Pages

Thursday, 28 March 2013

PENGAMBILAN PELAJAR SEMESTER 1 SESI 2013/2014 UTK SKM COLLEGE MCS!!!

DAFTAR ONLINE SEKARANG......
PENGAMBILAN PELAJAR BULAN APRIL/MEI/JUN SEMESTER 1 SESI 2013/2014.....

Pelajar Lepasan SPM 2012 digalakkan untuk memohon atau pelajar-pelajar yang masih belum berpeluang melanjutkan pelajaran dlm IPTA.

PERCUMA!!!* PENDAFTARAN KOLEJ........

* Terhad utk Kemasukan Semester 1 sesi 2013/2014. Tidak termasuk yuran pendaftaran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan yuran perkhidmatan.

PROGRAM DIPLOMA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (Diiktiraf JPK)
 - Diploma Eksekutif Sistem Maklumat
 -Diploma Pengurus Kreatif Multimedia
- Diploma Teknologi Mekatronik
-Sijil Penyeliaan Makanan & Minuman

DAFTAR ONLINE DI SINI : https://docs.google.com/forms/d/1TyC-xKK4_InYkSfQQtbYPAnGE8yj1BMCkWZ-l5dPpMU/viewform?pli=1

SEMOGA IMPIAN ANDA AKAN TERCAPAI DEMI KEGEMILANGAN KERJAYA ANDA PADA MASA HADAPAN

PENGAMBILAN PELAJAR SEMESTER 1 SESI 2013/2014 UTK KPT COLLEGE MCS!!

DAFTAR ONLINE SEKARANG......
PENGAMBILAN PELAJAR BULAN APRIL/MEI/JUN SEMESTER 1 SESI 2013/2014.....

Pelajar Lepasan SPM 2012 digalakkan untuk memohon atau pelajar-pelajar yang masih belum berpeluang melanjutkan pelajaran dlm IPTA.

DAPATKAN BAUCAR YURAN RM200 UTK MENDAPATKAN PENDAFTARAN KOLEJ RM100 SAHAJA!!!!*

*selagi stok baucar yuran masih ada. Terhad utk kemasukan Semester 1 sesi 2013/2014 shj. Tidak termasuk yuran perkhidmatan.


PROGRAM DIPLOMA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ( Diiktiraf MQA)
- Diploma Pentadbiran Pejabat (kelulusan JPA, MQA)
- Diploma Pengurusan IT
-Diploma Perakaunan (kelulusan MQA, LCCI, IFA)
-Diploma Pengurusan Perhotelan
-Diploma Kreatif Multimedia
-Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak....

DAFTAR LINK DI SINI :.  https://docs.google.com/forms/d/1TyC-xKK4_InYkSfQQtbYPAnGE8yj1BMCkWZ-l5dPpMU/viewform?pli=1

SEMOGA IMPIAN ANDA AKAN TERCAPAI DEMI KEGEMILANGAN KERJAYA ANDA PADA MASA HADAPAN



Monday, 18 March 2013

TAWARAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH PENGURUSAN PERNIAGAAN (INTERNATIONAL BUSSINESS) SEPENUH MASA Khas untukpelajar lepasan STPM 2012 untuk semester 1 sesi 2013/2014


  •     Anda memiliki 2 principal termasuk Pengajian Am? ANDA LAYAK!!!
  •     Anda pernah mengambil subjek STPM Perakaunan,Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan?
  •     Jika Ya, inilah masa untuk mengubah masa depan anda kerana anda telah ada Pengetahuan dalam Perniagaan semasa anda belajar dalam STPM dulu!!!
  •      JOM BELAJAR ….. IJAZAH PENGURUSAN PERNIAGAAN ( PERNIAGAAN ANTARABANGSA) BBA
  •      PROGRAM IJAZAH KERJASAMA UNIVERSITY TWINTECH DAN COLLEGE MCS DENGAN PENGIKTIRAFAN MQA ( PENGAJIAN SEPENUH MASA)

  •     Anda berpeluang mendapat TAJAAN PTPTN dengan mendapat 2 Principal termasuk Pengajian Am.
  •       Tunggu apa Lagi??? Jom daftar SEKARANG…DAPATKAN BAUCAR YURAN RM200 dan            KELAS PERSEDIAAN PRA U:  Kelas Persediaan Ijazah.
     Kandungan Kelas Persediaan PRA U : Kelas Persediaan Ijazah/Diploma
  •      Kursus Kemahiran Bahasa Inggeris.
  •          Kursus Kemahiran Berkomputer.
  •          Kursus Kemahiran Berkomunikasi.
  •          Klinik Assignment dan Presentation.
  •          Klinik Proposol dan Report.
  •          Kelas Pengendalian Kokurikulum: Menguruskan Majlis (Event)
  •          Kelas Permainan : Catur, Dam, Ping-Pong dan lain-lain.
       Hadirlah ke Kelas Persedian Ijazah/Diploma untuk anda lebih mahir dan cekap sebelum memasuki Semester 1. Kelas Persediaan Pra U itu akan diadakan dalam bulan April 2013 hingga Jun 2013.

