DAFTAR ONLINE SEKARANG......
PENGAMBILAN PELAJAR BULAN APRIL/MEI/JUN SEMESTER 1 SESI 2013/2014.....
Pelajar Lepasan SPM 2012 digalakkan untuk memohon atau pelajar-pelajar yang masih belum berpeluang melanjutkan pelajaran dlm IPTA.
PERCUMA!!!* PENDAFTARAN KOLEJ........
* Terhad utk Kemasukan Semester 1 sesi 2013/2014. Tidak termasuk yuran pendaftaran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan yuran perkhidmatan.
PROGRAM DIPLOMA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (Diiktiraf JPK)
- Diploma Eksekutif Sistem Maklumat
-Diploma Pengurus Kreatif Multimedia
- Diploma Teknologi Mekatronik
-Sijil Penyeliaan Makanan & Minuman
DAFTAR ONLINE DI SINI : https://docs.google.com/forms/d/1TyC-xKK4_InYkSfQQtbYPAnGE8yj1BMCkWZ-l5dPpMU/viewform?pli=1
SEMOGA IMPIAN ANDA AKAN TERCAPAI DEMI KEGEMILANGAN KERJAYA ANDA PADA MASA HADAPAN
Thursday 28 March 2013
PENGAMBILAN PELAJAR SEMESTER 1 SESI 2013/2014 UTK KPT COLLEGE MCS!!
DAFTAR ONLINE SEKARANG......
PENGAMBILAN PELAJAR BULAN APRIL/MEI/JUN SEMESTER 1 SESI 2013/2014.....
Pelajar Lepasan SPM 2012 digalakkan untuk memohon atau pelajar-pelajar yang masih belum berpeluang melanjutkan pelajaran dlm IPTA.
DAPATKAN BAUCAR YURAN RM200 UTK MENDAPATKAN PENDAFTARAN KOLEJ RM100 SAHAJA!!!!*
*selagi stok baucar yuran masih ada. Terhad utk kemasukan Semester 1 sesi 2013/2014 shj. Tidak termasuk yuran perkhidmatan.
PROGRAM DIPLOMA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ( Diiktiraf MQA)
- Diploma Pentadbiran Pejabat (kelulusan JPA, MQA)
- Diploma Pengurusan IT
-Diploma Perakaunan (kelulusan MQA, LCCI, IFA)
-Diploma Pengurusan Perhotelan
-Diploma Kreatif Multimedia
-Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak....
DAFTAR LINK DI SINI :. https://docs.google.com/forms/d/1TyC-xKK4_InYkSfQQtbYPAnGE8yj1BMCkWZ-l5dPpMU/viewform?pli=1
SEMOGA IMPIAN ANDA AKAN TERCAPAI DEMI KEGEMILANGAN KERJAYA ANDA PADA MASA HADAPAN
PENGAMBILAN PELAJAR BULAN APRIL/MEI/JUN SEMESTER 1 SESI 2013/2014.....
Pelajar Lepasan SPM 2012 digalakkan untuk memohon atau pelajar-pelajar yang masih belum berpeluang melanjutkan pelajaran dlm IPTA.
DAPATKAN BAUCAR YURAN RM200 UTK MENDAPATKAN PENDAFTARAN KOLEJ RM100 SAHAJA!!!!*
*selagi stok baucar yuran masih ada. Terhad utk kemasukan Semester 1 sesi 2013/2014 shj. Tidak termasuk yuran perkhidmatan.
PROGRAM DIPLOMA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ( Diiktiraf MQA)
- Diploma Pentadbiran Pejabat (kelulusan JPA, MQA)
- Diploma Pengurusan IT
-Diploma Perakaunan (kelulusan MQA, LCCI, IFA)
-Diploma Pengurusan Perhotelan
-Diploma Kreatif Multimedia
-Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak....
DAFTAR LINK DI SINI :. https://docs.google.com/forms/d/1TyC-xKK4_InYkSfQQtbYPAnGE8yj1BMCkWZ-l5dPpMU/viewform?pli=1
SEMOGA IMPIAN ANDA AKAN TERCAPAI DEMI KEGEMILANGAN KERJAYA ANDA PADA MASA HADAPAN
Monday 18 March 2013
TAWARAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH PENGURUSAN PERNIAGAAN (INTERNATIONAL BUSSINESS) SEPENUH MASA Khas untukpelajar lepasan STPM 2012 untuk semester 1 sesi 2013/2014
- Anda memiliki 2 principal termasuk Pengajian Am? ANDA LAYAK!!!
- Anda pernah mengambil subjek STPM Perakaunan,Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan?
- Jika Ya, inilah masa untuk mengubah masa depan anda kerana anda telah ada Pengetahuan dalam Perniagaan semasa anda belajar dalam STPM dulu!!!
- JOM BELAJAR ….. IJAZAH PENGURUSAN PERNIAGAAN ( PERNIAGAAN ANTARABANGSA) BBA
- PROGRAM IJAZAH KERJASAMA UNIVERSITY TWINTECH DAN COLLEGE MCS DENGAN PENGIKTIRAFAN MQA ( PENGAJIAN SEPENUH MASA)
- Anda berpeluang mendapat TAJAAN PTPTN dengan mendapat 2 Principal termasuk Pengajian Am.
- Tunggu apa Lagi??? Jom daftar SEKARANG…DAPATKAN BAUCAR YURAN RM200 dan KELAS PERSEDIAAN PRA U: Kelas Persediaan Ijazah.
Kandungan Kelas
Persediaan PRA U : Kelas Persediaan Ijazah/Diploma
- Kursus Kemahiran Bahasa Inggeris.
- Kursus Kemahiran Berkomputer.
- Kursus Kemahiran Berkomunikasi.
- Klinik Assignment dan Presentation.
- Klinik Proposol dan Report.
- Kelas Pengendalian Kokurikulum: Menguruskan Majlis (Event)
- Kelas Permainan : Catur, Dam, Ping-Pong dan lain-lain.
Hadirlah ke Kelas
Persedian Ijazah/Diploma untuk anda lebih mahir dan cekap sebelum memasuki
Semester 1. Kelas Persediaan Pra U itu akan diadakan dalam bulan April 2013
hingga Jun 2013.
Untuk mendapatkan baucar yuran dan urusan pendaftaran,boleh
menghubungi EN FAROUK ,Pegawai Pengambilan
Pelajar, 013 4990186……
Saturday 16 March 2013
PROGRAM IJAZAH PENGURUSAN PERNIAGAAN
Tanggal 18 Mac 2013, akan umumkan keputusan STPM 2013. Bagi pelajar lepasan STPM 2013 dan STPM 2012 atau sebelumnya, yang berminat bahagian bisnes, menceburi bidang perniagaan boleh sambung pengajian dalam program ijazah pengurusan perniagaan.
| |||||||||||
(BACHELOR OF BUSSINESS ADMINSTRATION)
|
Wednesday 13 March 2013
CERPEN KHAS: KERUSI RODA UNTUK IBU SIRI 3- AKHIR
Karya : Farouk shedeq
Ukiran tulisan yang
cakar ayam yang ditulis oleh ibu Ikmal di atas memberi segala jawapan yang
Ikmal masih belum mengetahui kisah silam ibunya.
