baju,mengemop lantai dan sebagainya sehinggala ibunya,Nadia melahirkan adiknya,Izzal. Selepas Izzal meningkat kea lam persekolahan rendah. Ikmal dikerah semula oleh ibunya untuk melakukan pekerjaan di rumahnya. Izzal pula seronok apabila Ikmal dibuli oleh ibunya. Izzal juga suka mengusik abangnya,Ikmal dan mengadu kepada ibu jika Ikmal melakukan kesilapan sama ada sengaja atau tidak disengajakan. Usia Ikmal pada masa itu masih belum matang dan mudah melatah berbanding adiknya,Izzal. Apabila keputusan peperiksaan Izzal merosot,Nadia bukan memarahi Izzal malah abangnya,Ikmal dipersalahkan. Hal ini demikian kerana Nadia menganggap Ikmal tidak bertanggungjawab mengajar adiknya supaya mendapat keputusan yang cemerlang. Dalam hati Ikmal pernah berbisik untuk lari daripada rumah itu. Disebabkan Ikmal terlalu sayang ayahnya, dia membatalkan niat buruknya itu. Ikmal tidak mahu ayahnya tahu sikap ibunya terhadap dirinya kerana dalam hati kecilnya dia masih sayangkan ibu. Walau buruknya sikap ibu terhadapnya, dia tetap ibu Ikmal,Nadia yang menjaganya sejak bayi lagi.
***
Tanggal 31 Disember 2011, kehidupan dan penderitaan Ikmal telah berubah. Tiada lagi penderitaan yang ditanggungnya sebelum ini tetapi dia menghadapi kesusahan apabila ibu bapanya ditimpa kemalangan yang teruk. Bapanya,Othman meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badannya. Ibunya,Nadia masih dalam keadaan koma dan tidak sedarkan diri. Beberapa minggu kemudian,doctor telah mengesahkan ibunya,Nadia telah lumpuh sepanjang hayatnya. Berita itu membuat Ikmal berasa sedih kerana dia masih belum mendapat kasih sayang seorang ibu. Izzal pula seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan bahawa ibunya lumpuh. “Apa salah ibu? Kenapa ibu jadi seperti ini? Semuanya salah kau,abang Ikmal. Kalau ibu dan ayah tidak pergi ke JB untuk beli kamera yang kau minta kat ayah, semua ini tidak akan berlaku. Kematian ayah juga pun gara-gara kau,!!”Nada Izzal semakin tinggi. Kepala Izzal semakin serabut. Sejak ibunya,Nadia lumpuh, Izzal terus lari daripada rumah. Mujurlah kawan baik Ikmal,Haikal dapat memujuk Izzal untuk pulang ke rumah kerana ibunya terlalu rindukan Izzal. Semasa Izzal berjumpa dengan ibu, hati Izzal berubah. Mungkin dia  sudah terlalu lama menumpang rumah sewa rakannya yang tidak tahu sama ada baik atau buruk akhlak. Wajah ibunya tersenyum melihat wajah anak yang disayangi berada di depan. Izzal duduk bersebelahan dengan ibunya. Dengan senang  hatinya, tangan ibunya terbuka luas walaupun tangannya bengkok sedikit. Wajah Izzal menunjukkan rasa geli dan jijik. Ibunya,Nadia mahu memeluk Izzal kerana terlalu rindu akan anaknya tetapi Izzal menjauhi ibunya.
“Tak payahla nak peluk Izzal,ibu. Izzal dah besar,bukan budak kecil lagi,”kata Izzal lala mengubah kedudukan kerusi daripada mendekati ibunya.
“Izzal,ibu terlalu rindukan kamu. Izinkan ibu untuk memeluk kamu. Hanya sebentar sahaja,”Ibu Izzal,Nadia merayu dengan wajah yang simpati kepada anaknya.
“Tak apala. Izzal datang sini hanya lihat keadaan ibu. Ibu,bagaimana? Sihat? Ada apa-apa yang boleh Izzal tolong? Kalau ibu mahu peluk, Izzal tak boleh sebab keadaan ibu tidak lagi seperti dulu,” hati kecil Nadia runtuh bagaikan kilat menyambar terhadap dirinya. Satu-satunya anak yang disayangi di atas dunia ini sanggup tidak melepaskan rindu ibu terhadapnya. Nadia tidak putus asa untuk merayu dan merayu. Hanya permintaan itulah Ikmal menyuruh Haikal memujuk Izzal berjumpa dengan ibu.
“Sudahlah! Lebih baik,Izzal balik rumah kawan Izzal lebih bagus, daripada melayan ibu, tidak habis-habis mahu memeluk Izzal. Dah! Selamat tinggal!” Izzal meninggalkan kamar ibunya dengan meluat melihat karenah ibunya yang tidak putus-putus merayu kepadanya. Nadia menjerit nama anaknya,Izzal berulang kali supaya jangan pergi sehingga Nadia terjatuh dari katil. Pada masa itu, Ikmal baru sahaja selesai persekolahan yang kini menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Ikmal dari jauh telah mendengar suara ibu seolah-olah menjerit nama “IZZALL”. Izzal bersiap-siap untuk keluar daripada rumah tersebut.
“Nak ke mana,Izzal? “Ikmal menyoal.Izzal tidak berkata apa-apa. Ikmal lantas melihat keadaan ibunya.
“Ya Allah! Ibu…,”
***