Untuk mendapatkan baucar yuran dan urusan pendaftaran,boleh menghubungi EN FAROUK ,Pegawai Pengambilan  Pelajar, 013 4990186……


Saturday, 16 March 2013

PROGRAM IJAZAH PENGURUSAN PERNIAGAAN

Tanggal 18 Mac 2013, akan umumkan keputusan STPM 2013. Bagi pelajar lepasan STPM 2013 dan STPM 2012 atau sebelumnya, yang berminat bahagian bisnes, menceburi bidang perniagaan boleh sambung pengajian dalam program ijazah pengurusan perniagaan.


Ijazah Pengurusan Perniagaan (BBA) (Hons) (KA 10775)
(BACHELOR OF BUSSINESS ADMINSTRATION)
Objektif Kursus Pengajian
Matlamat utama penawaran kursus ini adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang boleh menguasai bidang pengurusan perniagaan dan mendapat pengalaman dalam pentadbiran perniagan serta menunjukkan bagaimana kursus ini dipraktiskan di dalam perniagaan komersial.


Kursus ini ditawarkan khusus bagi memenuhi permintaan institusi perniagaan yang memerlukan tenaga pekerja yang memahami budaya perniagaan antarabangsa dan mempunyai pengalaman dalam bidang pemasaran, kewangan , sumber manusia dan sebagainya. Tempoh pengajian ini adalah selama 3 tahun yang mengandungi 6 semester.Di samping itu, graduan juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dan PhD di Universiti Tempatan dan Luar Negara.

Tempoh Pengajian: 3 tahun (selepas STPM, Sijil) or 2 tahun (selepas Diploma)

Syarat Kelayakan
 STPM dengan lulus penuh dalam 2 matapelajaran atau CGPA 2.00 termasuk Pengajian AM.
 Lulus Diploma dalam bidang berkaitan dengan CGPA 2.00
 Lulus Program Foundation
 Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia

  • ANDA PERNAH AMBIL SUBJEK PERAKAUNAN, EKONOMI DAN PENGURUSAN PERNIAGAAN DALAM STPM?
  • JIKA YA, ADAKAH ANDA TIDAK BERPUAS HATI TENTANG KEPUTUSAN STPM YG ANDA TERIMA?
  • INILAH MASA ANDA UNTUK SAMBUNG IJAZAH INI KERANA ANDA TELAH ADA PENGETAHUAN DALAM PERNIAGAAN SEMASA ANDA BELAJAR DALAM STPM DULU..

PROGRAM IJAZAH PENGURUSAN PERNIAGAAN (PERNIAGAAN ANTARABANGSA) ADALAH PROGRAM KERJASAMA ANTARA KOLEJ UNIVERSITI TECHNOLGY TWINTECH DAN COLLEGE MCS.......
BACHELOR OF BUSSINESS ADMINISTRATION( INTERNATIONAL BUSSINESS)

Daftar Melalui SMS Dengan memberi nama penuh, no ka pengenalan Dan keputusan SPM Dan STPM Di no telefon 013 4990186.