“Tolong jangan bencikan
ibu. Ibu tak ada siapa-siapa lagi,” ukiran yang terakhir yang ditulis oleh
Nadia.
Air mata Ikmal terus
mengalir membasahi pipi. Walaupun hatinya mahu menampar dan memukul ibu
angkatnya yg sedang lumpuh dan hampir nazak, tetapi niatnya mahu simpan
sedalam-dalamnya kerana dia masih sayangkan ibu. Dia telah menjaga ibu deengan
penuh kasih sayang. Tidak mungkin kerana disebabkan kisah lampau, dia mahu
membalas dendam. Biarlah dendam itu terkubur. Tidak lama kemudian, satu
panggilan telefon bordering. Ikmal lantas mengangkat telefon dan ketika dia
mendengar suara panggilan itu,wajahnya berubah dengan berkata “Izzal,ibu….”
Hati Nadia kucar-kacir, kenapa dengan anakku,Izzal? Apa yang sudah berlaku
terhadapnya?? Hati Ikmal rasa serba salah untuk memberitahu apakah aktiviti
yang sebenar yang dilakukan oleh adik tirinya?
Sampai sahaja di
Hospital Abu Bakar, Ikmal lantas pergi ke wad kecemasan. Terlihat Haikal dan
Fatin,rakan rapat Izzal berada di luar bilik tersebut. Haikal tidak memberi
apa-apa respon kerana Doktor sedang memeriksan Izzal di dalam. Beberapa minit
kemudian, seorang doctor lelaki keluar daripada wad dan wajahnya sangat
mendukacitakan. Ikmal hanya ternganga dan termangu setelah doctor memberi
penjelasan terhadap adik tirinya,Izzal. Air mata Fatin mengalir membasahi pipi
manakala Haikal berpaling ke atas siling dengan keadaan hampa. Dengan keadaan
hospital yang sunyi, tiba-tiba ada seorang pesakit dari kemalangan jalan raya
terburu-buru ke wad kecemasan. Ikmal curi-curi pandang pesakit yang dibawa oleh
beberapa jururawat lelaki dan perempuan. Ternyata, seorang wanita yang sudah
berumur, memakai tudung yang terserot-serot akibat kecelakaan di kepala.
“Ya Allah,ini cikgu
aku,” bisik Ikmal dengan nada yang terkejut.
***
Wajah Halimah yang
pucat dan kepalanya dibalut separuh akibat kemalangan teruk. Dia cuba teringat
kejadian kemalangan yang ditimpa semalam. Halimah memandu kereta dengan keadaan
marah setelah mendapat tahu bahawa ibu Ikmal adalah musuh ketat zaman silamnya,
iaitu Nadia, isteri kedua kepada suaminya. Disebabkan Nadia, dia kehilangan
suaminya. Disebabkan Nadia, dia kehilangan anak yang disayanginya. Disebabkan
Nadia juga, dia kehilangan keebahagiaan rumah tangganya yang dibina bersama
suaminya,Othman selama 15 tahun. Betapa hancurnya hati seorang wanita yang
kehilangan segala-galanya. Kini, dia masih belum niat untuk membina rumah
tangga lagi. Menjadi tanda tanya, di manakah anak kandungnya yang dirampas oleh
Othman bersama Nadia. Adakah anak murid yang diberi sepenuh perhatian iaitu
,Ikmal adalah anak kandungnya yang dicarinya selama ini? Tiba-tiba sahaja
kepala Halimah membingit. Tanpa disedarinya,Ikmal masuk ke wad tersebut. Baru
sahaja dia berfikir tentangnya,dia muncul dengan tiba-tiba.
“Assalamualaikum,cikgu….bagaimana
keadaan cikgu?”Ikmal bertanya dalam keadaan senyum.
“Eh,Ikmal. Cikgu tidak
apa-apa. Bagaimana kamu tahu cikgu ada kat sini? Ada sesiapa yang beritahu
kamu,kah?”Halimah bertanya dengan musykil.
“Adik saya sakit,cikgu.
Dia dipukul oleh rakan-rakannya. Adik saya berhutang. Dia penagih.
Rakan-rakannya memukulnya menggunakan besi dan kayu sampai dia lumpuh. Tidak
boleh bergerak-gerak seperti dulu,”jelas Ikmal yang masih teringat penjelasan doctor
semalam.
“Kasihannya….adik kamu
tu masih lagi dalam hospital?”tanya cikgu.
“Ya”
“Cikgu,…kenapa cikgu
boleh kemalangan?”
“Tak ada apa-apa,Ikmal.
Kemalangan biasa ja. Pergilah melawat adik kamu yang sedang sakit tu. Cikgu
rasa adik kamu lagi tenat daripada cikgu,”
“Cikgu,…saya ada satu
benda nak tanya kepada cikgu?”
Wajah Halimah berubah .
Dahinya berkerut.
“Kenapa cikgu lari
daripada berjumpa dengan ibu saya?”
Mulut Halimah terkunci.
Tiada jawapan yang diucapnya.
“Adakah cikgu benci
melihat ibu saya yang lumpuh tu,?”
“Tidak….bukan
begitu,Ikmal,”Halimah menafikannya. Air mata Halimah serta merta keluar
mengalir ke pipinya. Ikmal cuba mendekati Halimah dan menyentuh tangan Halimah.
Hati Halimah gerund an merasai sesuatu perasaan yang belum dirasai selama ini.
“Ikmal tahu
segala-galanya,cikgu. Cikgu ada hubungan dengan ibu saya,kan? Ibu sudah cerita
segalanya.. tetapi boleh tak,cikgu jangan benci dengan ibu Ikmal. Dialah
satu-satunya ibu yang Ikmal kenal yang jaga Ikmal sejak kecil. Ikmal sangat
sayang kepada ibu Ikmal,cikgu, Tolong maafkan dia…cikgu”nada suara Ikmal yang
rendah dan penuh bersimpati. Dengan rasa lemah lembut, Halimah mengangguk
kepalanya..
“Cikgu,…boleh tak,Ikmal
panggil cikgu,….mama…?”
Hati Halimah tersentuh
dan sebak apabila anak murid yang disayanginya memanggil dia “mama”.
“Ya Allah, setelah
sekian lama, aku mencari anakku yang menghilang tanpa berita,,akhirnya telah
kujumpai….terima kasih,nikmat Allah,”Halimah bersyukut tentang ketentuan-Nya.
**
“Ibu…,” suara Izzal
meronta-ronta memanggil ibu.