Friday 1 March 2013

PROGRAM DIPLOMA KEMAHIRAN (Kementerian Sumber Manusia)

1)DIPLOMA EKSEKUTIF SISTEM MAKLUMAT
( DIPLOMA IN EXECUTIVE INFORMATION SYSTEM)

  • melatih dan menyediakan pelajar agar lebih bersedia untuk diserap ke pelbagai bahagian pentadbiran, pengurusan dan operasi yang kini amat berkait rapat dengan penggunaan teknologi maklumat (ICT).
  • menbantu para pelajar lepasan SPM agar mendapat pendedahan dan bimbingan bermula daripada asas sehingga ke praktikal. Konsep pembelajaran juga amat dan lebih focus pada bahagian pengurusan pejabat,pengendalian dan sistem maklumat.
SYARAT KELAYAKAN :
  1. LEPASAN SPM
  2. LULUS BM atau BI dalam SPM
KEISTIMEWAAN MEMILIH DIPLOMA EKSEKUTIF SISTEM MAKLUMAT

DESM - dirangka dengan pengisian modul terancang dan teratur.
 Modul yang dirangka akan membantu para pelajar mengenal pasti cara atau langkah yang    betul dalam pengendalian aduan pelanggan,pemeriksaan fasiliti dan pengurusan peralatan    sistem maklumat.
 Setiap modual yang diajar mempunyai skop tertentu agar pelajar dapat memahami pengisian    yang diajar.

2) DIPLOMA PENGURUS KREATIF MULTIMEDIA
(DIPLOMA IN MULTIMEDIA CREATIVE SYSTEM)

  • Melahirkan para graduan professional, kreatif dan mahir dalam setiap aspek reka bentuk multimedia sejajar dengan pertumbuhan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
  • enyediakan pendidikan dan latihan bersepadu berteraskan multimedia grafik selaras dengan kehendak industri awam atau swata yang memerlukan tenaga pakar dan mahir dalam bidang ini.
SYARAT KELAYAKAN
  1. LEPASAN SPM
  2. LULUS BM atau BI dalam SPM
KEISTIMEWAAN MEMILIH PROGRAM DIPLOMA PENGURUS KREATIF MULTIMEDIA
Pendedahan kepada pelajar terhadap elemen-elemen multimedia:
 Grafik & Visual - Konsep, elemen dan teknik dalam reka bentuk dan reka letak grafik atau    multimedia interaktif bagi penghasilan karya grafik seperti risalah, banner, bunting atau laman    web
 Typografi/Teks - Merangkumi segala jenis bentuk muka taip, saiz dan prinsip asas typografi    yang boleh diaplikasikan kepada hasil mengikut kesesuaian.
 Audio - Mengaplikasikan pengguna audio dalam persembahan multimedia dan interaktif yang    menarik menggunakan persisan tertentu untuk menghasilkan nada, muzik, ringtone dalam    format MP3, MP4, Winamp dll.
 Video - Aspek teknikal, kesan-kesan khas atau editing menggunakan perisai tertentu bagi    menghasilkan format dikehendaki dalam Media Player, Real Player dan sebagainya.
 Animasi - Penghasilan karektor/watak kartun menggunakan perisian tertentu dan    mendedahkan para pelajar kepada pembuatan sesuatu frame, ‘story line’ atau jalan cerita    beranimasi.