 SEMOGA IMPIAN ANDA AKAN TERCAPAI DEMI KEGEMILANGAN KERJAYA PADA MASA HADAPAN


Wednesday, 13 March 2013

CERPEN KHAS: KERUSI RODA UNTUK IBU SIRI 3- AKHIR

Karya : Farouk shedeq


Ukiran tulisan yang cakar ayam yang ditulis oleh ibu Ikmal di atas memberi segala jawapan yang Ikmal masih belum mengetahui kisah silam ibunya.
“Tolong jangan bencikan ibu. Ibu tak ada siapa-siapa lagi,” ukiran yang terakhir yang ditulis oleh Nadia.
Air mata Ikmal terus mengalir membasahi pipi. Walaupun hatinya mahu menampar dan memukul ibu angkatnya yg sedang lumpuh dan hampir nazak, tetapi niatnya mahu simpan sedalam-dalamnya kerana dia masih sayangkan ibu. Dia telah menjaga ibu deengan penuh kasih sayang. Tidak mungkin kerana disebabkan kisah lampau, dia mahu membalas dendam. Biarlah dendam itu terkubur. Tidak lama kemudian, satu panggilan telefon bordering. Ikmal lantas mengangkat telefon dan ketika dia mendengar suara panggilan itu,wajahnya berubah dengan berkata “Izzal,ibu….” Hati Nadia kucar-kacir, kenapa dengan anakku,Izzal? Apa yang sudah berlaku terhadapnya?? Hati Ikmal rasa serba salah untuk memberitahu apakah aktiviti yang sebenar yang dilakukan oleh adik tirinya?
Sampai sahaja di Hospital Abu Bakar, Ikmal lantas pergi ke wad kecemasan. Terlihat Haikal dan Fatin,rakan rapat Izzal berada di luar bilik tersebut. Haikal tidak memberi apa-apa respon kerana Doktor sedang memeriksan Izzal di dalam. Beberapa minit kemudian, seorang doctor lelaki keluar daripada wad dan wajahnya sangat mendukacitakan. Ikmal hanya ternganga dan termangu setelah doctor memberi penjelasan terhadap adik tirinya,Izzal. Air mata Fatin mengalir membasahi pipi manakala Haikal berpaling ke atas siling dengan keadaan hampa. Dengan keadaan hospital yang sunyi, tiba-tiba ada seorang pesakit dari kemalangan jalan raya terburu-buru ke wad kecemasan. Ikmal curi-curi pandang pesakit yang dibawa oleh beberapa jururawat lelaki dan perempuan. Ternyata, seorang wanita yang sudah berumur, memakai tudung yang terserot-serot akibat kecelakaan di kepala.
“Ya Allah,ini cikgu aku,” bisik Ikmal dengan nada yang terkejut.
***
Wajah Halimah yang pucat dan kepalanya dibalut separuh akibat kemalangan teruk. Dia cuba teringat kejadian kemalangan yang ditimpa semalam. Halimah memandu kereta dengan keadaan marah setelah mendapat tahu bahawa ibu Ikmal adalah musuh ketat zaman silamnya, iaitu Nadia, isteri kedua kepada suaminya. Disebabkan Nadia, dia kehilangan suaminya. Disebabkan Nadia, dia kehilangan anak yang disayanginya. Disebabkan Nadia juga, dia kehilangan keebahagiaan rumah tangganya yang dibina bersama suaminya,Othman selama 15 tahun. Betapa hancurnya hati seorang wanita yang kehilangan segala-galanya. Kini, dia masih belum niat untuk membina rumah tangga lagi. Menjadi tanda tanya, di manakah anak kandungnya yang dirampas oleh Othman bersama Nadia. Adakah anak murid yang diberi sepenuh perhatian iaitu ,Ikmal adalah anak kandungnya yang dicarinya selama ini? Tiba-tiba sahaja kepala Halimah membingit. Tanpa disedarinya,Ikmal masuk ke wad tersebut. Baru sahaja dia berfikir tentangnya,dia muncul dengan tiba-tiba.
“Assalamualaikum,cikgu….bagaimana keadaan cikgu?”Ikmal bertanya dalam keadaan senyum.
“Eh,Ikmal. Cikgu tidak apa-apa. Bagaimana kamu tahu cikgu ada kat sini? Ada sesiapa yang beritahu kamu,kah?”Halimah bertanya dengan musykil.
“Adik saya sakit,cikgu. Dia dipukul oleh rakan-rakannya. Adik saya berhutang. Dia penagih. Rakan-rakannya memukulnya menggunakan besi dan kayu sampai dia lumpuh. Tidak boleh bergerak-gerak seperti dulu,”jelas Ikmal yang masih teringat penjelasan doctor semalam.
“Kasihannya….adik kamu tu masih lagi dalam hospital?”tanya cikgu.
“Ya”
“Cikgu,…kenapa cikgu boleh kemalangan?”
“Tak ada apa-apa,Ikmal. Kemalangan biasa ja. Pergilah melawat adik kamu yang sedang sakit tu. Cikgu rasa adik kamu lagi tenat daripada cikgu,”
“Cikgu,…saya ada satu benda nak tanya kepada cikgu?”
Wajah Halimah berubah . Dahinya berkerut.
“Kenapa cikgu lari daripada berjumpa dengan ibu saya?”
Mulut Halimah terkunci. Tiada jawapan yang diucapnya.
“Adakah cikgu benci melihat ibu saya yang lumpuh tu,?”
