Ukiran tulisan yang
cakar ayam yang ditulis oleh ibu Ikmal di atas memberi segala jawapan yang
Ikmal masih belum mengetahui kisah silam ibunya.
“Tolong jangan bencikan
ibu. Ibu tak ada siapa-siapa lagi,” ukiran yang terakhir yang ditulis oleh
Nadia.
Air mata Ikmal terus
mengalir membasahi pipi. Walaupun hatinya mahu menampar dan memukul ibu
angkatnya yg sedang lumpuh dan hampir nazak, tetapi niatnya mahu simpan
sedalam-dalamnya kerana dia masih sayangkan ibu. Dia telah menjaga ibu deengan
penuh kasih sayang. Tidak mungkin kerana disebabkan kisah lampau, dia mahu
membalas dendam. Biarlah dendam itu terkubur. Tidak lama kemudian, satu
panggilan telefon bordering. Ikmal lantas mengangkat telefon dan ketika dia
mendengar suara panggilan itu,wajahnya berubah dengan berkata “Izzal,ibu….”
Hati Nadia kucar-kacir, kenapa dengan anakku,Izzal? Apa yang sudah berlaku
terhadapnya?? Hati Ikmal rasa serba salah untuk memberitahu apakah aktiviti
yang sebenar yang dilakukan oleh adik tirinya?
Sampai sahaja di
Hospital Abu Bakar, Ikmal lantas pergi ke wad kecemasan. Terlihat Haikal dan
Fatin,rakan rapat Izzal berada di luar bilik tersebut. Haikal tidak memberi
apa-apa respon kerana Doktor sedang memeriksan Izzal di dalam. Beberapa minit
kemudian, seorang doctor lelaki keluar daripada wad dan wajahnya sangat
mendukacitakan. Ikmal hanya ternganga dan termangu setelah doctor memberi
penjelasan terhadap adik tirinya,Izzal. Air mata Fatin mengalir membasahi pipi
manakala Haikal berpaling ke atas siling dengan keadaan hampa. Dengan keadaan
hospital yang sunyi, tiba-tiba ada seorang pesakit dari kemalangan jalan raya
terburu-buru ke wad kecemasan. Ikmal curi-curi pandang pesakit yang dibawa oleh
beberapa jururawat lelaki dan perempuan. Ternyata, seorang wanita yang sudah
berumur, memakai tudung yang terserot-serot akibat kecelakaan di kepala.
“Ya Allah,ini cikgu
aku,” bisik Ikmal dengan nada yang terkejut.
***
Wajah Halimah yang
pucat dan kepalanya dibalut separuh akibat kemalangan teruk. Dia cuba teringat
kejadian kemalangan yang ditimpa semalam. Halimah memandu kereta dengan keadaan
marah setelah mendapat tahu bahawa ibu Ikmal adalah musuh ketat zaman silamnya,
iaitu Nadia, isteri kedua kepada suaminya. Disebabkan Nadia, dia kehilangan
suaminya. Disebabkan Nadia, dia kehilangan anak yang disayanginya. Disebabkan
Nadia juga, dia kehilangan keebahagiaan rumah tangganya yang dibina bersama
suaminya,Othman selama 15 tahun. Betapa hancurnya hati seorang wanita yang
kehilangan segala-galanya. Kini, dia masih belum niat untuk membina rumah
tangga lagi. Menjadi tanda tanya, di manakah anak kandungnya yang dirampas oleh
Othman bersama Nadia. Adakah anak murid yang diberi sepenuh perhatian iaitu
,Ikmal adalah anak kandungnya yang dicarinya selama ini? Tiba-tiba sahaja
kepala Halimah membingit. Tanpa disedarinya,Ikmal masuk ke wad tersebut. Baru
sahaja dia berfikir tentangnya,dia muncul dengan tiba-tiba.
“Assalamualaikum,cikgu….bagaimana
keadaan cikgu?”Ikmal bertanya dalam keadaan senyum.