“Sabar,Izzal. Tidak
lama kemudian,kita akan tiba ke rumah awak,”Fatin masih berada di sisinya. Ayah
Fatin membawa Izzal dengan menaiki kereta. Tidak lama kemudian,kereta tersebut
berhenti kerana tayar kereta pancit dan pecah. Ayah Fatin mengambil masa lama
untuk menukar tayar yang baru. Apabila Fatin masuk ke dalam kereta,dia terkejut
bahawa Izzal hilang dalam kereta itu.
“Ayah,Izzal hilang!
Macam mana ni?”Fatin rasa gelisah. Mata ayahnya mencari merata tempat akhirnya
dia terjumpa Izzal di semak samun, dalam keadaan mengesot kerana Izzal tidak
dapat berjalan dan lumpuh. Dia berjalan dalam keadaan mengesot. Barulah Fatin
memahami. Oleh kerana terlalu rindukan ibunya yang sudah lama tidak
dijumpainya, Izzal sanggup ke jalan semak samun, jalan pintas ke rumahnya.
Terlalu banyak kesalahan dan dosa Izzal terhadap ibunya. Barulah dia sedar
bahawa betapa sukarnya seseorang itu lumpuh. Sebelum ini,Izzal semakin susah
menerima kenyataan bahawa ibunya lumpuh dan sering menjauhi ibunya. Dia juga
sanggup mencuri rantai emas, wang ringgit termasuk kerusi roda yang dibeli oleh
abang tirinya,Ikmal untuk mendapat sebungkus dadah. Izzal juga banyak berhutang
dengan sekumpulan penjual dadah. Oleh sebab itu, Izzal dipukul dengan
benda-benda keras dan besi berkali-kali di tubuhnya sehingga menjadi lumpuh.
Kini, Izzal Berjaya melangkah ke jalan raya. Dia mahu melintas jalan untuk menuju
ke arah rumahnya. Tiba-tiba muncul kereta melalui jalan semasa Izzal melintas
jalan. Mata Izzal terbeliak tanpa bergerak apa-apa.
**
“Izz..zal,” Nadia
berkata merangkak-rangkak menyebut nama anaknya yang dirinduinya. Wajahnya
pucat seolah-olah keletihan. Nadia terbaring lemah di ruang tamu. Halimah dan
Ikmal berada disisi Nadia. Suara Nadia tidak putus memanggil nama
anaknya,Izzal.
“Sabarlah,ibu. Ikmal
sudah menyuruh Fatin bahawa Izzal ke sini. Nanti,dia akan datang,”Ikmal memberi
semangat kepada ibunya.
“Betul,Nadia,”Halimah
mengeluarkan beberapa titisan air mata. Sedih melihat keadaan Nadia yang sedang
nazak. Namun,apakan daya. Allah lebih menyangi ibu Ikmal yang sudah lama
menanggung seksaan penyakit yang sukar diubatinya. Nadia telah menghembuskan nafas
yang terakhir dengan mengucap dua
kalimah syahadah. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk dengan kuat
sekali. Ikmal lantas membukanya. Hujan mulai turun dengan lebat setelah
beberapa minit Nadia menghembus nafas terakhir. Ikmal melihat Fatin dan bapanya
berada di depan pintu.
“Ibu……”Izzal meredah
masuk ke pintu. Ikmal terkejut kerana Izzal tidak berdiri di pintu sebaliknya
dia terduduk ke muka pintu. Izzal menjerit “IBBUUUU…….,”setelah melihat ibunya
terbaring kaku di ruang tamu. Izzal mengesot dan menangis tanpa henti. Dia
mencium muka ibu dan bersalam dan mencium tangan ibu untuk meminta maaf. Apakan
daya,ibunya,Nadia tidak bernyawa lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Izzal tidak
sempat untuk meminta maaf. Izzal berasa kesal atas kesilapannya. Sebenarnya
,kereta yang melalui jalan semasa Izzal melintas jalan ialah kereta ayah Fatin.
Mujurlah ayah Fatin sempat berhenti,dan membawa Izzal ke rumah untuk berjumpa
dengan ibu Izzal,Nadia.
**
Gambar Hiasan...
Nadia,ibu Izzal dan ibu tiri Ikmal telah selamat dikebumikan. Halimah telah menerima Ikmal sebagai anak
kandungnya. Doctor telah mengesahkan Izzal telah lumpuh sepanjang hidupnya.
Tulang tubuhnya tidak boleh diperbaiki lagi. Halimah juga telah sepakat untuk
menjaga Ikmal dan Izzal. Ikmal juga telah memaafkan kesalahan Izzal selama ini.
Dia bertekad untuk menjaga dan melindungi adiknya daripada pelbagai ancaman.
Kini,kerusi roda yang disumbangkan oleh pihak kebajikan untuk ibunya telah
digunakan Izzal sendiri. Izzal menyentuh kerusi roda itu dan menyesal atas
perbuatannya yang sanggup menjual kerusi roda ibu untuk kepentingan dirinya
sendiri.----TAMAT---
Friday 8 March 2013
DI MANA SKOP KERJAYA ANDA SELEPAS SPM?
Tanggal 20 Mac 2013, akan diumumkan keputusan SPM 2012. Pasti pelajar lepasan SPM gentar dan takut apabila keputusan SPM dah keluar nanti. Persoalannya,selepas keputusan SPM keluar, di mana anda harus pergi? adakah anda sambung belajar ke tingkatan enam? Jika anda sambung ke tingkatan 6, adakah ia akan menjamin anda untuk melayakkan diri anda mendapat segulung ijazah?
atau anda mahu sambung diploma? dengan adanya diploma , anda mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yg cukup utk mendalami kerjaya anda yg idam-idamkan,,,dan anda tidak rasa takut lagi untuk menyambung pengajian anda ke peringkat ijazah dan diploma lanjutan-tahap 5(utk bdg kemahiran)...
tapi, di mana skop kerjaya anda? Negara Malaysia memerlukan pekerjaaan yg sering ditawar mengikut kehendak bagi sesebuah syarikat... Berdasarkan piramid kerjaya di atas, peluang pekerjaan yg lebih tinggi berdasarkan kehendak industri adalah pekerjaan pra-profesional.
Antara contoh pekerjaan pra-profesional yang menjadi tumpuan untuk pencari kerja masa kini ialah Pembantu Peribadi (Personal Assistant), Pegawai /Pembantu Latihan (Training Executive/Assistant), Setiausaha (Secretary),Pegawai Operasi (Operation Officer),Pembantu Tadbir (Administrative Assistant),Kerani Am (General Clerk),Eksekutif Pentadbiran (HR Executive), Pelatih Pentadbiran (Management Trainee), dan sebagainya....
Pekerjaan bagi buruh kasar memang banyak di negara kita termasuk pekerja-pekerja kilang, pembantu jualan barangan dan lain-lain yang hanya mempunyai kelayakan setaraf kelulusan sijil SPM dan PMR sahaja.
Manakala pekerjaan profesional adalah Manager Eksekutif, CEO Syarikat, Doktor, Guru, Jururawat yang sememangnya peluang pekerjaan sangat terhad. Hanya individu yang berkelayakan dan profesional sahaja yang terpilih.