“Tidak….bukan begitu,Ikmal,”Halimah menafikannya. Air mata Halimah serta merta keluar mengalir ke pipinya. Ikmal cuba mendekati Halimah dan menyentuh tangan Halimah. Hati Halimah gerund an merasai sesuatu perasaan yang belum dirasai selama ini.
“Ikmal tahu segala-galanya,cikgu. Cikgu ada hubungan dengan ibu saya,kan? Ibu sudah cerita segalanya.. tetapi boleh tak,cikgu jangan benci dengan ibu Ikmal. Dialah satu-satunya ibu yang Ikmal kenal yang jaga Ikmal sejak kecil. Ikmal sangat sayang kepada ibu Ikmal,cikgu, Tolong maafkan dia…cikgu”nada suara Ikmal yang rendah dan penuh bersimpati. Dengan rasa lemah lembut, Halimah mengangguk kepalanya..
“Cikgu,…boleh tak,Ikmal panggil cikgu,….mama…?”
Hati Halimah tersentuh dan sebak apabila anak murid yang disayanginya memanggil dia “mama”.
“Ya Allah, setelah sekian lama, aku mencari anakku yang menghilang tanpa berita,,akhirnya telah kujumpai….terima kasih,nikmat Allah,”Halimah bersyukut tentang ketentuan-Nya.
**
“Ibu…,” suara Izzal meronta-ronta memanggil ibu.
“Sabar,Izzal. Tidak lama kemudian,kita akan tiba ke rumah awak,”Fatin masih berada di sisinya. Ayah Fatin membawa Izzal dengan menaiki kereta. Tidak lama kemudian,kereta tersebut berhenti kerana tayar kereta pancit dan pecah. Ayah Fatin mengambil masa lama untuk menukar tayar yang baru. Apabila Fatin masuk ke dalam kereta,dia terkejut bahawa Izzal hilang dalam kereta itu.
“Ayah,Izzal hilang! Macam mana ni?”Fatin rasa gelisah. Mata ayahnya mencari merata tempat akhirnya dia terjumpa Izzal di semak samun, dalam keadaan mengesot kerana Izzal tidak dapat berjalan dan lumpuh. Dia berjalan dalam keadaan mengesot. Barulah Fatin memahami. Oleh kerana terlalu rindukan ibunya yang sudah lama tidak dijumpainya, Izzal sanggup ke jalan semak samun, jalan pintas ke rumahnya. Terlalu banyak kesalahan dan dosa Izzal terhadap ibunya. Barulah dia sedar bahawa betapa sukarnya seseorang itu lumpuh. Sebelum ini,Izzal semakin susah menerima kenyataan bahawa ibunya lumpuh dan sering menjauhi ibunya. Dia juga sanggup mencuri rantai emas, wang ringgit termasuk kerusi roda yang dibeli oleh abang tirinya,Ikmal untuk mendapat sebungkus dadah. Izzal juga banyak berhutang dengan sekumpulan penjual dadah. Oleh sebab itu, Izzal dipukul dengan benda-benda keras dan besi berkali-kali di tubuhnya sehingga menjadi lumpuh. Kini, Izzal Berjaya melangkah ke jalan raya. Dia mahu melintas jalan untuk menuju ke arah rumahnya. Tiba-tiba muncul kereta melalui jalan semasa Izzal melintas jalan. Mata Izzal terbeliak tanpa bergerak apa-apa.
**
“Izz..zal,” Nadia berkata merangkak-rangkak menyebut nama anaknya yang dirinduinya. Wajahnya pucat seolah-olah keletihan. Nadia terbaring lemah di ruang tamu. Halimah dan Ikmal berada disisi Nadia. Suara Nadia tidak putus memanggil nama anaknya,Izzal.
“Sabarlah,ibu. Ikmal sudah menyuruh Fatin bahawa Izzal ke sini. Nanti,dia akan datang,”Ikmal memberi semangat kepada ibunya.
“Betul,Nadia,”Halimah mengeluarkan beberapa titisan air mata. Sedih melihat keadaan Nadia yang sedang nazak. Namun,apakan daya. Allah lebih menyangi ibu Ikmal yang sudah lama menanggung seksaan penyakit yang sukar diubatinya. Nadia telah menghembuskan nafas yang terakhir  dengan mengucap dua kalimah syahadah. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk dengan kuat sekali. Ikmal lantas membukanya. Hujan mulai turun dengan lebat setelah beberapa minit Nadia menghembus nafas terakhir. Ikmal melihat Fatin dan bapanya berada di depan pintu.
“Ibu……”Izzal meredah masuk ke pintu. Ikmal terkejut kerana Izzal tidak berdiri di pintu sebaliknya dia terduduk ke muka pintu. Izzal menjerit “IBBUUUU…….,”setelah melihat ibunya terbaring kaku di ruang tamu. Izzal mengesot dan menangis tanpa henti. Dia mencium muka ibu dan bersalam dan mencium tangan ibu untuk meminta maaf. Apakan daya,ibunya,Nadia tidak bernyawa lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Izzal tidak sempat untuk meminta maaf. Izzal berasa kesal atas kesilapannya. Sebenarnya ,kereta yang melalui jalan semasa Izzal melintas jalan ialah kereta ayah Fatin. Mujurlah ayah Fatin sempat berhenti,dan membawa Izzal ke rumah untuk berjumpa dengan ibu Izzal,Nadia.
**
Gambar Hiasan...

