Pages

Saturday 2 March 2013

CERPEN KHAS : KERUSI RODA UNTUK IBU SIRI 2


Karya : Farouk Shedeq
Nadia masih tidur dalam keadaan nyenyak. Nadia terjaga apabila Ikmal cuba mengerakkannya. Nadia membuka matanya. Nadia berasa serba salah dan kasihan terhadap Ikmal kerana dialah tiap-tiap hari menjaganya dan memandikannya. “Ya Allah! Berdosannya aku terhadap anakku,Ikmal” hatinya berbisik. Sebenarnya,dia masih berharap bahawa anak yang disayanginya, Izzal menjaganya tetapi hakikatnya Ikmal,anak yang kurang disayangi menjaganya dengan penuh kasih sayang.
“Ikmal harap ibu jangan tolak pemberian Ikmal terhadap ibu,” Ibunya masih tertanya-tanya maksud tersirat anaknya,Ikmal. Alangkah terkejutnya,Nadia melihat kerusi roda bersembunyi di sebalik pintu kamarnya. Fikiran Nadia terngiang-ngiang. “Dari mana anakku dapat duit untuk membeli kerusi roda untukku? Dia ada simpanan ka?”apakan daya,Nadia tidak boleh bercakap.
“Ibu mesti seronok,kan dapat kerusi roda. Ikmal boleh bawa ibu berjalan-jalan di luar, menghirup udara segar di luar, tidak lagi berkurung dalam bilik ja,” wajah kegembiraan ibu tiba-tiba berubah.
“Ibu,jangan risau.Ikmal tidak mencuri. Ikmal cari duit sendiri,” Ibu,Nadia terharu mendengar penjelasan Ikmal lalu Ikmal menyambung percakapannya “Ibu,sekarang ini Ikmal berasa senang kerana Ikmal dapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu,”Tidak lama kemudian,beberapa titisan air mata Nadia mengalir membasahi pipi. Dia tahu selama dia menjaga Ikmal sejak kecil, Ikmal masih dahagakan kasih sayang seseorang ibu. Mereka berdua terus berpelukan sambil mengesat air mata.
***  
Ikmal baru sahaja balik dari sekolah dengan menaiki basikal. Apabila dia masuk ke rumahnya,dia terkejut rumahnya berselerak. Semua almari telah diselongkarkannya. Semua bilik berselerak dengan kertas-kertas bertaburan di lantai. “Apa yang sudah berlaku?”Ikmal masih kebinggungan. Anehnya,almari ibunya juga diselongkar. Habis barang-barang emas milik ibu,Nadia diberkas. “Siapa punya angkara ini? Mungkin perompak. Aku perlu buat laporan polis,”kata Ikmal dengan tekad. Ibunya mahu berkata sesuatu kepada Ikmal. Tetapi,Ikmal keluar dari bilik ibunya dengan serta mertaa.
“Kerusi roda ibu juga diberkasnya! Bangsat!”Ikmal mula mengeluarkan kata-kata kesat.
“Assalamualaikum,Ikmal. Balik juga kamu ni,”Haikal muncul dengan tiba-tiba.
“Tadi,saya lihat Izzal datang ke rumah ini! Kecoh rumah ini dibuatnya. Suara Izzal saya dengar kat luar,”
“Apa? Izzal marah dan melenting kepada ibu? Kurang ajar! Bermakna semua barang dalam almari dicuri oleh dia. Habis semua barang kemas,duit dan kerusi roda ibu diberkas. Tak boleh jadi ni. Haikal,kau tunjuk di mana rumah kawan Izzal. Biar aku bagi pengajaran cukup-cukup,” Haikal menahan sabar. Dia menyuruh Ikmal beristighfar dan tidak perlu bertindak terburu-buru.
Setelah Haikal dan Ikmal menyiasat perkara yang sebenarnya dilakukan oleh Izzal, Ikmal sudah dapat menjangka bahawa adiknya itu melakukan perkara-perkara yang tidak elok. Dia sudah mula terjebak dengan ketagihan najis dadah. Mungkin kegiatan tersebut mudah terpengaruh daripada rakan sebaya. Benda-benda yang dicuri dalam rumahnya hanyalah hendak membeli pil-pil khayal,dadah. Ikmal tidak tahu bertindak apa-apa. Dia hanya berdoa bahawa adiknya,Izzal kembali ke pangkal jalan.