Semua keputusan di tangan anda. Di mana Kerjaya anda selepas SPM? adakah anda di tangga profesional(peluang pekerjaan terhad)? atau di tangga pra-profesional (peluang pekerjaan meluas dgn gaji yg berpatutan)? atau di tangga buruh kasar( peluang kerja luas utk lepasan spm dengan gaji yg tahap rendah)?
TAHUKAH ANDA?
PELUANG PEKERJAAN YANG SERING MEMENUHI KEHENDAK INDUSTRI DENGAN ADANYA KELULUSAN DIPLOMA DENGAN TANGGA GAJI SEKITAR RM1200 SEHINGGA RM1800....
DIPLOMA YG DIMAKSUDKAN ADALAH:-
-DIPLOMA PENTADBIRAN PEJABAT
-DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
-DIPLOMA PERAKAUNAN
-DIPLOMA KREATIF MULTIMEDIA
-DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
-DIPLOMA EKSEKUTIF SISTEM MAKLUMAT
-DIPLOMA MULTIMEDIA
-DIPLOMA MEKATRONIK (gabungan kejuretaraan elektonik,mesin dan robotik)
Daftar Online dengan menekan Link di bawah, untuk kemasukan semester 1, Pengambilan Sekarang
https://docs.google.com/forms/d/1TyC-xKK4_InYkSfQQtbYPAnGE8yj1BMCkWZ-l5dPpMU/viewform?pli=1
SEMOGA IMPIAN ANDA AKAN TERCAPAI DEMI KEGEMILANGAN KERJAYA ANDA PADA MASA HADAPAN
atau anda mahu sambung diploma? dengan adanya diploma , anda mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yg cukup utk mendalami kerjaya anda yg idam-idamkan,,,dan anda tidak rasa takut lagi untuk menyambung pengajian anda ke peringkat ijazah dan diploma lanjutan-tahap 5(utk bdg kemahiran)...
tapi, di mana skop kerjaya anda? Negara Malaysia memerlukan pekerjaaan yg sering ditawar mengikut kehendak bagi sesebuah syarikat... Berdasarkan piramid kerjaya di atas, peluang pekerjaan yg lebih tinggi berdasarkan kehendak industri adalah pekerjaan pra-profesional.
Antara contoh pekerjaan pra-profesional yang menjadi tumpuan untuk pencari kerja masa kini ialah Pembantu Peribadi (Personal Assistant), Pegawai /Pembantu Latihan (Training Executive/Assistant), Setiausaha (Secretary),Pegawai Operasi (Operation Officer),Pembantu Tadbir (Administrative Assistant),Kerani Am (General Clerk),Eksekutif Pentadbiran (HR Executive), Pelatih Pentadbiran (Management Trainee), dan sebagainya....
Pekerjaan bagi buruh kasar memang banyak di negara kita termasuk pekerja-pekerja kilang, pembantu jualan barangan dan lain-lain yang hanya mempunyai kelayakan setaraf kelulusan sijil SPM dan PMR sahaja.
Manakala pekerjaan profesional adalah Manager Eksekutif, CEO Syarikat, Doktor, Guru, Jururawat yang sememangnya peluang pekerjaan sangat terhad. Hanya individu yang berkelayakan dan profesional sahaja yang terpilih.
Semua keputusan di tangan anda. Di mana Kerjaya anda selepas SPM? adakah anda di tangga profesional(peluang pekerjaan terhad)? atau di tangga pra-profesional (peluang pekerjaan meluas dgn gaji yg berpatutan)? atau di tangga buruh kasar( peluang kerja luas utk lepasan spm dengan gaji yg tahap rendah)?
TAHUKAH ANDA?
PELUANG PEKERJAAN YANG SERING MEMENUHI KEHENDAK INDUSTRI DENGAN ADANYA KELULUSAN DIPLOMA DENGAN TANGGA GAJI SEKITAR RM1200 SEHINGGA RM1800....
DIPLOMA YG DIMAKSUDKAN ADALAH:-
-DIPLOMA PENTADBIRAN PEJABAT
-DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
-DIPLOMA PERAKAUNAN
-DIPLOMA KREATIF MULTIMEDIA
-DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
-DIPLOMA EKSEKUTIF SISTEM MAKLUMAT
-DIPLOMA MULTIMEDIA
-DIPLOMA MEKATRONIK (gabungan kejuretaraan elektonik,mesin dan robotik)
Daftar Online dengan menekan Link di bawah, untuk kemasukan semester 1, Pengambilan Sekarang
https://docs.google.com/forms/d/1TyC-xKK4_InYkSfQQtbYPAnGE8yj1BMCkWZ-l5dPpMU/viewform?pli=1
SEMOGA IMPIAN ANDA AKAN TERCAPAI DEMI KEGEMILANGAN KERJAYA ANDA PADA MASA HADAPAN
Monday 4 March 2013
Skim Perantisan Mekatronik untuk belia lepasan SPM.....PENGAMBILAN SEKARANG!!!
BERITA BAIK!!!! MARI BELAJAR SECARA PERCUMA!!!
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PSMB) di bawah kementerian sumber manusia menaja yuran pengajian sepenuhnya kpd pelajar yg layak dgn syarat LULUS bm,matematik dan sains. Kursus tajaan yg ditawarkan adalah SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) dalam Sijil Mekatronik Teknologi(tahap 1-3)
-yuran pendaftaran kolej MCS PERCUMA*
-yuran pendaftaran JPK tahap 1 PERCUMA*
-yuran pendaftaran JPK tahap 2 PERCUMA*
-yuran pendaftaran JPK tahap 3 PERCUMA*
-yuran pengajian sepenuhnya (tahap 1-3) PERCUMA*
*ditanggung sepenuhnya oleh PSMB. TIADA PINJAMAN(BIASISWA PENUH)
FAEDAH DAN KEISTEWAAN
Bagi melahirkan lebih ramai tenaga profesional dan separa profesional dalam pelbagai bidang teknologi dan kejuruteraan, kerajaan serta pihak industri mengambil inisiatif menyediakan Skim Perantisan Mekatronik kepada belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
APA ITU MEKATRONIK?
mekatronik adalah satu bidang baru yang penting dalam industri masa kini yang menggabungkan kejuruteraan mekanikal dengan kejuruteraan elektronik, teknologi komputer dan kawalan untuk menghasilkan suatu sistem bersepadu.
APA ITU MEKATRONIK?
mekatronik adalah satu bidang baru yang penting dalam industri masa kini yang menggabungkan kejuruteraan mekanikal dengan kejuruteraan elektronik, teknologi komputer dan kawalan untuk menghasilkan suatu sistem bersepadu.
Selepas tamat pengajian, perintis akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Juruteknik Automasi (Mekatronik) Tahap 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta sijil daripada Pembangunan Sumber Manusia Bhd. (PSMB).