Nadia,ibu Izzal dan ibu tiri Ikmal telah selamat dikebumikan. Halimah telah menerima Ikmal sebagai anak kandungnya. Doctor telah mengesahkan Izzal telah lumpuh sepanjang hidupnya. Tulang tubuhnya tidak boleh diperbaiki lagi. Halimah juga telah sepakat untuk menjaga Ikmal dan Izzal. Ikmal juga telah memaafkan kesalahan Izzal selama ini. Dia bertekad untuk menjaga dan melindungi adiknya daripada pelbagai ancaman. Kini,kerusi roda yang disumbangkan oleh pihak kebajikan untuk ibunya telah digunakan Izzal sendiri. Izzal menyentuh kerusi roda itu dan menyesal atas perbuatannya yang sanggup menjual kerusi roda ibu untuk kepentingan dirinya sendiri.----TAMAT---


Friday, 8 March 2013

DI MANA SKOP KERJAYA ANDA SELEPAS SPM?

Tanggal 20 Mac 2013, akan diumumkan keputusan SPM 2012. Pasti pelajar lepasan SPM gentar dan takut apabila keputusan SPM dah keluar nanti. Persoalannya,selepas keputusan SPM keluar, di mana anda harus pergi? adakah anda sambung belajar ke tingkatan enam? Jika anda sambung ke tingkatan 6, adakah ia akan menjamin anda untuk melayakkan diri anda mendapat segulung ijazah?

atau anda mahu sambung diploma? dengan adanya diploma , anda mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yg cukup utk mendalami kerjaya anda yg idam-idamkan,,,dan anda tidak rasa takut lagi untuk menyambung pengajian anda ke peringkat ijazah dan diploma lanjutan-tahap 5(utk bdg kemahiran)...

tapi, di mana skop kerjaya anda? Negara Malaysia memerlukan pekerjaaan yg sering ditawar mengikut  kehendak bagi sesebuah syarikat... Berdasarkan piramid kerjaya di atas, peluang pekerjaan yg lebih tinggi berdasarkan kehendak industri adalah pekerjaan pra-profesional. 

Antara contoh pekerjaan pra-profesional yang menjadi tumpuan untuk pencari kerja masa kini ialah Pembantu Peribadi (Personal Assistant), Pegawai /Pembantu Latihan (Training Executive/Assistant), Setiausaha (Secretary),Pegawai Operasi (Operation Officer),Pembantu Tadbir (Administrative Assistant),Kerani Am (General Clerk),Eksekutif Pentadbiran (HR Executive), Pelatih Pentadbiran (Management Trainee), dan sebagainya....

Pekerjaan bagi buruh kasar memang banyak di negara kita termasuk pekerja-pekerja kilang, pembantu jualan barangan dan lain-lain yang hanya mempunyai kelayakan setaraf kelulusan sijil SPM dan PMR sahaja.

Manakala pekerjaan profesional adalah Manager Eksekutif, CEO Syarikat, Doktor, Guru, Jururawat yang sememangnya peluang pekerjaan sangat terhad. Hanya individu yang berkelayakan dan profesional sahaja yang terpilih.