***
Ramai pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Seri Kembangan memandang serong terhadap Ikmal. Satu sekolah mendapat tahu bahawa adiknya,Izzal merupakan penagih dadah termuda. Mujurlah,rakannya,Haikal memberi semangat dan dorongan terhadap Ikmal. Seorang pengawas datang kelas 5 Bakti dan memanggil nama Ikmal. Menurutnya lagi,guru Matematik,Cik Halimah mahu berjumpa dengan Ikmal. Ikmal lantas pergi ke bilik guru. Hatinya tiba-tiba gerun. Fikirannya masih tertanya-tanya tujuan sebenar gurunya mahu berjumpa dengannya.
“Sejak akhir-akhir ini, pencapaian kamu dalam matematik semakin merosot dan kamu sering tidak hadir kelas tambahan saya  di sebelah petang. Kenapa?”Cik Halimah masih tersenyum menyoal perkara tersebut kepada Ikmal. Ikmal masih termenung panjang. Dia akui bahawa dia tidak hadir ke sekolah kerana banyak masa yang dipenuhi di rumah. Ikmal terpaksa memberitahu perkara yang sebenarnya bahawa dia menghabiskan masanya bersama ibu.
“Ibu awak lumpuh,kan?”
Ikmal mengangguk-angguk kepalanya. Cik Halimah berasa simpati lalu dia menyuruh Ikmal kembali ke kelas. Cik Halimah lantas menelefon pihak kebajikan masyarakat.
***
Ikmal berhenti mengayuh basikal di depan rumahnya. Dia berasa pelik. Terdapat tiga buah kereta berada di hadapan laman rumah papannya. Ikmal masuk ke rumah dan terkejut bebrapa orang pegawai daripada pihak kebajikan masyarakat datang ke rumahnya. Dia menyumbang dua kampit beras,minyak masak,dan beberapa barang keperluan lain. Selain itu, pegawai tersebut menyumabang sebanyak RM500. Menurut pegawai tersebut, keluarga Ikmal layak mendapat sumbangan daripada pihak negeri sebanyak RM400 sebulan. Ikmal terasa terharu dan berterima kasih. Dia tertanya-tanya, kenapa sekarang pihak kebajikan memberi sumbangan? Ikmal berasa bersyukur kerana sebuah kerusi roda sumbangan kerajaan negeri telah disumbangkan kepada ibunya,Nadia.
***
Sudah tiga bulan berlalu, Izzal masih belum pulang di rumah. Rindu Nadia terhadap anaknya,Izzal semakin bertalu-talu. Hatinya selalu bersedih.  Nadia yang berkerusi roda itu terbatuk-batuk tanpa henti. Wajahnya pucat. Mungkin rindukan Izzal yang sudah lama tidak pulang ke rumah.
“Izzal, di mana kamu,nak? Kamu langsung tidak berjumpa dengan ibu. Ibu rindukan kamu…,”Hati Nadia berbisik dengan nada yang rendah. Anak yang disayanginya langsung tidak melawat. Daun kelapa terjatuh ke bawah akibat derusan angin yang kencang. Namun, Ikmal memberi semangat dan dorongan terhadap ibunya. Ikmal sudah puas meminta Haikal supaya mencari adiknya,Izzal di rumah-rumah kawan malangnya, tidak berjumpa. Izzal juga sudah beberapa kali ponteng sekolah. Walaupun surat amaran dari sekolah telah sampai di rumahnya, namun tidak berguna juga. Akhirnya, pihak sekolah memutuskan Izzal digantung sekolah selama dua bulan.