COLLEGE MCS TERPILIH MENJADI TEMPAT LATIHAN SKIM PERANTISAN DI BAWAH KERAJAAN SUMBER MANUSIA DAN TELAH MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)
*Biasiswa ini terhad utk 20 org yg mendaftar di College MCS, Banting,Selangor
*Dapatkan Elaun sara diri RM500 sebulan sepanjang pengajian di kolej.Temuduga masih terbuka.
Berminat???? SMS SEKARANG!!! <NAMA PENUH><NO IC><ALAMAT RUMAH> hantar ke nombor 013-4990186.
Saturday 2 March 2013
CERPEN KHAS : KERUSI RODA UNTUK IBU SIRI 2
Karya : Farouk Shedeq
Nadia masih tidur dalam keadaan
nyenyak. Nadia terjaga apabila Ikmal cuba mengerakkannya. Nadia membuka
matanya. Nadia berasa serba salah dan kasihan terhadap Ikmal kerana dialah
tiap-tiap hari menjaganya dan memandikannya. “Ya Allah! Berdosannya aku
terhadap anakku,Ikmal” hatinya berbisik. Sebenarnya,dia masih berharap bahawa
anak yang disayanginya, Izzal menjaganya tetapi hakikatnya Ikmal,anak yang
kurang disayangi menjaganya dengan penuh kasih sayang.
“Ikmal harap ibu jangan tolak
pemberian Ikmal terhadap ibu,” Ibunya masih tertanya-tanya maksud tersirat
anaknya,Ikmal. Alangkah terkejutnya,Nadia melihat kerusi roda bersembunyi di
sebalik pintu kamarnya. Fikiran Nadia terngiang-ngiang. “Dari mana anakku dapat
duit untuk membeli kerusi roda untukku? Dia ada simpanan ka?”apakan daya,Nadia
tidak boleh bercakap.
“Ibu mesti seronok,kan dapat kerusi
roda. Ikmal boleh bawa ibu berjalan-jalan di luar, menghirup udara segar di
luar, tidak lagi berkurung dalam bilik ja,” wajah kegembiraan ibu tiba-tiba
berubah.
“Ibu,jangan risau.Ikmal tidak
mencuri. Ikmal cari duit sendiri,” Ibu,Nadia terharu mendengar penjelasan Ikmal
lalu Ikmal menyambung percakapannya “Ibu,sekarang ini Ikmal berasa senang
kerana Ikmal dapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu,”Tidak lama
kemudian,beberapa titisan air mata Nadia mengalir membasahi pipi. Dia tahu
selama dia menjaga Ikmal sejak kecil, Ikmal masih dahagakan kasih sayang
seseorang ibu. Mereka berdua terus berpelukan sambil mengesat air mata.
***
Ikmal baru sahaja balik dari
sekolah dengan menaiki basikal. Apabila dia masuk ke rumahnya,dia terkejut
rumahnya berselerak. Semua almari telah diselongkarkannya. Semua bilik
berselerak dengan kertas-kertas bertaburan di lantai. “Apa yang sudah
berlaku?”Ikmal masih kebinggungan. Anehnya,almari ibunya juga diselongkar.
Habis barang-barang emas milik ibu,Nadia diberkas. “Siapa punya angkara ini?
Mungkin perompak. Aku perlu buat laporan polis,”kata Ikmal dengan tekad. Ibunya
mahu berkata sesuatu kepada Ikmal. Tetapi,Ikmal keluar dari bilik ibunya dengan
serta mertaa.
“Kerusi roda ibu juga diberkasnya!
Bangsat!”Ikmal mula mengeluarkan kata-kata kesat.
“Assalamualaikum,Ikmal. Balik juga
kamu ni,”Haikal muncul dengan tiba-tiba.
“Tadi,saya lihat Izzal datang ke
rumah ini! Kecoh rumah ini dibuatnya. Suara Izzal saya dengar kat luar,”
“Apa? Izzal marah dan melenting
kepada ibu? Kurang ajar! Bermakna semua barang dalam almari dicuri oleh dia.
Habis semua barang kemas,duit dan kerusi roda ibu diberkas. Tak boleh jadi ni. Haikal,kau
tunjuk di mana rumah kawan Izzal. Biar aku bagi pengajaran cukup-cukup,” Haikal
menahan sabar. Dia menyuruh Ikmal beristighfar dan tidak perlu bertindak
terburu-buru.
Setelah Haikal dan Ikmal menyiasat
perkara yang sebenarnya dilakukan oleh Izzal, Ikmal sudah dapat menjangka
bahawa adiknya itu melakukan perkara-perkara yang tidak elok. Dia sudah mula
terjebak dengan ketagihan najis dadah. Mungkin kegiatan tersebut mudah
terpengaruh daripada rakan sebaya. Benda-benda yang dicuri dalam rumahnya hanyalah
hendak membeli pil-pil khayal,dadah. Ikmal tidak tahu bertindak apa-apa. Dia
hanya berdoa bahawa adiknya,Izzal kembali ke pangkal jalan.
***
Ramai pelajar-pelajar di Sekolah
Menengah Seri Kembangan memandang serong terhadap Ikmal. Satu sekolah mendapat
tahu bahawa adiknya,Izzal merupakan penagih dadah termuda.
Mujurlah,rakannya,Haikal memberi semangat dan dorongan terhadap Ikmal. Seorang
pengawas datang kelas 5 Bakti dan memanggil nama Ikmal. Menurutnya lagi,guru
Matematik,Cik Halimah mahu berjumpa dengan Ikmal. Ikmal lantas pergi ke bilik
guru. Hatinya tiba-tiba gerun. Fikirannya masih tertanya-tanya tujuan sebenar
gurunya mahu berjumpa dengannya.
“Sejak akhir-akhir ini, pencapaian
kamu dalam matematik semakin merosot dan kamu sering tidak hadir kelas tambahan
saya di sebelah petang. Kenapa?”Cik
Halimah masih tersenyum menyoal perkara tersebut kepada Ikmal. Ikmal masih
termenung panjang. Dia akui bahawa dia tidak hadir ke sekolah kerana banyak
masa yang dipenuhi di rumah. Ikmal terpaksa memberitahu perkara yang sebenarnya
bahawa dia menghabiskan masanya bersama ibu.
“Ibu awak lumpuh,kan?”
Ikmal mengangguk-angguk kepalanya.
Cik Halimah berasa simpati lalu dia menyuruh Ikmal kembali ke kelas. Cik
Halimah lantas menelefon pihak kebajikan masyarakat.
***
Ikmal berhenti mengayuh basikal di
depan rumahnya. Dia berasa pelik. Terdapat tiga buah kereta berada di hadapan
laman rumah papannya. Ikmal masuk ke rumah dan terkejut bebrapa orang pegawai
daripada pihak kebajikan masyarakat datang ke rumahnya. Dia menyumbang dua
kampit beras,minyak masak,dan beberapa barang keperluan lain. Selain itu,
pegawai tersebut menyumabang sebanyak RM500. Menurut pegawai tersebut, keluarga
Ikmal layak mendapat sumbangan daripada pihak negeri sebanyak RM400 sebulan.