“Eh,Ikmal. Cikgu tidak
apa-apa. Bagaimana kamu tahu cikgu ada kat sini? Ada sesiapa yang beritahu
kamu,kah?”Halimah bertanya dengan musykil.
“Adik saya sakit,cikgu.
Dia dipukul oleh rakan-rakannya. Adik saya berhutang. Dia penagih.
Rakan-rakannya memukulnya menggunakan besi dan kayu sampai dia lumpuh. Tidak
boleh bergerak-gerak seperti dulu,”jelas Ikmal yang masih teringat penjelasan doctor
semalam.
“Kasihannya….adik kamu
tu masih lagi dalam hospital?”tanya cikgu.
“Ya”
“Cikgu,…kenapa cikgu
boleh kemalangan?”
“Tak ada apa-apa,Ikmal.
Kemalangan biasa ja. Pergilah melawat adik kamu yang sedang sakit tu. Cikgu
rasa adik kamu lagi tenat daripada cikgu,”
“Cikgu,…saya ada satu
benda nak tanya kepada cikgu?”
Wajah Halimah berubah .
Dahinya berkerut.
“Kenapa cikgu lari
daripada berjumpa dengan ibu saya?”
Mulut Halimah terkunci.
Tiada jawapan yang diucapnya.
“Adakah cikgu benci
melihat ibu saya yang lumpuh tu,?”
“Tidak….bukan
begitu,Ikmal,”Halimah menafikannya. Air mata Halimah serta merta keluar
mengalir ke pipinya. Ikmal cuba mendekati Halimah dan menyentuh tangan Halimah.
Hati Halimah gerund an merasai sesuatu perasaan yang belum dirasai selama ini.
“Ikmal tahu
segala-galanya,cikgu. Cikgu ada hubungan dengan ibu saya,kan? Ibu sudah cerita
segalanya.. tetapi boleh tak,cikgu jangan benci dengan ibu Ikmal. Dialah
satu-satunya ibu yang Ikmal kenal yang jaga Ikmal sejak kecil. Ikmal sangat
sayang kepada ibu Ikmal,cikgu, Tolong maafkan dia…cikgu”nada suara Ikmal yang
rendah dan penuh bersimpati. Dengan rasa lemah lembut, Halimah mengangguk
kepalanya..
“Cikgu,…boleh tak,Ikmal
panggil cikgu,….mama…?”
Hati Halimah tersentuh
dan sebak apabila anak murid yang disayanginya memanggil dia “mama”.
“Ya Allah, setelah
sekian lama, aku mencari anakku yang menghilang tanpa berita,,akhirnya telah
kujumpai….terima kasih,nikmat Allah,”Halimah bersyukut tentang ketentuan-Nya.
**
“Ibu…,” suara Izzal
meronta-ronta memanggil ibu.
“Sabar,Izzal. Tidak
lama kemudian,kita akan tiba ke rumah awak,”Fatin masih berada di sisinya. Ayah
Fatin membawa Izzal dengan menaiki kereta. Tidak lama kemudian,kereta tersebut
berhenti kerana tayar kereta pancit dan pecah. Ayah Fatin mengambil masa lama
untuk menukar tayar yang baru. Apabila Fatin masuk ke dalam kereta,dia terkejut
bahawa Izzal hilang dalam kereta itu.
“Ayah,Izzal hilang!
Macam mana ni?”Fatin rasa gelisah. Mata ayahnya mencari merata tempat akhirnya
dia terjumpa Izzal di semak samun, dalam keadaan mengesot kerana Izzal tidak
dapat berjalan dan lumpuh. Dia berjalan dalam keadaan mengesot. Barulah Fatin
memahami. Oleh kerana terlalu rindukan ibunya yang sudah lama tidak
dijumpainya, Izzal sanggup ke jalan semak samun, jalan pintas ke rumahnya.