***
Tanggal 22 Mac 2012, tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) telah keluar. Degupan jantung Ikmal berasa kencang. Selama ini, Cikgu Halimah telah banyak memberi dorongan dan motivasi terhadap Ikmal supaya tumpukan sepenuhnya kepada pelajaran sejak dia leka menjaga dan merawat ibunya. Setelah Ikmal membeli kerusi roda untuk ibunya yang diberkas oleh Ikmal dulu, dia tetap mahu mengambil kerja sambilan untuk mengembalikan kerusi roda ibu yang hilang. Oleh sebab terlalu kasihan Ikmal dan pelajarannya yang semakin merosot. Cikgu Halimah memberitahu keprihtianan keluarga Ikmal terhadap agensi kebajikan masyarakat. Sejak dari itu, Ikmal bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarganya walaupun sedih ketiadaan Izzal di sisinya. Ramai pelajar SPM yang beratur panjang untuk mengambil slip keputusan SPM. Setelah sampai di giliran Ikmal, Cikgu Halimah tersenyum melihat wajah Ikmal.
“Tahniah,Ikmal! Cikgu berbangga dengan kamu,”Cikgu Halimah menyerahkan slip keputusan tersebut kepada Ikmal. Mata Ikmal kaku. Dia memerhatikan semua gred setiap subjek. “Ya Allah,terima kasih…”
Wajah kegelisahan Ikmal bertukar menjadi wajah yang ceria. Dia Berjaya mendapat 10A dalam SPM.
“Terima kasih memberi tunjuk ajar dan semangat untuk bangkit semula daripada kekalahan. Mesti ibu gembira melihat keputusan ini. Ibu Ikmal mahu sangat berjumpa dengan Cikgu sebab Cikgu banyak tolong saya dan ibu..,”dengan wajah yang ceria dia memohon sesuatu.
Walaupun berat untuk menunaikan hasrat Ikmal kerana banyak tugas yang pelu dilakukan, namun Cikgu Halimah tidak mempunyai masalah untuk berjumpa dengan ibu Ikmal yang kini sedang sakit dan terbaring, tidak duduk dan bergerak..
Setelah sampai di rumah Ikmal, ikmal lantas pergi ke ruang tamu tempat ibu Ikmal terbaring. Wajah Nadia tersenyum melihat keputusan SPM Ikmal dengan mengeluarkan beberapa titisan air mata.
“Ibu,..inilah Cikgu Halimah yang banyak tolong saya termasuk ibu,” Cikgu Halimah masih belum muncul di muka pintu lagi. Wajah Nadia dengan mulutnya ternyedeng ke pipi kiri melihat ke muka pintu. Cikgu Halimah dengan berpakaian baju kurung biru melihat keadaan ibu Ikmal. Mata Cikgu Hailimah tidak henti memandang wajah ibu Ikmal yang lumpuh itu. Mata Nadia juga kaku melihat Cikgu Halimah berdepan dengannya seolah-olah mereka saling kenal-mengenali. Beberapa minit kemudian,Cikgu Halimah keluar dari rumah itu dengan perasaan kecewa. Ikmal kehairanan. Wajah Nadia berubah. Nadia masih lagi kecewa kejadian yang telah berlaku dua puluh tahun sebelumnya.
*
Satu simbahan air botol minuman ke muka Nadia yang dilemparkan oleh Halimah. Kemarahan Halimah semakin meruap-ruap. Perasaannya masih tidak boleh dikawal. Bukan pertama kali Halimah melihat suaminya,Othman bersama dengan wanita yang digelar Nadia. Halimah tidak boleh berdiam diri. Perasaan marah dan sabar tidak mampu dikawal. Orang ramai di restoran tersebut melihat kejadian itu.
“Imah,kenapa ni? Malu lah dengan orang kat sini,”Othman kawal sifat malunya.
“Malu? Yang abang berkepit dengan betina ni tak tahu malu ker? Apa semua ni,bang?”suara Halimah semakin tinggi.
“Abang boleh jelaskan tapi bukan di sini tempatnya,”Othman cuba meredakan kemarahan Halimah.