Ikmal terasa terharu dan berterima kasih. Dia tertanya-tanya, kenapa sekarang
pihak kebajikan memberi sumbangan? Ikmal berasa bersyukur kerana sebuah kerusi
roda sumbangan kerajaan negeri telah disumbangkan kepada ibunya,Nadia.
***
Sudah tiga bulan berlalu, Izzal
masih belum pulang di rumah. Rindu Nadia terhadap anaknya,Izzal semakin
bertalu-talu. Hatinya selalu bersedih. Nadia yang berkerusi roda itu terbatuk-batuk
tanpa henti. Wajahnya pucat. Mungkin rindukan Izzal yang sudah lama tidak
pulang ke rumah.
“Izzal, di mana kamu,nak? Kamu
langsung tidak berjumpa dengan ibu. Ibu rindukan kamu…,”Hati Nadia berbisik
dengan nada yang rendah. Anak yang disayanginya langsung tidak melawat. Daun
kelapa terjatuh ke bawah akibat derusan angin yang kencang. Namun, Ikmal
memberi semangat dan dorongan terhadap ibunya. Ikmal sudah puas meminta Haikal
supaya mencari adiknya,Izzal di rumah-rumah kawan malangnya, tidak berjumpa.
Izzal juga sudah beberapa kali ponteng sekolah. Walaupun surat amaran dari
sekolah telah sampai di rumahnya, namun tidak berguna juga. Akhirnya, pihak
sekolah memutuskan Izzal digantung sekolah selama dua bulan.
***
Tanggal 22 Mac 2012, tarikh
keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) telah keluar. Degupan jantung Ikmal
berasa kencang. Selama ini, Cikgu Halimah telah banyak memberi dorongan dan
motivasi terhadap Ikmal supaya tumpukan sepenuhnya kepada pelajaran sejak dia
leka menjaga dan merawat ibunya. Setelah Ikmal membeli kerusi roda untuk ibunya
yang diberkas oleh Ikmal dulu, dia tetap mahu mengambil kerja sambilan untuk
mengembalikan kerusi roda ibu yang hilang. Oleh sebab terlalu kasihan Ikmal dan
pelajarannya yang semakin merosot. Cikgu Halimah memberitahu keprihtianan
keluarga Ikmal terhadap agensi kebajikan masyarakat. Sejak dari itu, Ikmal
bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarganya
walaupun sedih ketiadaan Izzal di sisinya. Ramai pelajar SPM yang beratur
panjang untuk mengambil slip keputusan SPM. Setelah sampai di giliran Ikmal,
Cikgu Halimah tersenyum melihat wajah Ikmal.
“Tahniah,Ikmal! Cikgu berbangga
dengan kamu,”Cikgu Halimah menyerahkan slip keputusan tersebut kepada Ikmal.
Mata Ikmal kaku. Dia memerhatikan semua gred setiap subjek. “Ya Allah,terima
kasih…”
Wajah kegelisahan Ikmal bertukar
menjadi wajah yang ceria. Dia Berjaya mendapat 10A dalam SPM.
“Terima kasih memberi tunjuk ajar
dan semangat untuk bangkit semula daripada kekalahan. Mesti ibu gembira melihat
keputusan ini. Ibu Ikmal mahu sangat berjumpa dengan Cikgu sebab Cikgu banyak
tolong saya dan ibu..,”dengan wajah yang ceria dia memohon sesuatu.
Walaupun berat untuk menunaikan
hasrat Ikmal kerana banyak tugas yang pelu dilakukan, namun Cikgu Halimah tidak
mempunyai masalah untuk berjumpa dengan ibu Ikmal yang kini sedang sakit dan
terbaring, tidak duduk dan bergerak..
Setelah sampai di rumah Ikmal,
ikmal lantas pergi ke ruang tamu tempat ibu Ikmal terbaring. Wajah Nadia
tersenyum melihat keputusan SPM Ikmal dengan mengeluarkan beberapa titisan air
mata.
“Ibu,..inilah Cikgu Halimah yang
banyak tolong saya termasuk ibu,” Cikgu Halimah masih belum muncul di muka
pintu lagi. Wajah Nadia dengan mulutnya ternyedeng ke pipi kiri melihat ke muka
pintu. Cikgu Halimah dengan berpakaian baju kurung biru melihat keadaan ibu
Ikmal. Mata Cikgu Hailimah tidak henti memandang wajah ibu Ikmal yang lumpuh
itu. Mata Nadia juga kaku melihat Cikgu Halimah berdepan dengannya seolah-olah
mereka saling kenal-mengenali. Beberapa minit kemudian,Cikgu Halimah keluar
dari rumah itu dengan perasaan kecewa. Ikmal kehairanan. Wajah Nadia berubah. Nadia
masih lagi kecewa kejadian yang telah berlaku dua puluh tahun sebelumnya.
*
Satu simbahan air botol minuman ke
muka Nadia yang dilemparkan oleh Halimah. Kemarahan Halimah semakin
meruap-ruap. Perasaannya masih tidak boleh dikawal. Bukan pertama kali Halimah
melihat suaminya,Othman bersama dengan wanita yang digelar Nadia. Halimah tidak
boleh berdiam diri. Perasaan marah dan sabar tidak mampu dikawal. Orang ramai
di restoran tersebut melihat kejadian itu.
“Imah,kenapa ni? Malu lah dengan
orang kat sini,”Othman kawal sifat malunya.
“Malu? Yang abang berkepit dengan
betina ni tak tahu malu ker? Apa semua ni,bang?”suara Halimah semakin tinggi.
“Abang boleh jelaskan tapi bukan di
sini tempatnya,”Othman cuba meredakan kemarahan Halimah.
“Ey..pompuan, kau ni dah tak de
laki lain ke nak ambik, laki orang juga yang kau pilih,HAH??”Suara tinggi
Halimah mengejutkan orang ramai yang menjamah makanan di restoran tersebut.
“Eleh, laki dia yang gatal pilih
aku. Ada aku kisah,,??”Nadia menjawab.
“Tak guna,”Halimah terus menarik
rambut Nadia dengan perasaan geram dantimbullah kekecohan di restoran yang
terkemuka itu. Akhirnya,Othman terus
menampar Halimah sehingga terjatuh lantai.
“Kalau beginilah, sikap awak! Abang
ceraikan awak dengan talak dua,”jantung Halimah berdegup kencang setelah
mendengar lafaz cerai suaminya berhadapan dengan orang ramai. Setelah peristiwa
tersebut,kehidupan Halimah berubah. Semua kenangan manis bersama dengan
suaminya sudah terpadam termasukanak sulungnya. Tiada kata putus yang
mengukuhkan perbicaraan hak penjagaan anaknya setelah suaminya,Othman telah
berkahwin dengan Nadia. Ketika itu,Halimah masih belum bekerja. Dia masih
sedang mengikuti pelajaran ijazah untuk semester akhir. Saat anaknya diambil
oleh Othman,suaminya,perasaannya sentiasa tidak aman, sentiasa dibasahi serba
salah, rindunya yang bertalu-talu. Halimah pernah mencuba mencari anak
kandungnya itu malangnya,keluarga baru Othman telah berpindah tanpa memberi
jawapan. Dia diterima bekerja sebagai guru setelah tamat pelajaran ijazah.