Semua keputusan di tangan anda. Di mana Kerjaya anda selepas SPM? adakah anda di tangga profesional(peluang pekerjaan terhad)? atau di tangga pra-profesional (peluang pekerjaan meluas dgn gaji yg berpatutan)? atau di tangga buruh kasar( peluang kerja luas utk lepasan spm dengan gaji yg tahap rendah)?

TAHUKAH ANDA?
PELUANG PEKERJAAN YANG SERING MEMENUHI KEHENDAK INDUSTRI DENGAN ADANYA KELULUSAN DIPLOMA DENGAN TANGGA GAJI SEKITAR RM1200 SEHINGGA RM1800....

DIPLOMA YG DIMAKSUDKAN ADALAH:-
-DIPLOMA PENTADBIRAN PEJABAT
-DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
-DIPLOMA PERAKAUNAN
-DIPLOMA KREATIF MULTIMEDIA
-DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
-DIPLOMA EKSEKUTIF SISTEM MAKLUMAT
-DIPLOMA MULTIMEDIA
-DIPLOMA MEKATRONIK (gabungan kejuretaraan elektonik,mesin dan robotik)

Daftar Online dengan menekan Link di bawah, untuk kemasukan semester 1, Pengambilan Sekarang
https://docs.google.com/forms/d/1TyC-xKK4_InYkSfQQtbYPAnGE8yj1BMCkWZ-l5dPpMU/viewform?pli=1
SEMOGA IMPIAN ANDA AKAN TERCAPAI DEMI KEGEMILANGAN KERJAYA ANDA PADA MASA HADAPAN




Monday, 4 March 2013

Skim Perantisan Mekatronik untuk belia lepasan SPM.....PENGAMBILAN SEKARANG!!!


BERITA BAIK!!!! MARI BELAJAR SECARA PERCUMA!!!
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PSMB) di bawah kementerian sumber manusia  menaja yuran pengajian sepenuhnya kpd pelajar yg layak dgn syarat LULUS bm,matematik dan sains. Kursus tajaan yg ditawarkan adalah SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) dalam Sijil Mekatronik Teknologi(tahap 1-3)

-yuran pendaftaran kolej MCS PERCUMA*
-yuran pendaftaran JPK tahap 1 PERCUMA*
-yuran pendaftaran JPK tahap 2 PERCUMA*
-yuran pendaftaran JPK tahap 3 PERCUMA*
-yuran pengajian sepenuhnya (tahap 1-3) PERCUMA*
*ditanggung sepenuhnya oleh PSMB. TIADA PINJAMAN(BIASISWA PENUH)

FAEDAH DAN KEISTEWAAN
Bagi melahirkan lebih ramai tenaga profesional dan separa profesional dalam pelbagai bidang teknologi dan kejuruteraan, kerajaan serta pihak industri mengambil inisiatif menyediakan Skim Perantisan Mekatronik kepada belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

APA ITU MEKATRONIK?

mekatronik adalah satu bidang baru yang penting dalam industri masa kini yang menggabungkan kejuruteraan mekanikal dengan kejuruteraan elektronik, teknologi komputer dan kawalan untuk menghasilkan suatu sistem bersepadu.

Selepas tamat pengajian, perintis akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Juruteknik Automasi (Mekatronik) Tahap 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta sijil daripada Pembangunan Sumber Manusia Bhd. (PSMB).

COLLEGE MCS TERPILIH MENJADI TEMPAT LATIHAN SKIM PERANTISAN DI BAWAH KERAJAAN SUMBER MANUSIA  DAN TELAH MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)

*Biasiswa ini terhad utk 20 org yg mendaftar di College MCS, Banting,Selangor

*Dapatkan Elaun sara diri RM500 sebulan sepanjang pengajian di kolej.Temuduga masih terbuka.
Berminat???? SMS SEKARANG!!! <NAMA PENUH><NO IC><ALAMAT RUMAH> hantar ke nombor 013-4990186.


About Me

Banting, Selangor, Malaysia
College MCS didaftarkan atas nama Prudent Communication Sdn. Bhd. pada 13.03.1997 dan secara rasminya telah mendapat pengiktirafan sebagai salah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). No. Rujukan kelulusan penubuhan IPTS daripada Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) ialah KP(JPS)5195/IPTS/899. College MCS menubuhkan Unit Career & Academic Development ( CADev ) bagi menyelaraskan kandungan kursus supaya sentiasa memenuhi tuntutan dan kehendak sektor industri. Dengan itu, para graduan dari College MCS akan lebih bersedia kerana dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bakal menjamin kerjaya mereka dalam sektor awam dan swasta.