“Ey..pompuan, kau ni dah tak de laki lain ke nak ambik, laki orang juga yang kau pilih,HAH??”Suara tinggi Halimah mengejutkan orang ramai yang menjamah makanan di restoran tersebut.
“Eleh, laki dia yang gatal pilih aku. Ada aku kisah,,??”Nadia menjawab.
“Tak guna,”Halimah terus menarik rambut Nadia dengan perasaan geram dantimbullah kekecohan di restoran yang terkemuka itu.  Akhirnya,Othman terus menampar Halimah sehingga terjatuh lantai.
“Kalau beginilah, sikap awak! Abang ceraikan awak dengan talak dua,”jantung Halimah berdegup kencang setelah mendengar lafaz cerai suaminya berhadapan dengan orang ramai. Setelah peristiwa tersebut,kehidupan Halimah berubah. Semua kenangan manis bersama dengan suaminya sudah terpadam termasukanak sulungnya. Tiada kata putus yang mengukuhkan perbicaraan hak penjagaan anaknya setelah suaminya,Othman telah berkahwin dengan Nadia. Ketika itu,Halimah masih belum bekerja. Dia masih sedang mengikuti pelajaran ijazah untuk semester akhir. Saat anaknya diambil oleh Othman,suaminya,perasaannya sentiasa tidak aman, sentiasa dibasahi serba salah, rindunya yang bertalu-talu. Halimah pernah mencuba mencari anak kandungnya itu malangnya,keluarga baru Othman telah berpindah tanpa memberi jawapan. Dia diterima bekerja sebagai guru setelah tamat pelajaran ijazah.
**
Ukiran tulisan yang cakar ayam yang ditulis oleh ibu Ikmal di atas memberi segala jawapan yang Ikmal masih belum mengetahui kisah silam ibunya.
“Tolong jangan bencikan ibu. Ibu taka ada siapa-siapa lagi,” ukiran yang terakhir yang ditulis oleh Nadia.
Air mata Ikmal terus mengalir membasahi pipi. Walaupun hatinya mahu menampar dan memukul ibu angkatnya yg sedang lumpuh dan hampir nazak, tetapi niatnya mahu simpan sedalam-dalamnya kerana dia masih sayangkan ibu. Dia telah menjaga ibu deengan penuh kasih sayang. Tidak mungkin kerana disebabkan kisah lampau, dia mahu membalas dendam. Biarlah dendam itu terkubur. Tidak lama kemudian, satu panggilan telefon bordering. Ikmal lantas mengangkat telefon dan ketika dia mendengar suara panggilan itu,wajahnya berubah dengan berkata “Izzal,ibu….” Hati Nadia kucar-kacir, kenapa dengan anakku,Izzal? Apa yang sudah berlaku terhadapnya?? Hati Ikmal rasa serba salah untuk memberitahu apakah aktiviti yang sebenar yang dilakukan oleh adik tirinya? (bersambung siri 3-AKHIR)

No comments:

Post a Comment

About Me

Banting, Selangor, Malaysia
College MCS didaftarkan atas nama Prudent Communication Sdn. Bhd. pada 13.03.1997 dan secara rasminya telah mendapat pengiktirafan sebagai salah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). No. Rujukan kelulusan penubuhan IPTS daripada Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) ialah KP(JPS)5195/IPTS/899. College MCS menubuhkan Unit Career & Academic Development ( CADev ) bagi menyelaraskan kandungan kursus supaya sentiasa memenuhi tuntutan dan kehendak sektor industri. Dengan itu, para graduan dari College MCS akan lebih bersedia kerana dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bakal menjamin kerjaya mereka dalam sektor awam dan swasta.