**
Ukiran tulisan yang cakar ayam yang
ditulis oleh ibu Ikmal di atas memberi segala jawapan yang Ikmal masih belum
mengetahui kisah silam ibunya.
“Tolong jangan bencikan ibu. Ibu
taka ada siapa-siapa lagi,” ukiran yang terakhir yang ditulis oleh Nadia.
Air mata Ikmal terus mengalir
membasahi pipi. Walaupun hatinya mahu menampar dan memukul ibu angkatnya yg
sedang lumpuh dan hampir nazak, tetapi niatnya mahu simpan sedalam-dalamnya
kerana dia masih sayangkan ibu. Dia telah menjaga ibu deengan penuh kasih
sayang. Tidak mungkin kerana disebabkan kisah lampau, dia mahu membalas dendam.
Biarlah dendam itu terkubur. Tidak lama kemudian, satu panggilan telefon
bordering. Ikmal lantas mengangkat telefon dan ketika dia mendengar suara
panggilan itu,wajahnya berubah dengan berkata “Izzal,ibu….” Hati Nadia
kucar-kacir, kenapa dengan anakku,Izzal? Apa yang sudah berlaku terhadapnya??
Hati Ikmal rasa serba salah untuk memberitahu apakah aktiviti yang sebenar yang
dilakukan oleh adik tirinya? (bersambung siri 3-AKHIR)
CERPEN KHAS : KERUSI RODA UNTUK IBU SIRI 1
Karya : Farouk Shedeq
“Pang,Pang,”Bunyi gelas
terjatuh dari atas meja. Ikmal tergumam.
Dia melihat kamar ibunya. Tangan ibunya ternyedeng-nyedeng. Mulut ibunya
senget. Dia tidak mampu bercakap dan berkata apa-apa. Hanya perkataan
“AAa’oooo” sahaja yang disebut. Beberapa minit kemudian,air mata Ikmal jatuh
mengalir membasahi pipi. “Ya Allah,apa lagi dugaan yang menguji ke atas diriku
ini?” bisik hatinya.
“Ibu,nak air?”Tanya Ikmal. Ibunya
hanya mengangguk-anguk kepalanya. Serta merta,Ikmal mengisi air ke dalam gelas
tersebut. Ikmal terus menyerahkan gelas itu kepada ibunya. Ibunya meneguk gelas
itu dengan pantas seolah-olah orang kepanasan yang memerlukan air untuk
diminum.
“Ibu,saya ada kerja yang perlu
dilakukan, saya pergi dulu,ya?”Ikmal mahu meninggalkan bilik ibunya. Wanita
lumpuh memegang tangan Ikmal. Wajah wanita yang hampir ke alam tua berubah
menjadi sedih. Dia seolah-olah ada perkara yang perlu disampaikan tetapi apakan
daya, mulutnya tidak mampu berkata apa-apa. Ikmal faham benar perasaan ibu. Dia
tahu mungkin ibu menyesal atas perbuatannya terhadap Ikmal dulu.
***
Suara Nadia melenting apabila dia
mendapat tahu bahawa Izzal ,anaknya dipukul oleh Ikmal di sekolah. Nadia
memarahi dan memukul Ikmal secukupnya. Darah Nadia semakin naik. Ikmal hanya mampu
menangis atas perbuatan ibunya sendiri.
“Kalau kau mengadu kepada bapa kau,
siap aku kerjakan,”Nadia beri amaran.
Ikmal mengerti dan terus menangis.
Dia tidak mampu berfikir apa-apa. Izzal, adiknya hanya mampu tersenyum apabila
abangnya dipukul teruk oleh ibunya. Banyak persoalan yang berlegar-legar di
fikiran Ikmal. Perbuatan ibunya seolah-olah tidak mengangap Ikmal sebagai anak
kandungnya sendiri. “Adakah aku hanya anak angkat?” bisik Ikmal. Dia
menggeleng-geleng kepalanya. Banyak lagi benda yang perlu difikirkan iaitu
peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) yang dihadapinya pada waktu
itu.
Hati kecil Ikmal sedih melihat
perbuatan ibunya sejak dia kecil lagi. Dia masih kurang kasih sayang daripada
ibunya. Setelah ibunya dapat tahu dia akan mengandung,Nadia langsung tidak
ambil peduli tentang Ikmal ketika itu berusia 3 tahun. Dia menjaga Ikmal
seperti memberi makan kepada seekor kucing di tepi jalan. Hal pemakanan dan
pengurusan diri, semuanya dilakukan oleh Ikmal sendiri. Bapanya,Othman tidak
ambil peduli tentang anaknya. Dia lebih suka tumpukan kepada hal pekerjaanya.
Bapanya itu juga jarang berada di rumah. Pada masa itu,Ikmal sering
dibuli,mengerah bekerja yang berat seperti mencuci baju,mengemop lantai dan
sebagainya sehinggala ibunya,Nadia melahirkan adiknya,Izzal. Selepas Izzal
meningkat kea lam persekolahan rendah. Ikmal dikerah semula oleh ibunya untuk
melakukan pekerjaan di rumahnya. Izzal pula seronok apabila Ikmal dibuli oleh
ibunya. Izzal juga suka mengusik abangnya,Ikmal dan mengadu kepada ibu jika
Ikmal melakukan kesilapan sama ada sengaja atau tidak disengajakan. Usia Ikmal
pada masa itu masih belum matang dan mudah melatah berbanding adiknya,Izzal.
Apabila keputusan peperiksaan Izzal merosot,Nadia bukan memarahi Izzal malah abangnya,Ikmal
dipersalahkan. Hal ini demikian kerana Nadia menganggap Ikmal tidak
bertanggungjawab mengajar adiknya supaya mendapat keputusan yang cemerlang.
Dalam hati Ikmal pernah berbisik untuk lari daripada rumah itu. Disebabkan
Ikmal terlalu sayang ayahnya, dia membatalkan niat buruknya itu. Ikmal tidak
mahu ayahnya tahu sikap ibunya terhadap dirinya kerana dalam hati kecilnya dia
masih sayangkan ibu. Walau buruknya sikap ibu terhadapnya, dia tetap ibu
Ikmal,Nadia yang menjaganya sejak bayi lagi.
