Karya : Farouk Shedeq
Nadia masih tidur dalam keadaan
nyenyak. Nadia terjaga apabila Ikmal cuba mengerakkannya. Nadia membuka
matanya. Nadia berasa serba salah dan kasihan terhadap Ikmal kerana dialah
tiap-tiap hari menjaganya dan memandikannya. “Ya Allah! Berdosannya aku
terhadap anakku,Ikmal” hatinya berbisik. Sebenarnya,dia masih berharap bahawa
anak yang disayanginya, Izzal menjaganya tetapi hakikatnya Ikmal,anak yang
kurang disayangi menjaganya dengan penuh kasih sayang.
“Ikmal harap ibu jangan tolak
pemberian Ikmal terhadap ibu,” Ibunya masih tertanya-tanya maksud tersirat
anaknya,Ikmal. Alangkah terkejutnya,Nadia melihat kerusi roda bersembunyi di
sebalik pintu kamarnya. Fikiran Nadia terngiang-ngiang. “Dari mana anakku dapat
duit untuk membeli kerusi roda untukku? Dia ada simpanan ka?”apakan daya,Nadia
tidak boleh bercakap.
“Ibu mesti seronok,kan dapat kerusi
roda. Ikmal boleh bawa ibu berjalan-jalan di luar, menghirup udara segar di
luar, tidak lagi berkurung dalam bilik ja,” wajah kegembiraan ibu tiba-tiba
berubah.
“Ibu,jangan risau.Ikmal tidak
mencuri. Ikmal cari duit sendiri,” Ibu,Nadia terharu mendengar penjelasan Ikmal
lalu Ikmal menyambung percakapannya “Ibu,sekarang ini Ikmal berasa senang
kerana Ikmal dapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu,”Tidak lama
kemudian,beberapa titisan air mata Nadia mengalir membasahi pipi. Dia tahu
selama dia menjaga Ikmal sejak kecil, Ikmal masih dahagakan kasih sayang
seseorang ibu. Mereka berdua terus berpelukan sambil mengesat air mata.
***
Ikmal baru sahaja balik dari
sekolah dengan menaiki basikal. Apabila dia masuk ke rumahnya,dia terkejut
rumahnya berselerak. Semua almari telah diselongkarkannya. Semua bilik
berselerak dengan kertas-kertas bertaburan di lantai. “Apa yang sudah
berlaku?”Ikmal masih kebinggungan. Anehnya,almari ibunya juga diselongkar.
Habis barang-barang emas milik ibu,Nadia diberkas. “Siapa punya angkara ini?
Mungkin perompak. Aku perlu buat laporan polis,”kata Ikmal dengan tekad. Ibunya
mahu berkata sesuatu kepada Ikmal. Tetapi,Ikmal keluar dari bilik ibunya dengan
serta mertaa.
“Kerusi roda ibu juga diberkasnya!
Bangsat!”Ikmal mula mengeluarkan kata-kata kesat.
“Assalamualaikum,Ikmal. Balik juga
kamu ni,”Haikal muncul dengan tiba-tiba.
“Tadi,saya lihat Izzal datang ke
rumah ini! Kecoh rumah ini dibuatnya. Suara Izzal saya dengar kat luar,”
“Apa? Izzal marah dan melenting
kepada ibu? Kurang ajar! Bermakna semua barang dalam almari dicuri oleh dia.
Habis semua barang kemas,duit dan kerusi roda ibu diberkas. Tak boleh jadi ni. Haikal,kau
tunjuk di mana rumah kawan Izzal. Biar aku bagi pengajaran cukup-cukup,” Haikal
menahan sabar. Dia menyuruh Ikmal beristighfar dan tidak perlu bertindak
terburu-buru.
Setelah Haikal dan Ikmal menyiasat
perkara yang sebenarnya dilakukan oleh Izzal, Ikmal sudah dapat menjangka
bahawa adiknya itu melakukan perkara-perkara yang tidak elok. Dia sudah mula
terjebak dengan ketagihan najis dadah. Mungkin kegiatan tersebut mudah
terpengaruh daripada rakan sebaya. Benda-benda yang dicuri dalam rumahnya hanyalah
hendak membeli pil-pil khayal,dadah. Ikmal tidak tahu bertindak apa-apa. Dia
hanya berdoa bahawa adiknya,Izzal kembali ke pangkal jalan.
***
Ramai pelajar-pelajar di Sekolah
Menengah Seri Kembangan memandang serong terhadap Ikmal. Satu sekolah mendapat
tahu bahawa adiknya,Izzal merupakan penagih dadah termuda.
Mujurlah,rakannya,Haikal memberi semangat dan dorongan terhadap Ikmal. Seorang
pengawas datang kelas 5 Bakti dan memanggil nama Ikmal. Menurutnya lagi,guru
Matematik,Cik Halimah mahu berjumpa dengan Ikmal. Ikmal lantas pergi ke bilik
guru. Hatinya tiba-tiba gerun. Fikirannya masih tertanya-tanya tujuan sebenar
gurunya mahu berjumpa dengannya.