3) DIPLOMA MEKATRONIK
(DIPLOMA IN MECHATRONIC)

  • Melatih para pelajar dengan ilmu dan kemahiran sebagai persediaan menjadi juruteknik yang dapat diserapkan kepada sektor industri pembuatan atau pengeluaran dalam industri sebenar
  • Pembelajaran merangkumi aspek dari segi 'automation' seperti PLC. Pneumatic & Hydraulic, Servo System dan lain-lain subjek berkaitan.
SYARAT KELAYAKAN
  1. LEPASAN SPM
KEISTIMEWAAN MEMILIH PROGRAM DIPLOMA MEKATRONIK
  • Safety & Health - Keselamatan & Kesihatan ditempat kerja dengan penekanan aspek    keselamatan.
 Electrical Sytem - Mahir mengendalikan system berasaskan eletrik,menyelenggara & baik    pulih peralatan elektrik.
 Measuring Instrument - Mengendalikan peralatan pengujian,menjaga keselamatan    peralatan dan penyelenggaraan.
 Troubleshoot - Kaedah mencari kerosakkan melalui symptom yang boleh diperolehi melalui    pancaindera & peralatan pengukuran.
 Insdustrial Maintenance - Mengendalikan penyelenggaraan, mengurus organisasi dan    menjalankan aktiviti penyelenggaraan.
 Servo System/ Tooling System - Menjalankan servis pada peralatan mesin &    kelengkapan, menggunakan peralatan dengan kaedah yang betul.

4) SIJIL PENYEDIAAN MAKANAN DAN MINUMAN*
(CERTIFICATE OF FOOD AND BAVARAGE)

KELAYAKAN

  1. LEPASAN SPM
*maklumat kursus/sijil ini akan dipaparkan dalam blog ini pada masa akan datang....

PROGRAM DIPLOMA DAN SIJIL INI TELAH MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA JPK, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA...
DAFTAR SEKARANG, KUOTA TERHAD, BOLEH DAFTAR SECARA ONLINE. 
SILA TEKAN LINK DI BAWAH:

SEMOGA IMPIAN ANDA AKAN TERCAPAI DEMI KEGEMILANGAN KERJAYA ANDA PADA MASA HADAPAN

Thursday 28 February 2013

PROGRAM DIPLOMA MQA ( AKADEMIK)

1) DIPLOMA OFFICE ADMINISTRATION
    (DIPLOMA PENTADBIRAN PEJABAT)


  • menyediakan para graduan profesional,efiesyen dan sisitematik dalam sektor pentadbiran pejabat, ke arah kemajuan dan peningktatan ekonomi negara.
  • melahirkan modal insan yang berpeluang cerah dalam sektor samaada awam ataupun swasta.
  • pendedahan pembelanjaran "Life-Long Learning" demi menyediakan "K-Worker" yang mampu bersaing dan mengikut teknologi semasa
SYARAT KELAYAKAN
  1. LULUS SPM dengan tiga kepujian mana-mana mata pelajaran.
  2. LULUS Bahasa Melayu dalam SPM.
KEISTIMEWAAN MEMILIH PROGRAM DIPLOMA OFFICE ADMINISTRATION....
  • Diploma diiktiraf oleh JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam)
  • Setiap syarikat di dunia merupakan unit pentadbiran (administration)
  • Peluang pekerjaan yg tinggi untuk memenuhi kehendak dan keperluan industri.
  • Peluang pekerjaan di sektor KERAJAAN dalam Gred N27 sebagai Pegawai Pentadbir.
  • Memperoleh gaji sekitar RM1200-RM1800 sebulan dengan syarat pencapaian yang baik dalam akademik dan latihan industri.
  • Penekanan terhadap pendedahan pengurusan karakter dan penampilan imej diri ke pejabat di industri.
  • Peluang diperjawatan tetap adalah tinggi sebaik tamat latihan industri.
2) DIPLOMA IT MANAGEMENT
( DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT)