***
Tanggal 31 Disember 2011, kehidupan
dan penderitaan Ikmal telah berubah. Tiada lagi penderitaan yang ditanggungnya
sebelum ini tetapi dia menghadapi kesusahan apabila ibu bapanya ditimpa
kemalangan yang teruk. Bapanya,Othman meninggal dunia akibat kecederaan parah
di kepala dan badannya. Ibunya,Nadia masih dalam keadaan koma dan tidak
sedarkan diri. Beberapa minggu kemudian,doctor telah mengesahkan ibunya,Nadia
telah lumpuh sepanjang hayatnya. Berita itu membuat Ikmal berasa sedih kerana
dia masih belum mendapat kasih sayang seorang ibu. Izzal pula seolah-olah tidak
boleh menerima kenyataan bahawa ibunya lumpuh. “Apa salah ibu? Kenapa ibu jadi
seperti ini? Semuanya salah kau,abang Ikmal. Kalau ibu dan ayah tidak pergi ke
JB untuk beli kamera yang kau minta kat ayah, semua ini tidak akan berlaku.
Kematian ayah juga pun gara-gara kau,!!”Nada Izzal semakin tinggi. Kepala Izzal
semakin serabut. Sejak ibunya,Nadia lumpuh, Izzal terus lari daripada rumah.
Mujurlah kawan baik Ikmal,Haikal dapat memujuk Izzal untuk pulang ke rumah
kerana ibunya terlalu rindukan Izzal. Semasa Izzal berjumpa dengan ibu, hati
Izzal berubah. Mungkin dia sudah terlalu
lama menumpang rumah sewa rakannya yang tidak tahu sama ada baik atau buruk
akhlak. Wajah ibunya tersenyum melihat wajah anak yang disayangi berada di
depan. Izzal duduk bersebelahan dengan ibunya. Dengan senang hatinya, tangan ibunya terbuka luas walaupun
tangannya bengkok sedikit. Wajah Izzal menunjukkan rasa geli dan jijik.
Ibunya,Nadia mahu memeluk Izzal kerana terlalu rindu akan anaknya tetapi Izzal
menjauhi ibunya.
“Tak payahla nak peluk Izzal,ibu.
Izzal dah besar,bukan budak kecil lagi,”kata Izzal lala mengubah kedudukan
kerusi daripada mendekati ibunya.
“Izzal,ibu terlalu rindukan kamu.
Izinkan ibu untuk memeluk kamu. Hanya sebentar sahaja,”Ibu Izzal,Nadia merayu
dengan wajah yang simpati kepada anaknya.
“Tak apala. Izzal datang sini hanya
lihat keadaan ibu. Ibu,bagaimana? Sihat? Ada apa-apa yang boleh Izzal tolong?
Kalau ibu mahu peluk, Izzal tak boleh sebab keadaan ibu tidak lagi seperti
dulu,” hati kecil Nadia runtuh bagaikan kilat menyambar terhadap dirinya.
Satu-satunya anak yang disayangi di atas dunia ini sanggup tidak melepaskan
rindu ibu terhadapnya. Nadia tidak putus asa untuk merayu dan merayu. Hanya
permintaan itulah Ikmal menyuruh Haikal memujuk Izzal berjumpa dengan ibu.
“Sudahlah! Lebih baik,Izzal balik
rumah kawan Izzal lebih bagus, daripada melayan ibu, tidak habis-habis mahu
memeluk Izzal. Dah! Selamat tinggal!” Izzal meninggalkan kamar ibunya dengan
meluat melihat karenah ibunya yang tidak putus-putus merayu kepadanya. Nadia
menjerit nama anaknya,Izzal berulang kali supaya jangan pergi sehingga Nadia
terjatuh dari katil. Pada masa itu, Ikmal baru sahaja selesai persekolahan yang
kini menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Ikmal dari jauh
telah mendengar suara ibu seolah-olah menjerit nama “IZZALL”. Izzal
bersiap-siap untuk keluar daripada rumah tersebut.
“Nak ke mana,Izzal? “Ikmal
menyoal.Izzal tidak berkata apa-apa. Ikmal lantas melihat keadaan ibunya.
“Ya Allah! Ibu…,”
***
Friday 1 March 2013
PROGRAM DIPLOMA KEMAHIRAN (Kementerian Sumber Manusia)
1)DIPLOMA EKSEKUTIF SISTEM MAKLUMAT
( DIPLOMA IN EXECUTIVE INFORMATION SYSTEM)
( DIPLOMA IN EXECUTIVE INFORMATION SYSTEM)
- melatih dan menyediakan pelajar agar lebih bersedia untuk diserap ke pelbagai bahagian pentadbiran, pengurusan dan operasi yang kini amat berkait rapat dengan penggunaan teknologi maklumat (ICT).
- menbantu para pelajar lepasan SPM agar mendapat pendedahan dan bimbingan bermula daripada asas sehingga ke praktikal. Konsep pembelajaran juga amat dan lebih focus pada bahagian pengurusan pejabat,pengendalian dan sistem maklumat.
SYARAT KELAYAKAN :
- LEPASAN SPM
- LULUS BM atau BI dalam SPM
KEISTIMEWAAN MEMILIH DIPLOMA EKSEKUTIF SISTEM MAKLUMAT
DESM - dirangka dengan pengisian modul terancang dan teratur. | |||||||||||||||||||||
• Modul yang dirangka akan membantu para pelajar mengenal pasti cara atau langkah yang betul dalam pengendalian aduan pelanggan,pemeriksaan fasiliti dan pengurusan peralatan sistem maklumat. | |||||||||||||||||||||
• Setiap modual yang diajar mempunyai skop tertentu agar pelajar dapat memahami pengisian yang diajar. 2) DIPLOMA PENGURUS KREATIF MULTIMEDIA (DIPLOMA IN MULTIMEDIA CREATIVE SYSTEM)
SYARAT KELAYAKAN
KEISTIMEWAAN MEMILIH PROGRAM DIPLOMA PENGURUS KREATIF MULTIMEDIA
|
PROGRAM DIPLOMA DAN SIJIL INI TELAH MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA JPK, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA...
DAFTAR SEKARANG, KUOTA TERHAD, BOLEH DAFTAR SECARA ONLINE.
SILA TEKAN LINK DI BAWAH:
SEMOGA IMPIAN ANDA AKAN TERCAPAI DEMI KEGEMILANGAN KERJAYA ANDA PADA MASA HADAPAN
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- KERJAYA ANDA SELEPAS SPM
- Banting, Selangor, Malaysia
- College MCS didaftarkan atas nama Prudent Communication Sdn. Bhd. pada 13.03.1997 dan secara rasminya telah mendapat pengiktirafan sebagai salah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). No. Rujukan kelulusan penubuhan IPTS daripada Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) ialah KP(JPS)5195/IPTS/899. College MCS menubuhkan Unit Career & Academic Development ( CADev ) bagi menyelaraskan kandungan kursus supaya sentiasa memenuhi tuntutan dan kehendak sektor industri. Dengan itu, para graduan dari College MCS akan lebih bersedia kerana dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bakal menjamin kerjaya mereka dalam sektor awam dan swasta.