Pages

Saturday 2 March 2013

CERPEN KHAS : KERUSI RODA UNTUK IBU SIRI 1

Karya : Farouk Shedeq


“Pang,Pang,”Bunyi gelas terjatuh  dari atas meja. Ikmal tergumam. Dia melihat kamar ibunya. Tangan ibunya ternyedeng-nyedeng. Mulut ibunya senget. Dia tidak mampu bercakap dan berkata apa-apa. Hanya perkataan “AAa’oooo” sahaja yang disebut. Beberapa minit kemudian,air mata Ikmal jatuh mengalir membasahi pipi. “Ya Allah,apa lagi dugaan yang menguji ke atas diriku ini?” bisik hatinya.
“Ibu,nak air?”Tanya Ikmal. Ibunya hanya mengangguk-anguk kepalanya. Serta merta,Ikmal mengisi air ke dalam gelas tersebut. Ikmal terus menyerahkan gelas itu kepada ibunya. Ibunya meneguk gelas itu dengan pantas seolah-olah orang kepanasan yang memerlukan air untuk diminum.
“Ibu,saya ada kerja yang perlu dilakukan, saya pergi dulu,ya?”Ikmal mahu meninggalkan bilik ibunya. Wanita lumpuh memegang tangan Ikmal. Wajah wanita yang hampir ke alam tua berubah menjadi sedih. Dia seolah-olah ada perkara yang perlu disampaikan tetapi apakan daya, mulutnya tidak mampu berkata apa-apa. Ikmal faham benar perasaan ibu. Dia tahu mungkin ibu menyesal atas perbuatannya terhadap Ikmal dulu.
***
Suara Nadia melenting apabila dia mendapat tahu bahawa Izzal ,anaknya dipukul oleh Ikmal di sekolah. Nadia memarahi dan memukul Ikmal secukupnya. Darah Nadia semakin naik. Ikmal hanya mampu menangis atas perbuatan ibunya sendiri.
“Kalau kau mengadu kepada bapa kau, siap aku kerjakan,”Nadia beri amaran.
Ikmal mengerti dan terus menangis. Dia tidak mampu berfikir apa-apa. Izzal, adiknya hanya mampu tersenyum apabila abangnya dipukul teruk oleh ibunya. Banyak persoalan yang berlegar-legar di fikiran Ikmal. Perbuatan ibunya seolah-olah tidak mengangap Ikmal sebagai anak kandungnya sendiri. “Adakah aku hanya anak angkat?” bisik Ikmal. Dia menggeleng-geleng kepalanya. Banyak lagi benda yang perlu difikirkan iaitu peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) yang dihadapinya pada waktu itu.
Hati kecil Ikmal sedih melihat perbuatan ibunya sejak dia kecil lagi. Dia masih kurang kasih sayang daripada ibunya. Setelah ibunya dapat tahu dia akan mengandung,Nadia langsung tidak ambil peduli tentang Ikmal ketika itu berusia 3 tahun. Dia menjaga Ikmal seperti memberi makan kepada seekor kucing di tepi jalan. Hal pemakanan dan pengurusan diri, semuanya dilakukan oleh Ikmal sendiri. Bapanya,Othman tidak ambil peduli tentang anaknya. Dia lebih suka tumpukan kepada hal pekerjaanya. Bapanya itu juga jarang berada di rumah. Pada masa itu,Ikmal sering dibuli,mengerah bekerja yang berat seperti mencuci baju,mengemop lantai dan sebagainya sehinggala ibunya,Nadia melahirkan adiknya,Izzal. Selepas Izzal meningkat kea lam persekolahan rendah. Ikmal dikerah semula oleh ibunya untuk melakukan pekerjaan di rumahnya. Izzal pula seronok apabila Ikmal dibuli oleh ibunya. Izzal juga suka mengusik abangnya,Ikmal dan mengadu kepada ibu jika Ikmal melakukan kesilapan sama ada sengaja atau tidak disengajakan. Usia Ikmal pada masa itu masih belum matang dan mudah melatah berbanding adiknya,Izzal. Apabila keputusan peperiksaan Izzal merosot,Nadia bukan memarahi Izzal malah abangnya,Ikmal dipersalahkan. Hal ini demikian kerana Nadia menganggap Ikmal tidak bertanggungjawab mengajar adiknya supaya mendapat keputusan yang cemerlang. Dalam hati Ikmal pernah berbisik untuk lari daripada rumah itu. Disebabkan Ikmal terlalu sayang ayahnya, dia membatalkan niat buruknya itu. Ikmal tidak mahu ayahnya tahu sikap ibunya terhadap dirinya kerana dalam hati kecilnya dia masih sayangkan ibu. Walau buruknya sikap ibu terhadapnya, dia tetap ibu Ikmal,Nadia yang menjaganya sejak bayi lagi.