  • menyediakan para graduan profesional,yang menguasai bidang pengurusan teknologi maklumat bagi memnuhi keperluan industri.
  • memastikan pelajar bidang ini difokuskan kepada bidang pengurusan berteknologi masakini iaitu IT.
  • pelajar kursus ini menjadi tunggak kepada asas sesebuah organisasi seperti industri kecil sederhana (SMI) kerana memerlukan tenaga kerja yang boleh membantu pengurusan data dan mengemaskini data.
SYARAT KELAYAKAN
  1. LULUS BM dalam SPM
  2. LULUS SPM dengan tiga kepujian termasuk LULUS MATEMATIK.
KEISTIMEWAAN MEMILIH PROGRAM DIPLOMA IT MANAGEMENT:-
  • Program ini dapat menyediakan pekerja di Jabatan MIS, SMI, dan MNC
  • Skop pekerjaan pengurusan IT luas seperti pengurusan infrastruktur IT "NETWORKING, SERVER MANAGEMENT, dan DATABASE MANAGEMENT.
  • Unit pengurusan IT adalah unit sokongan untuk oraganisasi ke Era IT.
  • Industri masakini mengorak langkah ke Era IT dalam semua bidang seperti pengurusan pentadbiran,unit sumber manusia, perakaunan, dan pemasaran.
3) DIPLOMA IN ACCOUNTING
( DIPLOMA PERAKAUNAN )

  •  melahirkan para graduan profesional yang dapat memenuhi pasaran perakaunan/kewangan yang amat diperlukan dalam setiap bidang sama ada kerajaan atau swasta.
  • Perakaunan merupakan asas untuk sesebuah syarikat membangun kerana pekerja berlatarbelangkan kewangan akan memainkan peranan di dalam selok belok perbelanjaan syarikat.
SYARAT KELAYAKAN
  1. LULUS BM dalam SPM
  2. LULUS SPM dengan tiga kepujian termasuk LULUS MATEMATIK.
KEISTIMEWAAN MEMILIH PROGRAM DIPLOMA IN ACCOUNTING
  • Seseorang yang bekerja di unit perakaunan adalah seorang yang profesional.
  • Syarikat amat memerlukan jabatan dan unit akaun kerana perakaunan merupakan tulang belang syarikat.
  • Memperoleh diploma tambahan daripada MQA ( Malaysian Qualification Agency), LCCI(London Chamber of Commerce and Industry) dan IFA (International Financial Accountants).
4)DIPLOMA IN CREATIVE MULTIMEDIA
( DIPLOMA KREATIF MULTIMEDIA)

  • memberi peluang kepada pelajar yang lebih berminat dan cederung kepada aliran kemahiran yang kreatif,inovatif dan mahir dalam setiap reka bentuk multimedia,sejajar dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
  • menyediakan para pelajar dengan pendidikan dan latihan bersepadu berteraskan multimedia grafik dan rekaan.                                                                                                                          SYARAT KELAYAKAN
  1. LULUS SPM dengan tiga kepujian termasuk LULUS MATEMATIK.
  2. LULUS BM dalam SPM
  3. LULUS Sijil Politeknik dalam bidang berkaitan yg diiktiraf@setara
  4. LULUS Sijil Komuniti dalam bidang berkaitan dengan satu pengalaman kerja berkaitan atau satu semester bridging program.
  5. Kelayakan lain berkaitan atau setara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.                           KEISTIMEWAAN MEMILIH PROGRAM DIPLOMA IN CREARIVE MULTIMEDIA.
  • Pelajar akan lebih kreatif dalam menghasilkan sesebuah rekaan grafik, animasi dan sesuatu produk.
  • Dapat bekerja syarikat yang memerlukan rekaan grafik seperti design banner, design kad kahwin dan animasi di syarikat animasi,seperti LES COPAQUE dan sebagainya.
5) DIPLOMA IN HOTEL MANAGEMENT
(DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL)