Terlalu banyak kesalahan dan dosa Izzal terhadap ibunya. Barulah dia sedar
bahawa betapa sukarnya seseorang itu lumpuh. Sebelum ini,Izzal semakin susah
menerima kenyataan bahawa ibunya lumpuh dan sering menjauhi ibunya. Dia juga
sanggup mencuri rantai emas, wang ringgit termasuk kerusi roda yang dibeli oleh
abang tirinya,Ikmal untuk mendapat sebungkus dadah. Izzal juga banyak berhutang
dengan sekumpulan penjual dadah. Oleh sebab itu, Izzal dipukul dengan
benda-benda keras dan besi berkali-kali di tubuhnya sehingga menjadi lumpuh.
Kini, Izzal Berjaya melangkah ke jalan raya. Dia mahu melintas jalan untuk menuju
ke arah rumahnya. Tiba-tiba muncul kereta melalui jalan semasa Izzal melintas
jalan. Mata Izzal terbeliak tanpa bergerak apa-apa.
**
“Izz..zal,” Nadia
berkata merangkak-rangkak menyebut nama anaknya yang dirinduinya. Wajahnya
pucat seolah-olah keletihan. Nadia terbaring lemah di ruang tamu. Halimah dan
Ikmal berada disisi Nadia. Suara Nadia tidak putus memanggil nama
anaknya,Izzal.
“Sabarlah,ibu. Ikmal
sudah menyuruh Fatin bahawa Izzal ke sini. Nanti,dia akan datang,”Ikmal memberi
semangat kepada ibunya.
“Betul,Nadia,”Halimah
mengeluarkan beberapa titisan air mata. Sedih melihat keadaan Nadia yang sedang
nazak. Namun,apakan daya. Allah lebih menyangi ibu Ikmal yang sudah lama
menanggung seksaan penyakit yang sukar diubatinya. Nadia telah menghembuskan nafas
yang terakhir dengan mengucap dua
kalimah syahadah. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk dengan kuat
sekali. Ikmal lantas membukanya. Hujan mulai turun dengan lebat setelah
beberapa minit Nadia menghembus nafas terakhir. Ikmal melihat Fatin dan bapanya
berada di depan pintu.
“Ibu……”Izzal meredah
masuk ke pintu. Ikmal terkejut kerana Izzal tidak berdiri di pintu sebaliknya
dia terduduk ke muka pintu. Izzal menjerit “IBBUUUU…….,”setelah melihat ibunya
terbaring kaku di ruang tamu. Izzal mengesot dan menangis tanpa henti. Dia
mencium muka ibu dan bersalam dan mencium tangan ibu untuk meminta maaf. Apakan
daya,ibunya,Nadia tidak bernyawa lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Izzal tidak
sempat untuk meminta maaf. Izzal berasa kesal atas kesilapannya. Sebenarnya
,kereta yang melalui jalan semasa Izzal melintas jalan ialah kereta ayah Fatin.
Mujurlah ayah Fatin sempat berhenti,dan membawa Izzal ke rumah untuk berjumpa
dengan ibu Izzal,Nadia.
**
Gambar Hiasan...
Nadia,ibu Izzal dan ibu tiri Ikmal telah selamat dikebumikan. Halimah telah menerima Ikmal sebagai anak
kandungnya. Doctor telah mengesahkan Izzal telah lumpuh sepanjang hidupnya.
Tulang tubuhnya tidak boleh diperbaiki lagi. Halimah juga telah sepakat untuk
menjaga Ikmal dan Izzal. Ikmal juga telah memaafkan kesalahan Izzal selama ini.
Dia bertekad untuk menjaga dan melindungi adiknya daripada pelbagai ancaman.
Kini,kerusi roda yang disumbangkan oleh pihak kebajikan untuk ibunya telah
digunakan Izzal sendiri. Izzal menyentuh kerusi roda itu dan menyesal atas
perbuatannya yang sanggup menjual kerusi roda ibu untuk kepentingan dirinya
sendiri.----TAMAT---
No comments:
Post a Comment