***
Tanggal 31 Disember 2011, kehidupan dan penderitaan Ikmal telah berubah. Tiada lagi penderitaan yang ditanggungnya sebelum ini tetapi dia menghadapi kesusahan apabila ibu bapanya ditimpa kemalangan yang teruk. Bapanya,Othman meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badannya. Ibunya,Nadia masih dalam keadaan koma dan tidak sedarkan diri. Beberapa minggu kemudian,doctor telah mengesahkan ibunya,Nadia telah lumpuh sepanjang hayatnya. Berita itu membuat Ikmal berasa sedih kerana dia masih belum mendapat kasih sayang seorang ibu. Izzal pula seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan bahawa ibunya lumpuh. “Apa salah ibu? Kenapa ibu jadi seperti ini? Semuanya salah kau,abang Ikmal. Kalau ibu dan ayah tidak pergi ke JB untuk beli kamera yang kau minta kat ayah, semua ini tidak akan berlaku. Kematian ayah juga pun gara-gara kau,!!”Nada Izzal semakin tinggi. Kepala Izzal semakin serabut. Sejak ibunya,Nadia lumpuh, Izzal terus lari daripada rumah. Mujurlah kawan baik Ikmal,Haikal dapat memujuk Izzal untuk pulang ke rumah kerana ibunya terlalu rindukan Izzal. Semasa Izzal berjumpa dengan ibu, hati Izzal berubah. Mungkin dia  sudah terlalu lama menumpang rumah sewa rakannya yang tidak tahu sama ada baik atau buruk akhlak. Wajah ibunya tersenyum melihat wajah anak yang disayangi berada di depan. Izzal duduk bersebelahan dengan ibunya. Dengan senang  hatinya, tangan ibunya terbuka luas walaupun tangannya bengkok sedikit. Wajah Izzal menunjukkan rasa geli dan jijik. Ibunya,Nadia mahu memeluk Izzal kerana terlalu rindu akan anaknya tetapi Izzal menjauhi ibunya.
“Tak payahla nak peluk Izzal,ibu. Izzal dah besar,bukan budak kecil lagi,”kata Izzal lala mengubah kedudukan kerusi daripada mendekati ibunya.
“Izzal,ibu terlalu rindukan kamu. Izinkan ibu untuk memeluk kamu. Hanya sebentar sahaja,”Ibu Izzal,Nadia merayu dengan wajah yang simpati kepada anaknya.
“Tak apala. Izzal datang sini hanya lihat keadaan ibu. Ibu,bagaimana? Sihat? Ada apa-apa yang boleh Izzal tolong? Kalau ibu mahu peluk, Izzal tak boleh sebab keadaan ibu tidak lagi seperti dulu,” hati kecil Nadia runtuh bagaikan kilat menyambar terhadap dirinya. Satu-satunya anak yang disayangi di atas dunia ini sanggup tidak melepaskan rindu ibu terhadapnya. Nadia tidak putus asa untuk merayu dan merayu. Hanya permintaan itulah Ikmal menyuruh Haikal memujuk Izzal berjumpa dengan ibu.
“Sudahlah! Lebih baik,Izzal balik rumah kawan Izzal lebih bagus, daripada melayan ibu, tidak habis-habis mahu memeluk Izzal. Dah! Selamat tinggal!” Izzal meninggalkan kamar ibunya dengan meluat melihat karenah ibunya yang tidak putus-putus merayu kepadanya. Nadia menjerit nama anaknya,Izzal berulang kali supaya jangan pergi sehingga Nadia terjatuh dari katil. Pada masa itu, Ikmal baru sahaja selesai persekolahan yang kini menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Ikmal dari jauh telah mendengar suara ibu seolah-olah menjerit nama “IZZALL”. Izzal bersiap-siap untuk keluar daripada rumah tersebut.
“Nak ke mana,Izzal? “Ikmal menyoal.Izzal tidak berkata apa-apa. Ikmal lantas melihat keadaan ibunya.
“Ya Allah! Ibu…,”
***

No comments:

Post a Comment

About Me

Banting, Selangor, Malaysia
College MCS didaftarkan atas nama Prudent Communication Sdn. Bhd. pada 13.03.1997 dan secara rasminya telah mendapat pengiktirafan sebagai salah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). No. Rujukan kelulusan penubuhan IPTS daripada Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) ialah KP(JPS)5195/IPTS/899. College MCS menubuhkan Unit Career & Academic Development ( CADev ) bagi menyelaraskan kandungan kursus supaya sentiasa memenuhi tuntutan dan kehendak sektor industri. Dengan itu, para graduan dari College MCS akan lebih bersedia kerana dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bakal menjamin kerjaya mereka dalam sektor awam dan swasta.