Pages

Wednesday 13 March 2013

CERPEN KHAS: KERUSI RODA UNTUK IBU SIRI 3- AKHIR

Karya : Farouk shedeq


Ukiran tulisan yang cakar ayam yang ditulis oleh ibu Ikmal di atas memberi segala jawapan yang Ikmal masih belum mengetahui kisah silam ibunya.
“Tolong jangan bencikan ibu. Ibu tak ada siapa-siapa lagi,” ukiran yang terakhir yang ditulis oleh Nadia.
Air mata Ikmal terus mengalir membasahi pipi. Walaupun hatinya mahu menampar dan memukul ibu angkatnya yg sedang lumpuh dan hampir nazak, tetapi niatnya mahu simpan sedalam-dalamnya kerana dia masih sayangkan ibu. Dia telah menjaga ibu deengan penuh kasih sayang. Tidak mungkin kerana disebabkan kisah lampau, dia mahu membalas dendam. Biarlah dendam itu terkubur. Tidak lama kemudian, satu panggilan telefon bordering. Ikmal lantas mengangkat telefon dan ketika dia mendengar suara panggilan itu,wajahnya berubah dengan berkata “Izzal,ibu….” Hati Nadia kucar-kacir, kenapa dengan anakku,Izzal? Apa yang sudah berlaku terhadapnya?? Hati Ikmal rasa serba salah untuk memberitahu apakah aktiviti yang sebenar yang dilakukan oleh adik tirinya?
Sampai sahaja di Hospital Abu Bakar, Ikmal lantas pergi ke wad kecemasan. Terlihat Haikal dan Fatin,rakan rapat Izzal berada di luar bilik tersebut. Haikal tidak memberi apa-apa respon kerana Doktor sedang memeriksan Izzal di dalam. Beberapa minit kemudian, seorang doctor lelaki keluar daripada wad dan wajahnya sangat mendukacitakan. Ikmal hanya ternganga dan termangu setelah doctor memberi penjelasan terhadap adik tirinya,Izzal. Air mata Fatin mengalir membasahi pipi manakala Haikal berpaling ke atas siling dengan keadaan hampa. Dengan keadaan hospital yang sunyi, tiba-tiba ada seorang pesakit dari kemalangan jalan raya terburu-buru ke wad kecemasan. Ikmal curi-curi pandang pesakit yang dibawa oleh beberapa jururawat lelaki dan perempuan. Ternyata, seorang wanita yang sudah berumur, memakai tudung yang terserot-serot akibat kecelakaan di kepala.
“Ya Allah,ini cikgu aku,” bisik Ikmal dengan nada yang terkejut.
***
Wajah Halimah yang pucat dan kepalanya dibalut separuh akibat kemalangan teruk. Dia cuba teringat kejadian kemalangan yang ditimpa semalam. Halimah memandu kereta dengan keadaan marah setelah mendapat tahu bahawa ibu Ikmal adalah musuh ketat zaman silamnya, iaitu Nadia, isteri kedua kepada suaminya. Disebabkan Nadia, dia kehilangan suaminya. Disebabkan Nadia, dia kehilangan anak yang disayanginya. Disebabkan Nadia juga, dia kehilangan keebahagiaan rumah tangganya yang dibina bersama suaminya,Othman selama 15 tahun. Betapa hancurnya hati seorang wanita yang kehilangan segala-galanya. Kini, dia masih belum niat untuk membina rumah tangga lagi. Menjadi tanda tanya, di manakah anak kandungnya yang dirampas oleh Othman bersama Nadia. Adakah anak murid yang diberi sepenuh perhatian iaitu ,Ikmal adalah anak kandungnya yang dicarinya selama ini? Tiba-tiba sahaja kepala Halimah membingit. Tanpa disedarinya,Ikmal masuk ke wad tersebut. Baru sahaja dia berfikir tentangnya,dia muncul dengan tiba-tiba.
“Assalamualaikum,cikgu….bagaimana keadaan cikgu?”Ikmal bertanya dalam keadaan senyum.
“Eh,Ikmal. Cikgu tidak apa-apa. Bagaimana kamu tahu cikgu ada kat sini? Ada sesiapa yang beritahu kamu,kah?”Halimah bertanya dengan musykil.
“Adik saya sakit,cikgu. Dia dipukul oleh rakan-rakannya. Adik saya berhutang. Dia penagih. Rakan-rakannya memukulnya menggunakan besi dan kayu sampai dia lumpuh. Tidak boleh bergerak-gerak seperti dulu,”jelas Ikmal yang masih teringat penjelasan doctor semalam.
“Kasihannya….adik kamu tu masih lagi dalam hospital?”tanya cikgu.
“Ya”
“Cikgu,…kenapa cikgu boleh kemalangan?”
“Tak ada apa-apa,Ikmal. Kemalangan biasa ja. Pergilah melawat adik kamu yang sedang sakit tu. Cikgu rasa adik kamu lagi tenat daripada cikgu,”
“Cikgu,…saya ada satu benda nak tanya kepada cikgu?”
Wajah Halimah berubah . Dahinya berkerut.
“Kenapa cikgu lari daripada berjumpa dengan ibu saya?”
Mulut Halimah terkunci. Tiada jawapan yang diucapnya.
“Adakah cikgu benci melihat ibu saya yang lumpuh tu,?”