“Sejak akhir-akhir ini, pencapaian
kamu dalam matematik semakin merosot dan kamu sering tidak hadir kelas tambahan
saya di sebelah petang. Kenapa?”Cik
Halimah masih tersenyum menyoal perkara tersebut kepada Ikmal. Ikmal masih
termenung panjang. Dia akui bahawa dia tidak hadir ke sekolah kerana banyak
masa yang dipenuhi di rumah. Ikmal terpaksa memberitahu perkara yang sebenarnya
bahawa dia menghabiskan masanya bersama ibu.
“Ibu awak lumpuh,kan?”
Ikmal mengangguk-angguk kepalanya.
Cik Halimah berasa simpati lalu dia menyuruh Ikmal kembali ke kelas. Cik
Halimah lantas menelefon pihak kebajikan masyarakat.
***
Ikmal berhenti mengayuh basikal di
depan rumahnya. Dia berasa pelik. Terdapat tiga buah kereta berada di hadapan
laman rumah papannya. Ikmal masuk ke rumah dan terkejut bebrapa orang pegawai
daripada pihak kebajikan masyarakat datang ke rumahnya. Dia menyumbang dua
kampit beras,minyak masak,dan beberapa barang keperluan lain. Selain itu,
pegawai tersebut menyumabang sebanyak RM500. Menurut pegawai tersebut, keluarga
Ikmal layak mendapat sumbangan daripada pihak negeri sebanyak RM400 sebulan.
Ikmal terasa terharu dan berterima kasih. Dia tertanya-tanya, kenapa sekarang
pihak kebajikan memberi sumbangan? Ikmal berasa bersyukur kerana sebuah kerusi
roda sumbangan kerajaan negeri telah disumbangkan kepada ibunya,Nadia.
***
Sudah tiga bulan berlalu, Izzal
masih belum pulang di rumah. Rindu Nadia terhadap anaknya,Izzal semakin
bertalu-talu. Hatinya selalu bersedih. Nadia yang berkerusi roda itu terbatuk-batuk
tanpa henti. Wajahnya pucat. Mungkin rindukan Izzal yang sudah lama tidak
pulang ke rumah.
“Izzal, di mana kamu,nak? Kamu
langsung tidak berjumpa dengan ibu. Ibu rindukan kamu…,”Hati Nadia berbisik
dengan nada yang rendah. Anak yang disayanginya langsung tidak melawat. Daun
kelapa terjatuh ke bawah akibat derusan angin yang kencang. Namun, Ikmal
memberi semangat dan dorongan terhadap ibunya. Ikmal sudah puas meminta Haikal
supaya mencari adiknya,Izzal di rumah-rumah kawan malangnya, tidak berjumpa.
Izzal juga sudah beberapa kali ponteng sekolah. Walaupun surat amaran dari
sekolah telah sampai di rumahnya, namun tidak berguna juga. Akhirnya, pihak
sekolah memutuskan Izzal digantung sekolah selama dua bulan.
***
Tanggal 22 Mac 2012, tarikh
keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) telah keluar. Degupan jantung Ikmal
berasa kencang. Selama ini, Cikgu Halimah telah banyak memberi dorongan dan
motivasi terhadap Ikmal supaya tumpukan sepenuhnya kepada pelajaran sejak dia
leka menjaga dan merawat ibunya. Setelah Ikmal membeli kerusi roda untuk ibunya
yang diberkas oleh Ikmal dulu, dia tetap mahu mengambil kerja sambilan untuk
mengembalikan kerusi roda ibu yang hilang. Oleh sebab terlalu kasihan Ikmal dan
pelajarannya yang semakin merosot. Cikgu Halimah memberitahu keprihtianan
keluarga Ikmal terhadap agensi kebajikan masyarakat. Sejak dari itu, Ikmal
bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarganya
walaupun sedih ketiadaan Izzal di sisinya. Ramai pelajar SPM yang beratur
panjang untuk mengambil slip keputusan SPM. Setelah sampai di giliran Ikmal,
Cikgu Halimah tersenyum melihat wajah Ikmal.
“Tahniah,Ikmal! Cikgu berbangga
dengan kamu,”Cikgu Halimah menyerahkan slip keputusan tersebut kepada Ikmal.
Mata Ikmal kaku. Dia memerhatikan semua gred setiap subjek. “Ya Allah,terima
kasih…”
Wajah kegelisahan Ikmal bertukar
menjadi wajah yang ceria. Dia Berjaya mendapat 10A dalam SPM.
“Terima kasih memberi tunjuk ajar
dan semangat untuk bangkit semula daripada kekalahan. Mesti ibu gembira melihat
keputusan ini. Ibu Ikmal mahu sangat berjumpa dengan Cikgu sebab Cikgu banyak
tolong saya dan ibu..,”dengan wajah yang ceria dia memohon sesuatu.
Walaupun berat untuk menunaikan
hasrat Ikmal kerana banyak tugas yang pelu dilakukan, namun Cikgu Halimah tidak
mempunyai masalah untuk berjumpa dengan ibu Ikmal yang kini sedang sakit dan
terbaring, tidak duduk dan bergerak..