  • program ini adalah mengembangkan "multitasking"pelajar dengan kemahiran operasi dan berpengetahuan dalam pengurusan hotel yg berkaitan dengan industri.
  • memberi peluangkepada pelajar dengan mengembangkan kemahiran relavaan dan vokasional yg dapat mereka gunakan untuk mendapatkan peluang pekerjaan di industri perhotelan,palancongan dan hospitaliti
SYARAT KELAYAKAN
  1. LULUS BM dalam SPM
  2. LULUS SPM dengan tiga kepujian termasuk LULUS MATEMATIK.
  3. LULUS Sijil Politeknik
  4. Kelayakan lain yang diiktirag oleh Kerajaan Malaysia.
KEISTIMEWAAN MEMILIH PROGRAM DIPLOMA IN HOTEL MANAGEMENT
  • menyediakan serba boleh dan berpengetahuan dalam pengurusan hotel dan pelaksanaan operasi harian dalam hospitaliti.
  • menguruskan dan melaksanakanaiaitu mengambil keputusandalam operasi harian dan sambil menagani acara dalamindustri perhotelan.
  • mampu melaksanakan pelbagai ketrampilan dalam bidang dan mempunyai kemahiran "multitasking"sesuai dengan keperluan industri.
6) DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION
(DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)
  • mendedahkan bakal graduan kepada aplikasipengetahuan dan pengalaman terhadap kanak-kanak yang berbeza dari segi budaya dan kebolehan.
  • melahirkan graduan yang mampu berinteraksi secara berkesan dengan kanak-kanak dalam situasi pembelanjaran dengan menggunakan pelbagai strategi pembelanjaran dan pengurusan dengan cara membina dan menguruskan persekitaran pembelanjaran yang kondusif.
SYARAT KELAYAKAN
  1. LULUS BM dan BI dalam SPM
  2. Mendapat tiga kepujian mana-mana matapelajaran dalam SPM
  3. Ditawarkan kepada calon SPM
  4. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
KEISTIMEWAAN MEMILIH DIPLOMA EARLY CHILHOOD EDUCATION
  • melahirkan bakal-bakal pendidik yg berpengetahuan dari segi teori dan praktikal.
  • menyediakanpendidikanyang berkualiti seperti merancangaktiviti yangdapat membantu perkembangan awal kanak-kanak
  • mendedahkanpelajar tentang perkembanganawal kanak-kanak dari lahir hingga 12 tahun.
  • melatih pelajar dalam merancang dan mengurus tadika.


SEMUA PROGRAM DIPLOMA AKADEMIK TELAH MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA MQA. DAFTAR SEGERA SECARA ONLINE, PENGAMBILAN SEKARANG .... DAFTAR ONLINE MELALUI LINK DIBAWAH:

SEMOGA IMPIAN ANDA AKAN TERCAPAI DEMI KEGEMILANGAN KERJAYA ANDA PADA MASA HADAPAN



Monday 25 February 2013

PROMO PENGAJIAN KOLEJ....


ü MEMPUNYAI MASALAH KEWANGAN?
ü MEMPUNYAI KELULUSAN SPM SAHAJA?
ü TIDAK BERPELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI?
ü MAHU BEKERJA GAJI YANG LUMAYAN?
ü TIDAK MAHU BERHENTI KERJA?
ü MAHU BEKERJA SAMBIL BELAJAR?
JANGAN RISAU, KAMI ADA CARANYA……….
PELUANG MENGIKUTI PENGAJIAN KE PERINGKAT  DIPLOMA, IJAZAH DAN MASTER,….. BOLEH AMBIL PENGAJIAN SEPARUH MASA BAGI YANG BEKERJA***
JOM BELAJAR DI COLLEGE MCS, BANTING, SELANGOR
ü DAPATKAN ELAUN BULANAN DARI RM300 HINGGA RM 599 SEBULAN
ü DAPATKAN TAWARAN PINJAMAN MARA BAGI YANG LAYAK.
ü DAPATKAN ELAUN BIASISWA MYBRAIN SEBANYAK RM 10 000 BAGI PROGRAM MASTER.
ü DAPATKAN ELAUN BUKU MARA RM600 SETAHUN.
ü DAPATKAN PROMOSI PENDAFTARAN SEBANYAK RM100 SHJ.**

KEMBANGKAN KERJAYA ANDA BERMULA PENGAJIAN ANDA DI KOLEJ KAMI
COLLEGE MCS, KOLEJ UNTUK KERJAYA,,,,,
BERMINAT, CALL MR.FAROUK ( O13-4990186 )

About Me

Banting, Selangor, Malaysia
College MCS didaftarkan atas nama Prudent Communication Sdn. Bhd. pada 13.03.1997 dan secara rasminya telah mendapat pengiktirafan sebagai salah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). No. Rujukan kelulusan penubuhan IPTS daripada Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) ialah KP(JPS)5195/IPTS/899. College MCS menubuhkan Unit Career & Academic Development ( CADev ) bagi menyelaraskan kandungan kursus supaya sentiasa memenuhi tuntutan dan kehendak sektor industri. Dengan itu, para graduan dari College MCS akan lebih bersedia kerana dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bakal menjamin kerjaya mereka dalam sektor awam dan swasta.