“Tidak….bukan begitu,Ikmal,”Halimah menafikannya. Air mata Halimah serta merta keluar mengalir ke pipinya. Ikmal cuba mendekati Halimah dan menyentuh tangan Halimah. Hati Halimah gerund an merasai sesuatu perasaan yang belum dirasai selama ini.
“Ikmal tahu segala-galanya,cikgu. Cikgu ada hubungan dengan ibu saya,kan? Ibu sudah cerita segalanya.. tetapi boleh tak,cikgu jangan benci dengan ibu Ikmal. Dialah satu-satunya ibu yang Ikmal kenal yang jaga Ikmal sejak kecil. Ikmal sangat sayang kepada ibu Ikmal,cikgu, Tolong maafkan dia…cikgu”nada suara Ikmal yang rendah dan penuh bersimpati. Dengan rasa lemah lembut, Halimah mengangguk kepalanya..
“Cikgu,…boleh tak,Ikmal panggil cikgu,….mama…?”
Hati Halimah tersentuh dan sebak apabila anak murid yang disayanginya memanggil dia “mama”.
“Ya Allah, setelah sekian lama, aku mencari anakku yang menghilang tanpa berita,,akhirnya telah kujumpai….terima kasih,nikmat Allah,”Halimah bersyukut tentang ketentuan-Nya.
**
“Ibu…,” suara Izzal meronta-ronta memanggil ibu.
“Sabar,Izzal. Tidak lama kemudian,kita akan tiba ke rumah awak,”Fatin masih berada di sisinya. Ayah Fatin membawa Izzal dengan menaiki kereta. Tidak lama kemudian,kereta tersebut berhenti kerana tayar kereta pancit dan pecah. Ayah Fatin mengambil masa lama untuk menukar tayar yang baru. Apabila Fatin masuk ke dalam kereta,dia terkejut bahawa Izzal hilang dalam kereta itu.
“Ayah,Izzal hilang! Macam mana ni?”Fatin rasa gelisah. Mata ayahnya mencari merata tempat akhirnya dia terjumpa Izzal di semak samun, dalam keadaan mengesot kerana Izzal tidak dapat berjalan dan lumpuh. Dia berjalan dalam keadaan mengesot. Barulah Fatin memahami. Oleh kerana terlalu rindukan ibunya yang sudah lama tidak dijumpainya, Izzal sanggup ke jalan semak samun, jalan pintas ke rumahnya. Terlalu banyak kesalahan dan dosa Izzal terhadap ibunya. Barulah dia sedar bahawa betapa sukarnya seseorang itu lumpuh. Sebelum ini,Izzal semakin susah menerima kenyataan bahawa ibunya lumpuh dan sering menjauhi ibunya. Dia juga sanggup mencuri rantai emas, wang ringgit termasuk kerusi roda yang dibeli oleh abang tirinya,Ikmal untuk mendapat sebungkus dadah. Izzal juga banyak berhutang dengan sekumpulan penjual dadah. Oleh sebab itu, Izzal dipukul dengan benda-benda keras dan besi berkali-kali di tubuhnya sehingga menjadi lumpuh. Kini, Izzal Berjaya melangkah ke jalan raya. Dia mahu melintas jalan untuk menuju ke arah rumahnya. Tiba-tiba muncul kereta melalui jalan semasa Izzal melintas jalan. Mata Izzal terbeliak tanpa bergerak apa-apa.
**
“Izz..zal,” Nadia berkata merangkak-rangkak menyebut nama anaknya yang dirinduinya. Wajahnya pucat seolah-olah keletihan. Nadia terbaring lemah di ruang tamu. Halimah dan Ikmal berada disisi Nadia. Suara Nadia tidak putus memanggil nama anaknya,Izzal.
“Sabarlah,ibu. Ikmal sudah menyuruh Fatin bahawa Izzal ke sini. Nanti,dia akan datang,”Ikmal memberi semangat kepada ibunya.
“Betul,Nadia,”Halimah mengeluarkan beberapa titisan air mata. Sedih melihat keadaan Nadia yang sedang nazak. Namun,apakan daya. Allah lebih menyangi ibu Ikmal yang sudah lama menanggung seksaan penyakit yang sukar diubatinya. Nadia telah menghembuskan nafas yang terakhir  dengan mengucap dua kalimah syahadah. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk dengan kuat sekali. Ikmal lantas membukanya. Hujan mulai turun dengan lebat setelah beberapa minit Nadia menghembus nafas terakhir. Ikmal melihat Fatin dan bapanya berada di depan pintu.
“Ibu……”Izzal meredah masuk ke pintu. Ikmal terkejut kerana Izzal tidak berdiri di pintu sebaliknya dia terduduk ke muka pintu. Izzal menjerit “IBBUUUU…….,”setelah melihat ibunya terbaring kaku di ruang tamu. Izzal mengesot dan menangis tanpa henti. Dia mencium muka ibu dan bersalam dan mencium tangan ibu untuk meminta maaf. Apakan daya,ibunya,Nadia tidak bernyawa lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Izzal tidak sempat untuk meminta maaf. Izzal berasa kesal atas kesilapannya. Sebenarnya ,kereta yang melalui jalan semasa Izzal melintas jalan ialah kereta ayah Fatin. Mujurlah ayah Fatin sempat berhenti,dan membawa Izzal ke rumah untuk berjumpa dengan ibu Izzal,Nadia.
**
Gambar Hiasan...