Setelah sampai di rumah Ikmal,
ikmal lantas pergi ke ruang tamu tempat ibu Ikmal terbaring. Wajah Nadia
tersenyum melihat keputusan SPM Ikmal dengan mengeluarkan beberapa titisan air
mata.
“Ibu,..inilah Cikgu Halimah yang
banyak tolong saya termasuk ibu,” Cikgu Halimah masih belum muncul di muka
pintu lagi. Wajah Nadia dengan mulutnya ternyedeng ke pipi kiri melihat ke muka
pintu. Cikgu Halimah dengan berpakaian baju kurung biru melihat keadaan ibu
Ikmal. Mata Cikgu Hailimah tidak henti memandang wajah ibu Ikmal yang lumpuh
itu. Mata Nadia juga kaku melihat Cikgu Halimah berdepan dengannya seolah-olah
mereka saling kenal-mengenali. Beberapa minit kemudian,Cikgu Halimah keluar
dari rumah itu dengan perasaan kecewa. Ikmal kehairanan. Wajah Nadia berubah. Nadia
masih lagi kecewa kejadian yang telah berlaku dua puluh tahun sebelumnya.
*
Satu simbahan air botol minuman ke
muka Nadia yang dilemparkan oleh Halimah. Kemarahan Halimah semakin
meruap-ruap. Perasaannya masih tidak boleh dikawal. Bukan pertama kali Halimah
melihat suaminya,Othman bersama dengan wanita yang digelar Nadia. Halimah tidak
boleh berdiam diri. Perasaan marah dan sabar tidak mampu dikawal. Orang ramai
di restoran tersebut melihat kejadian itu.
“Imah,kenapa ni? Malu lah dengan
orang kat sini,”Othman kawal sifat malunya.
“Malu? Yang abang berkepit dengan
betina ni tak tahu malu ker? Apa semua ni,bang?”suara Halimah semakin tinggi.
“Abang boleh jelaskan tapi bukan di
sini tempatnya,”Othman cuba meredakan kemarahan Halimah.
“Ey..pompuan, kau ni dah tak de
laki lain ke nak ambik, laki orang juga yang kau pilih,HAH??”Suara tinggi
Halimah mengejutkan orang ramai yang menjamah makanan di restoran tersebut.
“Eleh, laki dia yang gatal pilih
aku. Ada aku kisah,,??”Nadia menjawab.
“Tak guna,”Halimah terus menarik
rambut Nadia dengan perasaan geram dantimbullah kekecohan di restoran yang
terkemuka itu. Akhirnya,Othman terus
menampar Halimah sehingga terjatuh lantai.
“Kalau beginilah, sikap awak! Abang
ceraikan awak dengan talak dua,”jantung Halimah berdegup kencang setelah
mendengar lafaz cerai suaminya berhadapan dengan orang ramai. Setelah peristiwa
tersebut,kehidupan Halimah berubah. Semua kenangan manis bersama dengan
suaminya sudah terpadam termasukanak sulungnya. Tiada kata putus yang
mengukuhkan perbicaraan hak penjagaan anaknya setelah suaminya,Othman telah
berkahwin dengan Nadia. Ketika itu,Halimah masih belum bekerja. Dia masih
sedang mengikuti pelajaran ijazah untuk semester akhir. Saat anaknya diambil
oleh Othman,suaminya,perasaannya sentiasa tidak aman, sentiasa dibasahi serba
salah, rindunya yang bertalu-talu. Halimah pernah mencuba mencari anak
kandungnya itu malangnya,keluarga baru Othman telah berpindah tanpa memberi
jawapan. Dia diterima bekerja sebagai guru setelah tamat pelajaran ijazah.
**
Ukiran tulisan yang cakar ayam yang
ditulis oleh ibu Ikmal di atas memberi segala jawapan yang Ikmal masih belum
mengetahui kisah silam ibunya.
“Tolong jangan bencikan ibu. Ibu
taka ada siapa-siapa lagi,” ukiran yang terakhir yang ditulis oleh Nadia.
Air mata Ikmal terus mengalir
membasahi pipi. Walaupun hatinya mahu menampar dan memukul ibu angkatnya yg
sedang lumpuh dan hampir nazak, tetapi niatnya mahu simpan sedalam-dalamnya
kerana dia masih sayangkan ibu. Dia telah menjaga ibu deengan penuh kasih
sayang. Tidak mungkin kerana disebabkan kisah lampau, dia mahu membalas dendam.
Biarlah dendam itu terkubur. Tidak lama kemudian, satu panggilan telefon
bordering. Ikmal lantas mengangkat telefon dan ketika dia mendengar suara
panggilan itu,wajahnya berubah dengan berkata “Izzal,ibu….” Hati Nadia
kucar-kacir, kenapa dengan anakku,Izzal? Apa yang sudah berlaku terhadapnya??
Hati Ikmal rasa serba salah untuk memberitahu apakah aktiviti yang sebenar yang
dilakukan oleh adik tirinya? (bersambung siri 3-AKHIR)
No comments:
Post a Comment