Nadia,ibu Izzal dan ibu tiri Ikmal telah selamat dikebumikan. Halimah telah menerima Ikmal sebagai anak kandungnya. Doctor telah mengesahkan Izzal telah lumpuh sepanjang hidupnya. Tulang tubuhnya tidak boleh diperbaiki lagi. Halimah juga telah sepakat untuk menjaga Ikmal dan Izzal. Ikmal juga telah memaafkan kesalahan Izzal selama ini. Dia bertekad untuk menjaga dan melindungi adiknya daripada pelbagai ancaman. Kini,kerusi roda yang disumbangkan oleh pihak kebajikan untuk ibunya telah digunakan Izzal sendiri. Izzal menyentuh kerusi roda itu dan menyesal atas perbuatannya yang sanggup menjual kerusi roda ibu untuk kepentingan dirinya sendiri.----TAMAT---


No comments:

Post a Comment

About Me

Banting, Selangor, Malaysia
College MCS didaftarkan atas nama Prudent Communication Sdn. Bhd. pada 13.03.1997 dan secara rasminya telah mendapat pengiktirafan sebagai salah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). No. Rujukan kelulusan penubuhan IPTS daripada Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) ialah KP(JPS)5195/IPTS/899. College MCS menubuhkan Unit Career & Academic Development ( CADev ) bagi menyelaraskan kandungan kursus supaya sentiasa memenuhi tuntutan dan kehendak sektor industri. Dengan itu, para graduan dari College MCS akan lebih bersedia kerana dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bakal menjamin kerjaya mereka dalam sektor awam dan swasta.